Legenda bintang rock, Amy Search masih hebat walaupun usia sudah separuh abad. Diam tak diam, rocker yang dilahirkan dengan nama Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Amy sudah pun mencecah usia 50 tahun pada 28 Julai 2008 lalu. Masih hebat walaupun usia separuh abad, maka tidak hairanlah dia digelar ikon rock Malaysia.
Tiada siapa yang mampu mengambil tempat lelaki dari selatan tanah air ini, yang nyata sudah memahat namanya dengan cukup kukuh dalam persada seni. Dia sudah pun menjual ratusan ribu unit album, sama ada secara solo mahu pun berkumpulan. Search yang dianggotainya sejak lebih suku abad yang lalu bukan hanya menempa nama sebagai kumpulan rock terbesar negara ini, malah nama itu turut melepasi sempadan, masyhur di Indonesia. Bahkan, kejayaan mereka memasuki pasaran negara seberang kira-kira dua dekad yang lalu antara saat manis yang masih dikenang Amy, sehingga ke hari ini.
Jika menguasai pasaran Indonesia sudah dilakukannya, maka apa lagi yang diidamkan rocker ini pada usia jubli emas? Terus terang Amy memberitahu, dia masih berharap dapat meraikan ulang tahun ke-25 kumpulan Search dengan sebuah konsert besar-besaran.
"Saya yakin, peminat Search masih lagi ramai, baru dan lama. Justeru, konsert itu ibarat hadiah buat mereka yang setia memberikan sokongan," katanya sambil memangku anak lelakinya, Alexander Zulkarnain. Menjadi impiannya juga adalah untuk melihat Madrasah Hajah Fatimah Abdul Rahman (nama yang dipilih sempena nama ibu dan bapanya) di Pekan Nanas, Johor, dapat dibangunkan pada tahun depan. Madrasah itu katanya, diharap dapat menampung pengajian 60 anak yatim - 30 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan. Projek itu dikatakan menelan belanja sekitar RM3 juta. Pada hujung tahun ini pula, sebuah yayasan yang diusahakan Amy, Yayasan Isabella akan dilancarkan bagi membantu golongan miskin.
ANTARA hadiah yang diterima Amy ialah sebuah banglo mewah bernilai RM2.5 juta di Shah Alam pemberian teman rapat yang akan membantu mengendalikan Yayasan Isabella.
Jumaat, Ogos 01, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
ni baru legend! hehe
tak sabar rasanya nak tunggu papa nandre jadi the real jubli legend...hahahaha
ya, tunggu aku dah sampai umor 50 tahun nanti na...
umor aku masa tahun 2020 nantu akan menjadi 43. so, tujuh tahun lepas 2020, aku akan menyambut jubli emas plak.. hehehehehee
opppss...smell somthing fishy inside here...herrmmm...hurrmm...umur? jubli emas? 2020? 43? yaa...hppy besday!
ya, umor kita akan menjadi begitulah pada tahun tersebut.. marilah kita congak-congak atau fiker-fikerkan apa yang akan berlaku atau apakah keadaan kita pada masa itu. itu semua ketentuan Ilahi, tetapi kita berhak untuk menambahbaikkan diri kita sementara menanti hari esok.
"life is full of ups and downs"
"Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling loba kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." Al Baqarah:96
p/s dah mati esok baru tau sapa legend. sekadar tazkirah pada diriku
Catat Ulasan