Memaparkan catatan dengan label loghat perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label loghat perak. Papar semua catatan

Isnin, Januari 15, 2024

Moh labun Dialek Perak Tengah


Moh leghaih komer weiii!!

Tulisan oleh Uthaya Sankar SB
Sumber: UM 13 Jan 2024

Jumaat, Februari 24, 2023

Kuih Loghat perak (advance)

 

Moh komer terey kuiz ni: Kuiz Dialek Perak versi Advance:

Klik sini: Kuiz 

Bila dah jawab, nanti komer tampei keputusan berape komer dapat kat ruangan komen tu.

#KejorYobKejor

#MohkePerak 

Isnin, Mac 08, 2021

Anak muda Perak malu bertutur dialek sendiri

 Berita Harian -  8 Mac 2021


KUALA LUMPUR: "Idak nak makan ke ? Ate... tak pelawe...!," dialog AR Tompel dalam filem Do Re Mi terbitan 1960-an itu mungkin paling diingati jika kita memetik filem atau drama yang menggunakan dialek Perak. Malah sehingga kini banyak drama, telefilem dan juga filem mengangkat dialek berkenaan yang nyata membantu mempromosikannya misalnya, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Namun, walaupun dianggap popular dalam kalangan penonton, realitinya dialek Perak mula diancam 'kepupusan' kerana golongan muda asal Perak tidak lagi berminat menuturkannya.

Hal ini dikongsikan oleh Pensyarah, Pusat Kajian Bahasa & Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Nor Hashimah Jalaluddin menerusi program Canai Bahasa dan Sastera, Warisan Pustaka: Moh Kenei Loghat Perak di laman sosial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), minggu lalu. Program yang dimudahcarakan oleh Pegawai Perancang Bahasa DBP, Norhasmanalinda Mustapa itu turut menampilkan mantan Timbalan Ketua Pengarah, DBP, Dr Zaharani Ahmad dan pelakon Bell Ngasri.