Memaparkan catatan dengan label P Ramlee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label P Ramlee. Papar semua catatan

Khamis, Mei 29, 2025

Keluarga P Ramlee


Hari ini 51 tahun yang lalu, seniman agung, Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia.

Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh @ Ramli bin Puteh lahir pada 22 Mac 1929 di Georgetown, P. Pinang. Bersekolah di Sekolah Melayu Kg. Jawa (kini SK P. Ramlee) seterusnya Sekolah Francis Light & kemudian di Penang Free School hingga meletus Perang Dunia II.

Pada 1947, beliau menjuarai pertandingan nyanyian anjuran Radio Malaya di mana beliau menggunakan nama P. Ramlee. Bakatnya kemudian dikesan pengarah B.S. Rajhans yang menjemputnya menyertai Malay Film Productions (MFP) sebagai penyanyi latar.

Filem "Chinta" (1948) menjadi filem pertama lakonannya di samping menyumbangkan suara. Karier muziknya semakin berkembang apabila menjadi penyanyi utama orkestra Radio Malaya, juga karier lakonannya apabila mula menjadi bintang utama filem-filem MFP.

Pada 1955, beliau mengarahkan filem pertamanya, "Penarek Becha" di mana beliau turut menjadi bintang utama & pencipta lagu untuk filem tersebut. Sejak itu, beliau terus melakar nama selaku pelakon, penyanyi, penulis & penggubah lagu serta pembikin filem Melayu.

Filem "Anak-ku Sazali" (1956) mengangkat P. Ramlee di mata dunia apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia ke-4 di Tokyo. Pada FFA ke-10 pula, beliau diangkat sebagai “Most Versatile Talent” menerusi filem arahannya “Ibu Mertua-ku.”

Selepas mengarahkan 17 filem Studio Jalan Ampas, Singapura, beliau berpindah ke Studio Merdeka (kini pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, FINAS) di Kuala Lumpur pada 1964. Di situ beliau mengarahkan lagi 18 filem, bermula dengan “Sitora Harimau Jadian” & terakhir sekali “Laksamana Do Re Mi” (1972).

Pada pagi Selasa 29 Mei 1973, P. Ramlee menghembuskan nafas terakhirnya di usia 44 tahun akibat serangan jantung & disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, KL. Sepanjang hayatnya, beliau membintangi hampir 70 filem, mengarahkan 35 daripadanya & mencipta kira-kira 1,000 lagu.

Gambar: Foto terakhir P. Ramlee, diambil 8 hari sebelum beliau meninggal dunia.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, P. Ramlee: Erti Yang Sakti (Ahmad Sarji, 1999), Kelab Peminat P. Ramlee

by Astro Awani 

Selasa, Januari 07, 2025

P Ramlee Teguk Ilmu Dari Syeikh Abdullah Fahim

 

Sumber: MPH 

Buku ini disajikan dengan hamparan fakta yang jarang ataupun tidak pernah sesiapa dengari perihal sifat, peribadi, tingkah laku, akhlak, pemikiran dan isi hati insan bernama P. Ramlee, yang aneh dan takjub nan pesona. Jua perihal pendidiknya yang tulus telah menjadikannya insan yang benar-benar bermanfaat buat khalayak insan di jagatraya nan indah ini. Turut dilengkapkan dengan biodata, koleksi filem dan lagu-lagu seniman agung tersebut.

Rabu, Mac 22, 2017

Google tribute to P. Ramlee on his 88th birthday

Isnin, Jun 18, 2007

Bapaku P. Ramlee

Memang sudah ada beberapa buku yang ditulis mengenai P. Ramlee, tetapi inilah pertama kalinya kisah P. Ramlee ditulis sendiri oleh anak kandungnya Nasir. Secara bersahaja Nasir mengimbas kembali kehidupan sehariannya bersama bapanya. Melalui penceritaan Nasir, kita dapat melihat P. Ramlee, bukan saja sebagai seorang insan seni yang agung, tetapi dia juga seorang bapa yang bertanggungjawab ke atas semua anak-anaknya (P. Ramlee mempunyai ramai anak angkat).

Sebagai anak tunggal P. Ramlee, Nasir sangat-sangat menghargai bapanya kerana telah memelihara dan membesarkannya tanpa kehadiran seorang ibu. Buku ini mempamerkan bagaimana dia dibesarkan oleh seorang bapa tunggal sehinggalah dia melalui kehidupan bersama dua ibu tirinya, Noorizan dan Saloma.
Nasir juga berjaya menyentuh hati kita dengan cerita-ceritanya mengenai kehidupan P. Ramlee semasa berada di puncak kejayaan di Singapura sehinggalah saat-saat terakhir kehidupan Allahyarham di Kuala Lumpur.