Memaparkan catatan dengan label Johore. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johore. Papar semua catatan

Selasa, Disember 11, 2018

Galeri Darurat Bukit Kepong

Galeri ini telah dibuka bermula 24 Feb 2017 secara percuma kepada orang ramai dari Selasa hingga Ahad bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Ianya terletak sejauh 60km dari bandar Muar.

Sumber: www.orangjohor.com

Jumaat, Ogos 01, 2008

Amy Search -- Jubli Emas

Legenda bintang rock, Amy Search masih hebat walaupun usia sudah separuh abad. Diam tak diam, rocker yang dilahirkan dengan nama Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Amy sudah pun mencecah usia 50 tahun pada 28 Julai 2008 lalu. Masih hebat walaupun usia separuh abad, maka tidak hairanlah dia digelar ikon rock Malaysia.

Tiada siapa yang mampu mengambil tempat lelaki dari selatan tanah air ini, yang nyata sudah memahat namanya dengan cukup kukuh dalam persada seni. Dia sudah pun menjual ratusan ribu unit album, sama ada secara solo mahu pun berkumpulan. Search yang dianggotainya sejak lebih suku abad yang lalu bukan hanya menempa nama sebagai kumpulan rock terbesar negara ini, malah nama itu turut melepasi sempadan, masyhur di Indonesia. Bahkan, kejayaan mereka memasuki pasaran negara seberang kira-kira dua dekad yang lalu antara saat manis yang masih dikenang Amy, sehingga ke hari ini.

Jika menguasai pasaran Indonesia sudah dilakukannya, maka apa lagi yang diidamkan rocker ini pada usia jubli emas? Terus terang Amy memberitahu, dia masih berharap dapat meraikan ulang tahun ke-25 kumpulan Search dengan sebuah konsert besar-besaran.

"Saya yakin, peminat Search masih lagi ramai, baru dan lama. Justeru, konsert itu ibarat hadiah buat mereka yang setia memberikan sokongan," katanya sambil memangku anak lelakinya, Alexander Zulkarnain. Menjadi impiannya juga adalah untuk melihat Madrasah Hajah Fatimah Abdul Rahman (nama yang dipilih sempena nama ibu dan bapanya) di Pekan Nanas, Johor, dapat dibangunkan pada tahun depan. Madrasah itu katanya, diharap dapat menampung pengajian 60 anak yatim - 30 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan. Projek itu dikatakan menelan belanja sekitar RM3 juta. Pada hujung tahun ini pula, sebuah yayasan yang diusahakan Amy, Yayasan Isabella akan dilancarkan bagi membantu golongan miskin.

ANTARA hadiah yang diterima Amy ialah sebuah banglo mewah bernilai RM2.5 juta di Shah Alam pemberian teman rapat yang akan membantu mengendalikan Yayasan Isabella.