BERNAMA – 01 Dis 2023
Oleh: Oswald Timothy Edward dan Ahmad Akmal Mohd Idris
Perpustakaan,
sebagai tapak pembelajaran utama, memainkan peranan penting dalam mencapai
Malaysia Madani dengan menyediakan koleksi ilmu pengetahuan yang luas.
Bagaimanapun, cabaran yang ketara terhadap minat pelajar terhadap perpustakaan
di Malaysia memerlukan tindakan proaktif untuk memastikan masa depan yang
berpengetahuan, kreatif, dan sejahtera.
Perubahan
teknologi pesat era digital
Perubahan
teknologi yang pesat menjadi antara faktor utama yang merampas minat pelajar
dari pengalaman tradisional perpustakaan. Dalam era digital, pelajar cenderung
mencari maklumat melalui internet, peranti elektronik, dan e-buku, mengurangkan
daya tarikan perpustakaan fizikal. Perpustakaan perlu memahami perubahan itu
dan menyelaraskan perkhidmatannya dengan teknologi terkini untuk kekal relevan
dalam memenuhi keperluan pelajar masa kini.
Keberkesanan perpustakaan masa depan bergantung kepada kemampuannya untuk mengintegrasikan teknologi terkini dalam perkhidmatannya. Ini mungkin merangkumi pembangunan platform digital, peningkatan dalam perkhidmatan dalam talian, dan pendekatan inovatif dalam menyampaikan maklumat. Perpustakaan juga perlu memainkan peranan sebagai penyedia akses kepada sumber-sumber elektronik yang berkualiti untuk memastikan bahawa mereka menawarkan nilai tambah kepada pengguna dalam era digital ini.





![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















