Memaparkan catatan dengan label Ahmad Irfan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ahmad Irfan. Papar semua catatan

Ahad, Januari 05, 2020

BOAT.RIDE | Taman Tasik Shah Alam

Sabtu, Februari 17, 2018

Sek. Men. King Edward VII, Taiping (1883)

Ahmad Irham (kiri) dan Ahmad Irfan
Isteri dan mak aku
Pada 16 Feb 2018 (Jumaat), masa ni balik cuti ke Taiping sempena Raya Cina, saja pusing ke Taiping untuk tengok apa yang ada masa cuti ni, lalu ikut Jalan Muzium Hulu, dan singgah sat tengok sekolah yang lama tak pi tengok. Inilah sekolah aku - Sek. Men. King Edward VII yang diasakan pada tahun 1883.

Sabtu, November 08, 2014

Hari Graduasi Tadika Denai Ilmuan: Ahmad Irfan

Hari Graduasi Tadika Denai Ilmuan telah diadakan pada 8 Nov 2014 di Hotel UiTM, Seksyen 1, Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada 20 pelajar enam tahun untuk tahun ini. Selebihnya adalah kanak-kanak dari 3 tahun ke 5 tahun.

Selasa, Ogos 19, 2014

Di Jamuan Raya Seri Nuang

Ahmad Irham
Ahmad Irfan

Isnin, November 11, 2013

Gelagat Ahmad dan adik

Lokasi: Shah Alam, Taiping

Jumaat, Mei 17, 2013

Kad Hari Guru

Malam tadi, idea pun datang untuk create sikit kerja seni untuk program hari cikgu kat sekolah Kapten AI (Artificial Intelligence) pagi karang nie. Sambil dengar lagu kat komputer riba yang diletakkan atas lantai batu, maka kerja-kerja menchari bahan pun dijalankan bermula jam 10.20 malam. Semua benda ni dah ada dalam simpanan, cuma nak perahkan sikit otak macam mana nak olahkan saja. Lebih kurang jam 11.56 malam, semua kerja telah disempurnakan. Masa untuk tidor plak. Kerja seni ni memang dah mengalir dalam darah. Arts Limited forever.

Jumaat, September 24, 2010

Kapten di masjid lama


Ahmad Irfan bersama Tuk Wan (Legend's father) di Masjid Lama Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar yang telah dibina pada tahun 1936. Ni Masa Raya kedua (11 Sept 2010) semasa balek dari Kuala Kangsar nak ke Taiping.  
Rujuk entri kat sini

Khamis, September 23, 2010

Renungan seorang kapten















Gambar ni dirakam semasa Kapten beraya di Sekinchan sekitar raya kelima (14 Sept 2010).

Ahad, Ogos 01, 2010

Kapten on board

Siang tadi yang mana haribulannya adalah 1 Ogos 2010, kapten ahmad telah berjaya menaiki sebuah feri di Putrajaya. Tahniah kapten karna telah diterima menjadi jurumudi feri yang bernama Sebarau itu. Beliau amat berbesar hati karna diberi peluang.

Sebelum itu, kapten dan parentnya menghadiri satu majlis perkahwinan di Taman Botani yang dianjurkan oleh Pengurus Seri Perdana Putrajaya (rumah PM) yang pertama. Itu merupakan majlis persandingan anak bongsunya yang mana telah dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu PM4 dan isteri.

Ahoy captain... welcome aboard!!!!

Ahad, Februari 14, 2010

Taman Mergastua Sultan Idris aka Zoo Taiping (Tepen)

Hari Sabtu lepas (13 Feb 2010), Kapten Ahmad Irfan telah berkunjung ke Taman Mergastua Sultan Idris atau lebih dikenali sebagai Zoo Tepen. Gambar-gamabr nie adalah sebahagian saja, manakala yang selebihnya ada dalam simpanan pemilik blog.


Isnin, November 16, 2009

Pusing-pusing Taman Pertanian Shah Alam

Ahad: 15 November 2009, Kapten Ahmad Irfan buat pertama kali menjejakkan kakinya ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam yang terletak berhampiran dengan Seksyen 8 dan Bukit Bandaraya Shah Alam. Beliau telah pergi melihat keindahan hutan semula jadi yang dijadikan taman rekreasi yang mana ianya menjadi kawasan tadahan ayer hujan.

Isnin, November 09, 2009

Kapten Ahmad di Subang Jaya


Kapten Ahmad Irfan telah menyertai Troop PM21 ke Subang Jaya pada 8 November 2009 yang lalu. Ini sempena perjumpaan kembali kengkawan lama budak2 PM21 beserta ahli keluarga masing-masing. Walaupun kehadiran tidak ramai, namum ianya membuahkan keputusan untuk mengadakan satu lagi gathering teranchang pada bulan Disember pulak. Ainul Rohayu tekah offer untuk buat BBQ kat rumah dia di Denai Alam.

Oleh itu, aku dah mintak Ayu untuk set tarikh dan bagi almat rumah dia untuk kita serbu nanti. Kepada rakan-raka yang tak dapat datang pada 8 Nov lepas, kali nie kami nak set tarikh dan hangpa kena block tarikh tu untuk kita sama-sama meramaikan program tu nanti. Kasi gamat sikit rumah Ayu.

P/s: Kapten Ahmad memegang Chopstick sebagai persediaan awal untuk mendapat Drum Stick satu hari nanti hehehee

Ahad, Jun 14, 2009

Kapten Ahmad Irfan dah setahun!!!!

Hari nie 14 Jun 2009 genaplah umur Kapten Ahmad Irfan setahun. Alhamdulillah kapten Ahmad sihat dan bertenaga seperti biasa. Orang baru dapat kaki la katakan, apa lagi, pusing satu rumah tak berenti. Dapat naik buaian kat bawah tu lagi la suka, sebab ada budak-budak lain yang main sama.

So, kepada Kapten Ahmad Irfan, pihak Pengurusan Arts.Limited mengucapkan selamat hari jadi dan semoga murah ruzki, bijak selalu, senyum selalu dan happy selalu. Jadilah Kapten Ahmad yang berjasa kepada nusa dan bangsa.

Peace for You. :) Happy besday to you, happy besday to you...

Rabu, Disember 17, 2008

Misi KLIA-Shah Alam - Kepulangan Haji Haris dan Hajah Rosiah dari Mekah

Ketua misi, Kapten Ahmad Irfan

Ketibaan Haji Haris dan Hajah Rosiah di KLIA

Pada 16hb Disember 2008, satu misi baru telah diterima yang mana kali nie adalah misi membawa balik jemaah haji dari KLIA ke Shah Alam. Tepat jam 2.00 pagi 17 Disember 2008, aku bertolak ke KLIA untuk membawa balek mak+bapak dari Mekah. Crew-crew yang turut serta dalam misi kali nie adalah Kapten Ahmad Irfan, Leftenan Norlita MJ, Leftenan Royy, Leftenan Tajul dan saya sendiri, Leftenan Legend.

Sampainya di balai ketibaan di tingkat 3, orang ramai sudah menunggu keluarga masing-masing. Seumpama pesta la plak dengan riuh rendah sanak-saudara memanggil jemaah haji yang tiba tu. Ini satu pengalaman yang menarik. Lebih kurang jam 3.15 pagi, mula nampak kumpulan jemaah yang keluar membawa bagasi masing-masing selepas pemeriksaan di airport. Akhirnya tibalah giliran En Haris dan Pn Rosiah menampakkan dirinya. Seterusnya, misi membawa balek ke Shah Alam. Lebih kurang jam 5.00 pagi, sampailah kat rumah. Misi berjaya...

Jumaat, Oktober 10, 2008

Ahmad Irfan aka Tomato Boy - 1 Syawal 1429H

Hari Raya Aidil Fitri dah seminggu diraikan oleh orang ramai, masa nie la open house berduyun-duyun diadakan demi merapatkan silaturrahim sesama sahabat handai dan saudara-mara. Kali nie nak tunjuk Tomato Boy semasa 1 Syawal yang lalu. hehehehee.. Sungguh cheria dan gumbira karna menyambut hari raya untuk kali pertama.. taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Masa tu rambut dia baru nak tumbuh, dan dah naik sikit ja.

Beliau mengucapkan ribuan terima kaseh yang tidak terhingga kepada semua yang telah menyumbangkan angpow raya yang telah diterima oleh beliau.. hehe.

Khamis, Jun 19, 2008

Legend Junior telah laher ke dunia..


Tanggal 14 Jun 2008 yang lepas, kira2 jam 5.45 pm di Hospital Besar Kelang, telah laher pewaris pertama yang jantinanya adalah lelaki. Maka bermulalah episod baru dalam keluarga saya yang mana telah menambah satu lagi ahli keluarga yang baru. Kedua-dua belah keluarga telah menerima seorang cucu baru.

Pewaris keluarga yang mempunyai berat 3.36kg semasa lahernya telah selamat dilaherkan dalam keadaan yang normal tanpa ada sebarang komplikasi. Alhamdulillah. Tuhan telah memberi rezeki kepada keluarga. Semoga dia menjadi seorang yang beragama, berani, mendengar kata orang tuanya dan berbudi pekerti yang baik....serta menjadi orang yang berguna.

Nama yang telah dipilih ialah Ahmad Irfan. hehe.

Nota: Gambarnya akan diselitkan dalam sedikit masa lagi. Posting ini telah dipostkan dari Internet Cafe di Sekinchan, Selangor.