Memang sudah ada beberapa buku yang ditulis mengenai P. Ramlee, tetapi inilah pertama kalinya kisah P. Ramlee ditulis sendiri oleh anak kandungnya Nasir. Secara bersahaja Nasir mengimbas kembali kehidupan sehariannya bersama bapanya. Melalui penceritaan Nasir, kita dapat melihat P. Ramlee, bukan saja sebagai seorang insan seni yang agung, tetapi dia juga seorang bapa yang bertanggungjawab ke atas semua anak-anaknya (P. Ramlee mempunyai ramai anak angkat).
Sebagai anak tunggal P. Ramlee, Nasir sangat-sangat menghargai bapanya kerana telah memelihara dan membesarkannya tanpa kehadiran seorang ibu. Buku ini mempamerkan bagaimana dia dibesarkan oleh seorang bapa tunggal sehinggalah dia melalui kehidupan bersama dua ibu tirinya, Noorizan dan Saloma.
Nasir juga berjaya menyentuh hati kita dengan cerita-ceritanya mengenai kehidupan P. Ramlee semasa berada di puncak kejayaan di Singapura sehinggalah saat-saat terakhir kehidupan Allahyarham di Kuala Lumpur.
Isnin, Jun 18, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
dh beli ka belum?
aku belom beli lagi chadanganya memang nak beli satu la dengan buku sangeetha tulisan azizi
berapa harganya? dah ada ke kat MPH?
minat nak beli sebab memang minat kat P.Ramlee.. suka filem-filem, lawak jenaka dan lagu-lagu beliau.. terutamanya lagu Gambus Jodoh dalam cherita Madu 3 tuu, sesuai sungguh sempena suasana sekarang, kan?
ada la tu, aku rasa regenya lebeh kurang 24.90 ja..
murah sangat la tu, aku pon takda masa lagi nak pi lepak MPH la, walaupon kat alamanda tu ada MPH...
aku nanti cari kat SACC la (shah alam city centre) ... tu dia...
kena beli buku nie, aku nak start buat library kecik kat umah aku, senang ada bahan rujukan dan bachaan.. nak ikut la style PM ke 4 kita tu... buku beribu-ribu.... wow...
amboi ain nie, bukan main lagi na... jaga dia..
hahaha.. ni tengah berjaga-jaga la ni..
buku ain dan suami dah ada ratusan la, masalahnya para/lemari nak buh buku tu tak juga dibuat.. semua duk dalam kotak. ntah bila la perpustakaan mini impian nak jadi kenyataan.
haa.. selamat maju jaya la yer. Kalau Sue bagitahu apa-apa tu, abaikanlah.. anggap gurauan semata-mata :)
aku tidak mngetahui apa2 yang telah terjadi itu...
aku tidak tahu, aku tidak tahu...
aku harap ain na, hang kena cari idea serta buah pikiran untuk create satu design library kechik kat rhomah... kena bagi contoh la jawab nya nie...
ntah la, aku nak catalog satu persatu pun tak tau camna.. ada buku budak-budak, harry potter, nancy drew, hardy boys (ni collection aku ni)
suami aku pulak buku-buku tang soal jawab agama, politik-politik, dan lain-lain lagi.. macam-macam genre ada..
semua main buh dalam kotak, yang risau tu takut ulat makan buku.. cam semalam, aku bukak satu buku tu keluar ulat cam lipan kecik, pastu kertas sudah lobang-lobang.. eeiii..marahnya saya...
itudinamakan ulat buku.. hahaha
ohh ada ek buku ni..hehe
buku nie aku tak beli lagi, sebok la dgn program ujung minggu yang lalu, tgk la, ujung minggu nie aku try charie kat MPH ke... kena beli nie...
Catat Ulasan