Memaparkan catatan dengan label ITM Band. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ITM Band. Papar semua catatan

Selasa, Mei 12, 2015

ITM Brass Band semasa Merdeka 1997

Sumber: NST

Selasa, Ogos 28, 2007

Brass Band ...

Brass band? Bila sebut ja pasal brass band, aku akan teringat semasa aku study kat ITM dulu .. masa tu UiTM maseh lagi disebut ITM kerna belum naik taraf universiti, so, aku masuk ITM pada Jan 1996 di Shah Alam. Aku buat Diploma in Business Studies (Ins) masa tu. Satu benda yang aku active masa tu adalah aku jadi member of ITM Brass Band. Band nie under HEP. Posisi yang aku sangat idam-idamkan ialah "Percussionist" iaitu main "Side Drum" yang mana dalam setiap band, aku akan dok kat line paling depan di belakang Drum Major. Daripada sekolah lagi aku memang suka dengan alat muzik bernama drum nie... Sampai ITM aku dpt peluang main muzik.. ahli muzik? hahaha.. ya aku ahli muzik. Tapi yang paling best masa aku jadi 'ahli muzik' nie ialah aku join ITM band untuk perfomed kat Merdeka Parade 1997 di Dataran Merdeka. Fehhhh... first time performed depan PM, Dr. Mahathir Mohamad. Jalan mula depan Muzium Nasional pass through Dataran and sampai ke Pertama Complex. Bengkak lutut berlaga dengan 'Side Drum' yang aku letak kat belah kiri kaki. Tapi memang best la. Dan selain drpd itu jugak, ITM band juga dapat jemputan untuk function2 lain kat KL dan Shah Alam termasuk Pesta Konvo ITM. Apa yang dapat aku katakan adalah Band memang best!!!...