Memaparkan catatan dengan label shah alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shah alam. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 15, 2025

Kiosk Buku SRAI Seksyen 7


Pagi ini hadher ke Sesi Bicara Akademik di SRAI Seksyen 7, Shah Alam untuk anak yang darjah enam ini. Sebelum sesi bermula, saya sempat meninjau dua buah kiosk buku yang terdapat di dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah juga mengadakan sesi jualan buku sebagai aktiviti sampingan dalam galakan membaca.

Usaha mewujudkan kiosk buku ini merupakan usaha yang berterusan yang dilaksanakan secara strategik termasuk pihak sekolah bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar serta memperkukuh amalan membaca sejak usia muda.
Ikhtiar ini selaras dengan matlamat negara untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan, berdaya saing dan berbudaya ilmu dalam era digital dan globalisasi.
15 Ogos 2025

Sabtu, Ogos 02, 2025

Tapak Yusof Ghani

 

Tapak di Seksyen 8, Shah Alam
Pak Yusof Ghani 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat Tapak Yusof Ghani pada 28 Jun 2025
Foto ihsan The Star

Tapak Yusof Ghani ialah galeri seni dan studio peribadi milik pelukis tersohor Malaysia, Yusof Ghani, yang terletak di Seksyen 8, Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 2009, Tapak berfungsi sebagai ruang pameran, tempat berkarya, dan pusat pertemuan seni yang menampilkan karya-karya ikonik beliau seperti Segerak, Biring, Wajah, dan Ombak. Galeri ini turut menempatkan siri terbaharu beliau bertajuk Cenderawasih: Energy and Emotion, yang diinspirasikan daripada burung Cenderawasih dan dilancarkan secara rasmi oleh Sultan Selangor pada Jun 2025. Selain menjadi rumah kepada koleksi seni tempatan dan antarabangsa, Tapak juga direka dengan studio terbuka yang unik, dibina daripada kayu cengal dan dikelilingi elemen semula jadi, menjadikannya tempat yang ideal untuk inspirasi dan ekspresi kreatif. 

Sabtu, Julai 12, 2025

Program Hala Tuju Murid Darjah 6 ke Sekolah Impian


Pagi ini hadir ke Program Hala Tuju Murid Darjah 6 ke Sekolah Impian di SRAI DMYS, Seksyen 7, Shah Alam. Ada penerangan oleh Ustaz Hafizi Mohd Rashid mengenai peluang ke sekolah menengah di bawah seliaan JAIS iaitu Sekolah Agama Menengah dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor.

Sesi kedua mengenai hala tuju disampaikan Ts Haslaile Abdullah dari Fakulti Kecerdasan Buatan, UTM. Anak kembar beliau memasuki Kolej Permata Pintar.
12 Julai 2025

Ahad, April 20, 2025

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kota Anggerik 2025

 

Hari ini, 20 April 2025 hadir ke Majlis Aidilfitri anjuran DUN Kota Anggerik, Shah Alam. Dapat berjumpa dengan YB Najwan Halimi selaku AND Kota Anggerik / EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor. Majlis ini berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam. Anak-anak juga diberikan hadiah duit raya oleh YB Najwan.

Rabu, Mac 26, 2025

Zakat Fitrah 2025

 

Selasa, Mac 25, 2025

Penetapan Sasaran Wira SPM 2025


Pagi ini hadir ke Program Penetapan Sasaran Wira SPM 2025 di Seksyen 2, Shah Alam. Dijangkakan peperiksaan SPM tahun ini akan bermula pada bulan November. Manakala, percubaan SPM akan diadakan pada bulan Ogos.

25 Mac 2025

Sabtu, Mac 01, 2025

Taman Tasik Teratai, Seksyen 8, Shah Alam

 


Sabtu, Januari 18, 2025

Azmi Goreng Pisang Shah Alam

 

Sumber: FB Azmi Goreng Pisang Shah Alam HQ

Alamat:
Gerai MBSA, No.1, Jalan Ibus 18/40, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Khamis, Januari 09, 2025

JBR Bundle - Shah Alam

Foto: FB JBR Bundle 

Alamat: 
Lot 45, 46, 57, 58, 59 dan 63, Seksyen 1, Mukim Kampung Batu Tiga, 40150 Shah Alam, Selangor
Tel: 011-1195 5676

Sumber: Google Maps

Rabu, Disember 18, 2024

Menara ITM Shah Alam

Foto: Internet

Bangunan Menara Ilmu telah dibina pada tahun 1972 oleh pihak JKR dan direkabentuk oleh arkitek tempatan yang dikenali sebagai Y.Bhg. Dato’ Zahani Tan Sri Ahmad (Ahli Lembaga Pengarah ITM/UiTM sehingga 16 Oktober 2010). Gaya rupa bangunan adalah mengikut ekspresi brutalist yang dikembangkan oleh arkitek British sekitar lewat 1960an, ilham pendekatan arkitek Perancis Le Corbusier (1889-1965). Bangunan setinggi 14 tingkat ini keseluruhannya dibina daripada konkrit tetulang tanpa lepa sebagai bahan struktur dan kemasan utama (mengikut konsep Beton Brut iaitu raw/naked concrete). Bahagian fasad bangunan yang menghadap ke Selatan-Utara juga direka dengan sisipan konkrit sebagai alat penghadang cahaya yang turut menyamai konsep Brise Soleil oleh Le Corbusier sementara fasad Timur-Barat direka dengan bukaan tingkap yang minima.

Ahad, Disember 15, 2024

Mini Petting Zoo @Lotus's Shah Alam

 

Pada 14-15 Dis 2024 yang lalu Lotus's Shah Alam ada menganjurkan Mini Petting Zoo di Tingkat 1. Bayaran masuknya adalah setelah membeli barangan berjumlah RM 20.00 bagi seorang. 

Sabtu, Disember 14, 2024

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum dan HEM SMK SSAAS 2024


Pagi ini hadir ke sekolah anak bagi majlis rasmi yang dianjurkan bagi menghargai anak-anak berjaya dalam pelbagai acara Kokurikulum dan hal ehwal murid. Syukur alhamdulillah.

14 Dis 2024

Rabu, November 13, 2024

Pemain Dram di ITM Shah Alam

 

Saya dulu merupakan ahli Pancaragam Kesatra ITM dan bermain peralatan 'side drum' bersama rakan saya, Aca. Manakala dua orang lagi, Kamal dan arwah Yusran (Bond) bermain 'tenor drum'. Gambar ini diambil sekitar tahun 1997 semasa acara konvokesyen ITM. 

Khamis, Oktober 17, 2024

Asia's Most Beautiful Libraries

 

Source: Seasia Stats 

Jumaat, September 13, 2024

Shah Alam Sentral

 

Sumber: New Straits Times




Ahad, September 08, 2024

Karnival Merdeka BBSA 2024

 

Karnival Merdeka BBSA pada 7 Sept 2024

Khamis, September 05, 2024

Buaya di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam ditangkap

 

Foto ihsan Harian Metro 

Ahad, September 01, 2024

Merdeka di Seksyen 2, Shah Alam


Salam Merdeka 67

Kita kan masih dalam bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia
1 Sept 2024
Lokasi: Seksyen 2, Shah Alam

Sabtu, Ogos 10, 2024

Pusat Bandar Shah Alam Akan Diremajakan

Sumber: Utusan Malaysia 

Ahad, Julai 28, 2024

Ruang Bacaan SACC Mall, Shah Alam

Ruang bacaan di SACC Mall, Shah Alam. Buku-buku di sini adalah sumbangan daripada pelbagai individu.

27 Julai 2024