Memaparkan catatan dengan label Titan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Titan. Papar semua catatan

Rabu, April 04, 2007

Mari menunggang Harley Davidson

Foto ihsan DSF.my 

“NOT the destination, the journey that’s count”. “If I have to explain, you wouldn't understand”.


Dua frasa ayat di atas, yang ringkasnya membawa maksud `Bukan destinasi tetapi perjalanan, jika diterangkan, anda tidak akan faham’ sememangnya sudah cukup sinonim bagi setiap penunggang motosikal Harley-Davidson, baik di dalam negara atau dari mana juga mereka berada.

“Keseronokan mengembara bukan milik penunggang atau pemilik motosikal semata-mata sebaliknya dikongsi bersama keluarga, yang boleh mengekori dengan kereta bertujuan mengeratkan hubungan,”

“Harley-Davidson bukanlah untuk tunggangan laju walaupun motosikal ini sebenarnya boleh dipandu laju. Tapi kebanyakan yang menunggang motosikal ini hanya untuk tujuan bersiar-siar.

“Deruan bunyi enjin Harley-Davidson memberikan keseronokan tunggangan, lebih-lebih lagi kalau beramai-ramai. Bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Jika seseorang itu penunggang motosikal Harley-Davidson sebenar, dia tidak kisah sama ada menunggang secara berkumpulan atau berseorangan kerana apa yang lebih utama adalah keasyik menunggang sambil menikmati pemandangan.”

Artikel dipetik dari Haswari Ali (Ikon), Mac 2007