Memaparkan catatan dengan label ITM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ITM. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 25, 2025

Baju Institut Teknologi MARA


"Wujud mu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putera puterinya...."
Inilah sehelai baju lengan panjang yang ada logo ITM yang mula-mula dibeli semasa memulakan pengajian di ITM Shah Alam pada Januari 1996. Baju ini dijual di Koperasi ITM berhadapan dengan PTAR 1.
11 Julai 2025

Sabtu, November 02, 2024

XPDC Berakit Sungai Pahang 1996

Suatu ketika dahulu sekitar bulan Disember 1996, pakcik pernah sertai XPDC Berakit Sungai Pahang anjuran Kesatria ITM. Kami berakit dari Kg Lubuk Paku, Temerloh dan berakhir di Pulau Keladi, Pekan. Terdapat kurang lebih 30 buah rakit yang pelbagai saiz. XPDC ini memakan masa 5 hari dan pada waktu siang sahaja. Sebelum maghrib akan naik ke darat dan keesokkan harinya selepas subuh mula balik berakit.

Sabtu, Julai 29, 2023

Melawat ITM

Melawat ITM Shah Alam semalam sebab pergi ambil kad keahlian luar Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Sempat juga meninjau Bangunan Menara, Dewan Seri Budiman dan Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah. Pada hujung tahun 1996, semasa pesta konvo, kami Brass band ITM pernah membuat persembahan di Foyer Menara.

Tarikh 29 Julai juga merupakan ulangtahun ke-51 penubuhan PTAR semenjak 1972.

#Kitauitm
#usahajayamara


Selasa, Mac 14, 2023

Ahlil Muzik


Ahlil muzik? Ya. Aku pernah menjadi ahlil muzik suatu ketika dahulu semasa di ITM. Aku pernah menjadi ahli Persatuan Pancaragam Kesatria ITM di posisi 'Side Drum'. Gambar ini diambil sekitar tahun 1996.


#PancaragamITM

Selasa, Ogos 30, 2022

Kampung Lubuk Paku

 

Kampung Lubuk Paku antara kampung yang bakal pupus di Pahang?
Sekitar Disember 1996 dulu, aku sertai pasukan Kesatria ITM bagi XPDC Berakit Sungai Pahang yang bermula dari Kg Lubuk Paku, Temerloh hingga Kg. Pulau Keladi, Pekan. XPDC mengambil masa 5 hari dan hanya pada siang hari ja. Menjelang maghrib kami naik ke darat dan sambung pula keesokkan harinya.

Kg. Pulau Keladi merupakan tempat kelahiran Tun Abdul Razak.

UM 29/8/2022

Selasa, Jun 14, 2022

Bapak ITM telah tiada (1928-2022)

 

Khamis, Ogos 26, 2021

ITM Menjadi UiTM

 

Hari Ini Dalam Sejarah
Tarikh 26 Ogos ini adalah tarikh di mana ITM dinaiktaraf menjadi universiti pada 26 Ogos 1999 di Stadium Malawati, Shah Alam.
ITM ada bagi kad jemputan kepada alumni masa tu, tapi tidak dapat hadir disebabkan berada di kampung masa tu. Masa tu dah tamat diploma dan tunggu konvo ke-50 pada Nov 1999 (Sidang ke-8) yang mana ianya konvo universiti yang pertama.

Rabu, Februari 22, 2017

Kata Tan Sri Arshad Ayub

Khamis, Oktober 20, 2016

UiTM, sejarah dan prejudis

Sumber: UM

Rabu, Ogos 31, 2016

Wakil ITM pada 31 Ogos 1997 di Kuala Lumpur

Khamis, November 05, 2015

UiTM Alumni Homecoming 2015

Jumaat, Oktober 23, 2015

UiTM perlu diberi peluang kepada bukan Bumiputera, kata Pro Canselor

Universiti Teknologi Mara (UiTM) disarankan memberi peluang kepada golongan bukan Bumiputera mengikuti pengajian di peringkat tertinggi di universiti berkenaan bagi mengalakkan persaingan.

Pro Canselornya, Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata hasrat mewujudkan UiTM bukan sekadar untuk melahirkan 'jaguh kampung' tetapi ingin menampilkan lebih banyak golongan intelektual di persada antarabangsa.

Menurutnya, sudah sampai masa untuk cadangan membuka peluang kepada bukan Bumiputera di universiti berkenaan dipertimbangkan, memandangkan persaingan semakin mencabar di peringkat antarabangsa.

"Ini mengelak graduan universiti berkenaan sekadar menjadi 'jaguh kampung' dalam dunia yang kini semakin mencabar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan edisi ketiga Persidangan Akademik Antarabangsa (IAC) 2015 semalam.

Beliau mencadangkan peluang untuk bukan Bumiputera perlu dibuka di peringkat Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PhD) dan bukan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

"Peluang kepada penuntut bukan Bumiputera melanjutkan pengajian di peringkat Masters dan PhD di UiTM mungkin dalam peratusan yang kecil, dan ini akan mendorong pelajar Bumiputera bersaing di peringkat tertinggi," katanya.

"Bagaimanapun, ia hanya membabitkan peringkat yang lebih tinggi kerana golongan Bumiputera masih memerlukan peluang dan sokongan di peringkat lebih rendah, iaitu diploma dan ijazah selaras dengan dasar penubuhan universiti," katanya.

Hadir sama, Pemangku Rektor UiTM Terengganu, Prof Dr Azemi Che Hamid dan Timbalan Pengerusi IAC 2015, Prof Dr Baharom Abd Rahman.

Persidangan dwitahunan itu disertai 250 ahli akademik dari Malaysia, Indonesia, Nigeria dan China dengan 133 kertas kerja dengan tema 'Teknologi Meningkatkan Pendidikan' dibentangkan pada sesi dua hari itu.

Sumber: The Malaysian Insider, Bernama