Memaparkan catatan dengan label m nasir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label m nasir. Papar semua catatan

Rabu, Januari 08, 2025

Nuri Terbang Malam

Foto ihsan Luncai Emas 

M. Nasir Hidupkan Semula Lagu Hampir Dilupakan 'Nuri Terbang Malam'

BERNAMA - 6 Jan 2025

Legenda muzik tanah air Datuk M. Nasir sekali lagi membuktikan kemampuannya dalam menghidupkan semula lagu yang hampir dilupakan, menerusi karya terbaharu beliau Nuri Terbang Malam, sebuah lagu klasik awal 1900-an. Lagu asal nyanyian Qasim, seorang penyanyi Wayang Semarang dari Pulau Pinang itu, dipercayai lagu Melayu pertama yang pernah direkodkan pada piring hitam sekitar 1903 oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa dari United Kingdom, Gramophone Company.

Pengarah produksi Luncai Emas Sdn Bhd Keon Omar dalam kenyataan hari ini, berkata lagu Nuri Terbang Malam itu merupakan sebahagian daripada 100 buah lagu klasik popular yang diberi nafas baharu, iaitu projek kerjasama antara Luncai Emas dan World Business Affairs Sdn Bhd, diberi nama “100 Lagu 100 Tahun”. 

"Projek ‘100 Lagu 100 Tahun’ ini adalah cetusan idea Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan komposer serta penerbit terkenal Dr Mohd Azhar Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer. Objektif projek ini adalah untuk menghimpunkan 100 lagu popular Melayu dari awal abad ke-20 dalam bentuk audio dan juga buku,” katanya.

Menurut beliau lagi, projek juga bertujuan memperkenalkan semula karya klasik kepada khalayak moden sebagai penghormatan terhadap sejarah seni muzik tanah air. Dalam kenyataan sama, M. Nasir berkata sebagai penggiat seni, beliau ingin membawa karya-karya dahulu kepada generasi baharu tanpa melupakan asal usul.

"Lagu ini adalah sebahagian daripada sejarah muzik kita, dan tugas kita adalah untuk mengabadikannya," katanya.

Lagu tersebut boleh didengar di semua saluran digital, antaranya Youtube, Spotify dan Apple Music bermula 3 Jan 2025.

Sumber: BERNAMA

Pautan Youtube: https://youtu.be/Jltl0S3uXYQ

Jumaat, November 29, 2024

Datuk M. Nasir Terima Ijazah Kehormat UPSI

 

Ahad, Oktober 13, 2024

Duit Raya di Konsert Chipta2 M Nasir

 

Konsert Chipta2 pada 12 Okt 2024 di Axiata Arena disudahi dengan lagu 'Satu Hari di Hari Raya' 

Foto ihsan Internet 

Foto ihsan Internet 

Selasa, September 23, 2008

Lagu kita perlukan pembelaan

Petikan menarik M. Nasir mengenai lagu kita perlukan pembelaan (UM-19 september 2008)

  • Saya sebenarnya hairan mengapa kita memberi terlalu banyak keutamaan kepada lagu-lagu artis luar Negara terutamanya Indonesia. Kita seakan-akan bersetuju atau merelakan keadaan itu berlaku
  • Artis luar bawa satu lagu cukuplah dan ia tentunya ayang hits sahaja yang akan diketengahkan. Itu belum masuk artis-artis lain. Sedangkan artis kita mahu jadikan sebuah lagu hits pun susah
  • Orang kita mahukan lagu-lagu Melayu, sedangkan dulu kita ada ramai pemuzik seperti OAG dan Butterfingers tetapi mereka buat album Inggeris. Sekarang ini barulah nampak perubahan sikit
  • Kita memang ada program TV reality tetapi ia sekarang ini seakan-akan sudah tidak relevan lagi