Memaparkan catatan dengan label perpustakaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perpustakaan. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 26, 2025

Era Lama Khidmat Perpustakaan Berubah Seiring Digitalisasi


Era lama khidmat perpustakaan berubah seiring digitalisasi

BH 16 Ogos 2025, ms. 13
"Perpustakaan amat penting bagi menjayakan aspirasi membentuk lahiriah dan rohaniah pelajar serta masyarakat, bukan sekadar menjadi tempat penyimpanan koleksi"

Khamis, Ogos 21, 2025

Library Science in 2025: More Vital Than Ever

Source: LinkedIn Learn with a Librarian

Library Science in 2025 is undergoing a profound transformation, driven by emerging technologies, evolving community needs, and a renewed focus on sustainability and inclusivity. Here's a comprehensive look at the trends, innovations, and challenges shaping the field:

Innovations in Library Science (2025)

Libraries are now dynamic hubs for learning, creativity, and digital engagement. Key innovations include:

Technological Advancements

Artificial Intelligence (AI): Personalized learning, smart cataloging, and predictive analytics for user needs.

Augmented & Virtual Reality (AR/VR): Immersive educational environments and virtual exhibitions.

Blockchain: Secure digital rights management and transparent transactions.

Internet of Things (IoT): Smart resource management and real-time data tracking.

Robotics & Automation: Self-service kiosks, automated book sorting, and inventory control.

Open-Source Software: Cost-effective, customizable library management systems.

Sustainability & Stewardship

Libraries are promoting environmental literacy, digitizing archives, and designing energy-efficient spaces.

Emphasis on green infrastructure and community education for climate action.

Evolving Roles & Services

Libraries in 2025 are redefining their societal role:

Community Engagement: Hosting workshops, maker spaces, and cultural events.

Media Literacy Education: Teaching critical thinking and combating misinformation.

Library of Things: Lending non-book items like tools, tech devices, and appliances.

24/7 Access: Smart lockers and remote services for flexible patron access.

Inclusive Design: Height-adjustable kiosks, multilingual interfaces, and services for underserved groups.

Jumaat, Ogos 15, 2025

Perpustakaan Terawal Muzium Perak Tahun 1886

KOLEKSI KATALOG

PERPUSTAKAAN TERAWAL MUZIUM PERAK TAHUN 1886

Catalogue of the Library of the Perak Government Museum, Thaipeng yang diterbitkan pada tahun 1886 oleh Singapore and Straits Printing Office merupakan bukti awal usaha sistematik dalam pengumpulan dan pengurusan maklumat oleh institusi awam di Tanah Melayu. Katalog ini disusun hasil inisiatif kurator pertama Muzium Perak, Leonard Wray Jr., yang turut memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju intelektual permuziuman pada masa itu.
Dalam mukadimahnya, Leonard Wray Jr. menyatakan hasrat kerajaan Negeri Perak untuk menubuhkan sebuah perpustakaan yang menghimpunkan karya rujukan serta pelbagai jenis literatur berkaitan Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu. Beliau turut mengajak para pegawai kerajaan dan orang awam agar menyumbangkan bahan bacaan seperti buku, risalah, kertas kerja, manuskrip dan dokumen tempatan bagi memperkayakan koleksi perpustakaan tersebut.
Katalog ini disusun secara alfabetikal mengikut nama pengarang dan merangkumi maklumat bibliografi penting seperti tajuk, bilangan jilid, tempat dan tahun terbitan, serta status perolehan. Beberapa koleksi yang ditandakan dengan (*) dikenal pasti sebagai milik peribadi Mr. Noel Denison, Superintendent of Lower Perak,yang telah dibeli untuk melengkapkan koleksi perpustakaan. Meskipun tidak menggunakan sistem klasifikasi moden seperti Dewey atau Library of Congress, struktur bibliografi katalog ini menunjukkan pendekatan sistematik yang kemas. Amalan seperti penunjuk silang (contohnya, see Thomson, J.T.) telahpun diterapkan dan dokumentasi yang tersusun.
Katalog ini membuktikan kewujudan sistem maklumat teratur dalam institusi awam, khususnya di Muzium Perak. Mencerminkan pendekatan awal dalam pengurusan perpustakaan serta menyokong peranan muzium sebagai pusat pengetahuan dan rujukan. Katalog ini juga boleh dianggap sebagai asas kepada bibliografi dan koleksi nasional dalam pembangunan institusi perpustakaan di Malaysia. Selain berfungsi menyimpan dan mempamerkan artifak, muzium juga turut berperanan sebagai pusat rujukan penting, khususnya bagi pegawai kolonial, naturalis dan penyelidik. Ini menunjukkan peranan strategik muzium dalam penyebaran ilmu sejak awal penubuhannya.

Sumber: FB Muzium Perak Taiping Rasmi

Jumaat, Julai 11, 2025

Perpustakaan universiti rakan strategik pelajar

 

Sumber: Berita Harian 

Selasa, April 15, 2025

Perpustakaan Itu Perlu

 

Jumaat, Mac 21, 2025

Perpustakaan perlu sedia ruang, aktiviti tingkat kesihatan mental


Perpustakaan perlu sedia ruang aktiviti tingkat kesihatan mental

BH 20 Mac 2025, ms. 13
"Perpustakaan bukan sekadar pusat ilmu dan rujukan, malah berperanan sebagai ruang sokongan bagi individu yang memerlukan ketenangan, refleksi diri serta keseimbangan emosi"

Jumaat, Mac 14, 2025

Turning libraries into vibrant spaces



Turning libraries into vibrant spaces

The Star 12 March 2025, pg. 5 (Metro)
"With more diverse and interactive programmes, Johor's libraries aim to become not just reading spaces but also vibrant community hubs for knowledge and culture"

Ahad, Mac 02, 2025

Perpustakaan Masih Relevan

Sumber: Utusan Malaysia

Perpustakaan Masih Relevan

Utusan Malaysia 22 Feb 2025, ms. 15
"Tanpa perpustakaan, masyarakat berilmu dan berbudaya membaca sukar dibentuk kerana amalan membaca menjadi asas penilaian kadar literasi masyarakat sesebuah negara"

Rabu, Februari 19, 2025

Peranan Perpustakaan Tidak ketinggalan di Era Teknologi

Sumber: Utusan Malaysia

Peranan perpustakaan tidak ketinggalan di era teknologi

Utusan Malaysia 13 Feb 2025, ms. 16
"Pustakawan mencipta klasifikasi panggilan baharu, Sistem Klasifikasi Perpustakaan UIAM (ICSI) bagi membolehkan koleksi Islam diklasifikasikan dengan lebih terperinci"

Khamis, Februari 06, 2025

Kerajaan mahu naik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC

Kerajaan mahu naik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC

Foto ihsan Berita Harian 

Berita Harian – 26 Jan 2025

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengumumkan perkara itu, berkata kerajaan akan mengambil tanggungjawab itu dengan memastikan perpustakaan itu nanti ditempatkan dengan karya ilmiah Profesor Diraja, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Justeru, beliau berharap inisiatif berkenaan dapat dimanfaatkan generasi akan datang selain mereka berupaya meraih inspirasi daripada nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.

"Insya-Allah kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC dengan koleksi terkini yang dianggarkan mempunyai lebih 150,000 naskah. Perpustakaan itu nanti bakal menjadi perpustakaan premier mengenai Islam dan Asia Tenggara...rantau ini. Justeru, marilah kita semua panjatkan doa kepada Allah supaya generasi akan datang akan peroleh inspirasi dan manfaat daripada contoh paling terbaik iaitu ilmuan Islam dan guru kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan sempena syarahan bertajuk Islam : The Covenants Fulfilled yang disampaikan oleh Syed Muhammad Naquib di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini. Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalannya, Datuk Seri Mustapha Sakmud.

Menyoroti detik ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) suatu masa dulu, Perdana Menteri berkata, ABIM pernah berdepan banyak cabaran pada masa itu. Namun begitu, beliau berkata, cabaran yang diterima langsung tidak berupaya menghalang pihaknya ketika itu untuk mempromosikan pemikiran Syed Muhammad Naquib yang terkandung dalam naskah nukilan intelektual Islam itu. Antara naskah yang diangkat pada waktu itu, kata Anwar, adalah bertajuk Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1972) dan Risalah Untuk Kaum Muslimin (1973).

"Berkat bimbingan Profesor (Syed Muhammad) Naquib, melalui Gerakan Kepemudaan, kami tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam usaha kami untuk menjadi ejen perubahan, menyemarakkan semangat dalam kalangan belia Malaysia untuk hidup dengan penuh integriti berdasarkan nilai-nilai yang baik. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai karya-karya ini sehingga tidak akan dapat dihuraikan sepenuhnya dalam masa yang terhad ini. Namun, saya ingin menekankan satu perkara asas dalam semua karya ini iaitu keutamaan maruah Melayu dan kekuatan semula jadi masyarakat Melayu yang dibina atas asas nilai-nilai Islam. Ini adalah aspek yang perlu diulang penegasan terutamanya di zaman ini, bukannya terjebak dalam ilusi yang dicipta sendiri tentang 'Melayu kehilangan kuasa' dan kegilaan berdebat untuk menegakkan ketuanan Melayu," tegasnya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1354046/kerajaan-mahu-naik-taraf-perpustakaan-syed-muhammad-naquib-al-attas

Rabu, Februari 05, 2025

Perpustakaan Wakaf Hajah Gayah, Pulau Pinang

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid merasmikan perpustakaan
Foto ihsan Sinar Harian
Foto ihsan Sinar Harian 
Foto ihsan FB Perpustakaan Awam Pulau Pinang 

GEORGE TOWN - 10 beradik sepakat mewakafkan dua unit rumah keluarga mereka di Pangsapuri Warisan Tanjung di Tanjung Tokong di sini untuk dijadikan perpustakaan bagi kegunaan awam di negeri ini.

Salah seorang wakil keluarga pewakaf, Dr Imran Abdul Khalid, 65, berkata, tujuan mereka mewakafkan kedua-dua unit tersebut pada 2023 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan dalam mendapatkan sumber ilmu pengetahuan.

Imran berkata, kesemua adik-beradiknya bersatu hati untuk mewakafkan kediaman tersebut sebagai perpustakaan agar pahala sentiasa mengalir buat ibunya, Gayah Osman yang meninggal dunia pada 2019.

"Arwah ibu sentiasa terapkan kepentingan ilmu kepada kami dan dia selalu mengingatkan, ilmu boleh mengubah nasib kami yang serba kekurangan.

"Disebabkan itu, kami 10 beradik sangat mementingkan pelajaran dan hasilnya, kesemua kami berjaya menamatkan pelajaran di peringkat PHD.

Jumaat, Januari 31, 2025

Wajah Baharu Anjung Bestari

 
Sumber: Wilayahku (17 Jan 2025)

Khamis, Januari 02, 2025

Bila Kali Terakhir Anda ke Perpustakaan?

Sumber: Utusan Malaysia

Bila kali terakhir anda ke perpustakaan?

UM 23 Dis 2024, ms. 31

"Perpustakaan kini telah berkembang menjadi pusat kegiatan komuniti dan hab utama masyarakat setempat bagi perpustakaan negeri, cawangan mahupun desa"

Sabtu, Disember 28, 2024

Perpustakaan Komuniti @Aeon Taiping

Semasa balik ke Taiping, sempat berkunjung ke Aeon Taiping dan ternampak ada nama 'Perpustakaan Komuniti' dalam senarai kedai yang ada. Apa lagi, cepat-cepat terus cari di manakah lokasinya. Yang seronoknya, pergi dua hari berturut-turut pada 23 dan 24 Dis 2024. 

Tahniah diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Perak kerana mewujudkan sebuah perpustakaan di pusat membeli-belah. Ianya menjadi tempat pengunjung beristirahah sambil membaca buku dan mencari maklumat. Terdapat juga ibu-bapa yang membawa anak-anak ke sini untuk aktiviti yang sihat. 

Selasa, Disember 17, 2024

Perpustakaan Hanya Ada Koleksi Penulis Bawah 18 Tahun

This library in San Francisco only has books authored by under-18 year olds

Photo: Business Roundtable 

The Star – 12 Dec 2024

 

In San Francisco, a unique library has recently opened its doors. Here, there are no classics or bestsellers by established writers, but stories written by children from all over the world. This unique space showcases young authors' unbridled creative efforts, offering them a privileged place on the shelves.

For years, American author Dave Eggers, best known for his novel A Heartbreaking Work Of Staggering Genius, had written works piling up in his garage and no idea what to do with them. These were not copies of his own novels and essays, but rather works written by young people aged 6 to 18, coming from San Francisco and beyond. Convinced of these works' value, he decided to give them a proper home.

And thus, on Dec 4, he inaugurated the International Library of Youth Writing, a library set up at the headquarters of his publishing house McSweeney's, on Valencia Street in San Francisco.

"It's, as far as we know, the only one of its kind: a library that consists only of books written by young people,” Eggers told the San Francisco Standard.

Sabtu, Oktober 26, 2024

Perpustakaan Pemangkin Pembentukan Generasi Madani

PERPUSTAKAAN PEMANGKIN PEMBENTUKAN GENERASI MADANI
BERNAMA – 01 Dis 2023

Foto ihsan Internet

Oleh: Oswald Timothy Edward dan Ahmad Akmal Mohd Idris

Perpustakaan, sebagai tapak pembelajaran utama, memainkan peranan penting dalam mencapai Malaysia Madani dengan menyediakan koleksi ilmu pengetahuan yang luas. Bagaimanapun, cabaran yang ketara terhadap minat pelajar terhadap perpustakaan di Malaysia memerlukan tindakan proaktif untuk memastikan masa depan yang berpengetahuan, kreatif, dan sejahtera.

Perubahan teknologi pesat era digital

Perubahan teknologi yang pesat menjadi antara faktor utama yang merampas minat pelajar dari pengalaman tradisional perpustakaan. Dalam era digital, pelajar cenderung mencari maklumat melalui internet, peranti elektronik, dan e-buku, mengurangkan daya tarikan perpustakaan fizikal. Perpustakaan perlu memahami perubahan itu dan menyelaraskan perkhidmatannya dengan teknologi terkini untuk kekal relevan dalam memenuhi keperluan pelajar masa kini.

Keberkesanan perpustakaan masa depan bergantung kepada kemampuannya untuk mengintegrasikan teknologi terkini dalam perkhidmatannya. Ini mungkin merangkumi pembangunan platform digital, peningkatan dalam perkhidmatan dalam talian, dan pendekatan inovatif dalam menyampaikan maklumat. Perpustakaan juga perlu memainkan peranan sebagai penyedia akses kepada sumber-sumber elektronik yang berkualiti untuk memastikan bahawa mereka menawarkan nilai tambah kepada pengguna dalam era digital ini.

Isnin, Oktober 21, 2024

Malaysia Sebagai Negara Pembaca menjelang Tahun 2030

 

Foto ihsan FB Perpustakaan Negara Malaysia

Rabu, Oktober 16, 2024

Perpustakaan Masih Relevan

Foto ihsan Internet 

Ubah stigma, perpustakaan masih relevan

TV Sarawak – 10 Okt 2024

BINTANGOR, 10 Okt: Pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan bagi menarik minat masyarakat mengunjungi perpustakaan yang masih relevan dengan peranannya sebagai sumber pembelajaran sepanjang hayat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, usaha itu sangat penting dalam meningkatkan literasi dan penggunaan sumber pengetahuan yang ada. Malah ujarnya, langkah lebih proaktif boleh membantu mengubah persepsi perpustakaan sebagai tempat yang membosankan kepada pusat aktiviti dan ilmu yang dinamik.

Sehubungan itu, hubungan baik antara perpustakaan sebagai penyedia perkhidmatan dan pengguna dapat dipupuk dan dipertingkatkan dengan menyebarluaskan peranan perpustakaan dalam komuniti.

“Ini dapat mengurangkan ‘stigma’ bahawa suasana perpustakaan yang membosankan dengan perlaksanaan program literasi maklumat yang lebih menyeronokkan dengan iklusiviti digital pada masa kini,” katanya ketika menghadiri Hari Terbuka Perpustakaan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) hari ini.

Kuong Hiing berkata, program itu selaras dengan Pembudayaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam kalangan komuniti. Selain menyediakan ruang yang selesa, moden dan lebih mesra katanya, kolaborasi bersama pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga penting bagi merealisasikan hasrat itu.

Penganjuran program kali ini melibatkan kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan memasukkan program Sains Teknologi dan Matematik (STEM) yang merupakan antara pembelajaran terpenting pada masa kini.

Pada majlis yang sama, Kuong Hiing turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi membantu pihak perpustakaan MDMJmelaksanakan pelbagai aktiviti pada masa akan datang. –TVS

Sumber: https://www.tvsarawak.my/2024/10/10/ubah-stigma-perpustakaan-masih-relevan/ 

Jumaat, Oktober 11, 2024

Apa Yang Rakyat Malaysia Suka Baca?

 

Sumber: Utusan Malaysia 

Khamis, September 26, 2024

348 Perpustakaan Ditutup

348 perpustakaan ditutup

Utusan Malaysia – 26 Sept 2024

Foto ihsan Internet

PETALING JAYA: Sebanyak 348 perpustakaan ditutup dalam tempoh lima tahun daripada 3,002 pada 2019 kepada 2,654 setakat tahun lalu.

Naib Presiden I, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Dr. Mohd. Faizal Hamzah berkata, hal ini berlaku kerana perubahan pentadbiran, pemusatan perpustakaan, dan penyatuan perpustakaan kecil selain faktor peralihan dunia ke arah digitalisasi.

Bagaimanapun jelasnya, peralihan ke arah digital bukan faktor utama bilangan semakin mengecil kerana perpustakaan di Malaysia turut bersama dalam transformasi ke arah perpustakaan digital.

“Perpustakaan kita telah berjaya menyesuaikan diri dengan era digital, menawarkan pelbagai perkhidmatan dan sumber yang relevan mengikut keperluan semasa.

“Sebagai contoh, perpustakaan negeri dan awam banyak menganjurkan program seperti kelas AI (kecerdasan buatan), makmal penciptaan, dan kelas li­terasi media digital. Fokus kini lebih kepada koleksi digital apabila pustakawan perlu menguasai kemahiran baharu seperti penyedia­an mikro-kredensial, aplikasi perisian digital, AI, dan alat penyelidikan digi­tal yang membantu mereka kekal berdaya saing,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Berdasarkan Perangkaan Perpustakaan Malaysia 2023, terdapat sebuah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Komuniti PNM (4), Perpustakaan Awam Negeri (PAN/330) dan Perpustakaan Desa (PD/1,085) melibatkan PD PNM (506) dan PD PAN (579).