Memaparkan catatan dengan label UPSI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSI. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 03, 2025

Rumah Za'ba di Tanjung Malim

 

Foto ihsan UPSI
Za'ba semasa di Tanjung Malim 

Rumah ini pernah menjadi kediaman Pendeta Za’ba sewaktu beliau berkhidmat di SITC sebagai penterjemah di Pejabat Karang Mengarang SITC dari tahun 1924 hingga 1939. Pada tahun 2002, Perpustakaan UPSI yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah tersebut telah menjadikannya sebagai Galeri Za’ba. Pada tahun 2010, rumah ini digunakan sebagai pejabat pengawal keselamatan UPSI. Kini di bawah pengurusan Muzium Pendidikan Nasional, rumah tersebut telah dibaik pulih dan dijadikan pula sebagai “living museum” yang mempamerkan sejarah, karya, koleksi, gambar dan sumbangan Za’ba di bidang penulisan dan penerbitan sewaktu beliau berkhidmat di SITC.

Sumber: UPSI

Selasa, Jun 10, 2025

Tragedi Bas Pelajar UPSI - 9 Jun 2025

Foto ihsan Public Health Malaysia 

Tangisan seorang keluarga yang kehilangan,

Dalam detik hiba itu, Tuanku memadam batas protokol. Yang tinggal hanyalah rasa belas, yang mengalir tulus dari hati seorang Sultan kepada hati rakyatnya yang retak.

Duka ini bukan milik satu keluarga sahaja. Ia luka satu negara.

Dan ketika air mata jatuh tanpa henti, hadir seorang Sultan bukan untuk berkata apa-apa, tetapi untuk menjadi bahu tempat bersandar. Seluruh negara berduka.

Daulat Tuanku

Foto kredit Bernama

Rabu, Mei 28, 2025

UPSI, Arkib Negara Malaysia kumpul Diari Pengetua 1900-1977, calonkan 'Memory of the World'


Berita Harian - 16 Mei 2025

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Arkib Negara Malaysia sedang mengumpul artifak berupa dokumen Diari Pengetua dari tahun 1900 hingga 1977 yang berpotensi dicalonkan sebagai Memory of the World (MoW) di bawah UNESCO (United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization).

Pengarah Institut Peradaban Melayu (IPM) UPSI, Prof Dr Tajul Shuhaizam Said berkata dokumen berkaitan adalah Diary College Malacca (1900-1922) dan Principal'S Diary Sultan Idris Training College (1922-1950, 1951-1977).

Dokumen berkenaan, katanya, adalah rekod harian rasmi pentadbiran salah satu institusi pendidikan terawal dan terpenting dalam sejarah Tanah Melayu dan Asia Tenggara, malah menjadi dokumen terpenting dalam mengkaji perkembangan pendidikan di Nusantara sejak tahun 1900.

Jumaat, November 29, 2024

Datuk M. Nasir Terima Ijazah Kehormat UPSI