Memaparkan catatan dengan label KEVII. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEVII. Papar semua catatan

Jumaat, November 26, 2021

Berek Askar SM King Edward VII, Taiping


 'Berek Askar' juga dikenali sebagai Blok F adalah blok kelas-kelas tingkatan 5 pada tahun 1994 dahulu kala. Menurut FB Album Rasmi SMKEVII, blok ini telah mengalami kerosakan strukturnya, maka ianya akan dirobohkan dan akan digantikan dengan bangunan baru seiring dengan pertambahan enrolmen murid ke SMKE VII. 

Kami datang sekolah ikut pintu pagar belakang dan balik juga lalu pagar belakang. Maka, kelas kami tu sangat senang akses. Budak-budak juga parking letakkan basikal di situ dan depan kelas ja. Kalau hari Jumaat, lagi terasa seronok sebab balik awal dan ada juga hari yang aku naik basikal jenama Robin Hood berwarna hitam dan letak di situ ja. Ketika itu, ramai budak-budak yang naik basikal ke sekolah dan sepanjang jalan balik ke rumah, akan jumpa banyak basikal. 

Nostalgia berada di situ selama setahun masih lagi dalam ingatan. 

Jumaat, Januari 10, 2020

TIGERTHON 2.0

Sabtu, Februari 17, 2018

Sek. Men. King Edward VII, Taiping (1883)

Ahmad Irham (kiri) dan Ahmad Irfan
Isteri dan mak aku
Pada 16 Feb 2018 (Jumaat), masa ni balik cuti ke Taiping sempena Raya Cina, saja pusing ke Taiping untuk tengok apa yang ada masa cuti ni, lalu ikut Jalan Muzium Hulu, dan singgah sat tengok sekolah yang lama tak pi tengok. Inilah sekolah aku - Sek. Men. King Edward VII yang diasakan pada tahun 1883.

Selasa, Ogos 09, 2016

KEVII: Sukan kali ke-100

Jumaat, April 01, 2016

OE Santai Cafe, Taiping

OE Santai Cafe akan dimulakan operasinya pada 1 April 2016 di Jalan Pasar, 34000 Taiping, Perak. Koordinat GPS adalah: 4.853541, 100.742369

Selasa, Februari 23, 2016

Alma Mater: King Edward VII School, Taiping (1883)

King Edward’s will live forever
As long as the Taiping Hills stand
King Edward’s will shine forever
For the glory of this land
In this year of our victory
We are proud of the days of yore
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before

The Tigers roar loud and full
Magni Nominis Umbra
The motto of our great school
Magni Nominis Umbra
Edwardians old and young tigers
Let’s unite in a song of glee
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
Foto ihsan FB Miss Mie

Selasa, Julai 28, 2015

Program Old Edwardians 2015

Selasa, April 07, 2015

KEVII: Sharing Our Journey

Sumber: UM (5 April 2015)

Khamis, Julai 31, 2008

Perarakan Edwardians sempena 125 tahun

Hari ini, 31 Julai 2008, maka genaplah 125 tahun tertubuhnya KEVII di Malaysia. Pagi ini akan ada perarakan oleh budak2 sekolah serta Old Edwardians bermula dari SRK KEVII (1) di Jalan Stesyen. Perarakan sejauh 3km ini akan disertai juga oleh dua ekor harimau muda yang dipinjam dari Zoo Taiping yang mana ianya adalah lambang kepada sekolah ini.

Budak2 sekolah akan memakai baju rumah masing dan juga akan memakai baju khas sumbangan Old Edwardians. Rumah2 Head (biru), Raffles (merah), King (kuning), Keir (hijau), Parr (coklat) dan Watson (Ungu) akan bertanding mengikut kreativiti masing2.

"Once a Tiger is always a Tiger"

Source: www.edwardians.com.my, http://groups.yahoo.com/group/edwardians, www.smkevii.edu.my

Khamis, Mei 08, 2008

Promosi: Sambutan 125 tahun King Edward VII School, Taiping

Magni Nominis Umbra

-- Gambar diperolehi dari Tiger60 at --> http://oe77.blogspot.com