Memaparkan catatan dengan label Sultan Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sultan Perak. Papar semua catatan

Selasa, Disember 03, 2024

Sultan Nazrin tidak pernah jemu bertitah demi kemakmuran negeri

Sultan Nazrin tidak pernah jemu bertitah demi kemakmuran negeri

Berita Harian – 27 Nov 2024

RAJA Pemerintah diumpamakan sebagai nakhoda kapal bukan sahaja seorang pemimpin berilmu pengetahuan dan luas pengalaman, malah mahir menerajui haluan bahtera, faham selok-belok lautan, lambungan ombak, arah angin, perubahan awan dan makna taburan bintang di langit. Bahkan, semakin besar bahtera itu, semakin banyak tanggungjawab di samping memastikan setiap anak kapal mematuhi undang-undang dalam melaksanakan tugas dan menyelesaikan sesuatu masalah.

Jumaat, November 15, 2024

Pusat Pusat Pemerintahan Kesultanan Negeri Perak


Senarai Pusat Pemerintahan Kesultanan Negeri Perak

1. Tanah Abang, Mukim Bota
2. Kota Lama Kanan
3. Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah
4. Semat dalam Mukim Senggang
5. Bota Kanan Atau Dahulunya Dikenali Sebagai Berahman Indera
6. Pulau Tiga, Kampung Gajah
7. Pulau Cempaka Sari (nama lama) / Pulau Indera Sakti (nama baru) Di Kuala Sungai Kinta, Kampung Gajah
8. Pasir Pulai Indera Mulia, Kampung Gajah
9. Bandar Baharu, Kampung Gajah
10. Pasir Panjang, Kampung Gajah
11. Durian Sebatang, Teluk Intan
12. Sayong, Kuala Kangsar
13. Batak Rabit, Teluk Intan
14. Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Sejak zaman pemerintahan Sultan Perak yang terawal, di mana lokasi pusat pemerintahan Sultan Perak berada maka disitulah juga wujudnya lokasi istana buat Sultan Perak menetap dan bersemayam. Istana Sultan sentiasa berubah-ubah dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar.

Sumber: Orang Perak

Jumaat, November 03, 2023

Dirgahayu Tuanku

 

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah

Di negeri Perakhari Jumaat pertama di dalam bulan November merupakan Hari Keputeraan Yang Amat Mulia Sultan Perak dan telah diumumkan sebagai hari kelepasan am di peringkat negeri.

Baca artikel: