Memaparkan catatan dengan label menyorok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menyorok. Papar semua catatan

Isnin, Julai 28, 2008

Abang, mai turun, mak ajak menyorok


Azrul yang lahernya di Melaka baru menikah dengan Lisda. Depa balik kampung ke rumah mak pak LIsda di Kedah. Ini adalah percutian pertama depa kat rumah mak pak LIsda. Esok pagi masa depa tengah dok berehat kat dalam bilik kat tingkat atas, tiba-tiba mak Lisda panggil:

Emak: Lisda! mai turun ajak laki hang tu menyorok

Lisda: Abang, mai turun, mak ajak menyorok

Azrul: Kenapa nak kena menyorok pulak ni?

Lisda: Hari dah tinggi ni, jom menyorok dulu la, lepas tu kita pi pekan beli sayuq dengan ikan untuk makan tengah hari

Azrul: Siapa yang datang? kita kena menyorok pulak? Nak menyorok kat mana?

Lisda: Tadak sapa datang aeh!! Kita je la menyorok dengan mak kat dapoq

Azrul: (Dalam hati) Ajak menyorok kat dapur. Dengan emak sekali pulak tu. Apa hal ni?

Azrul punturun la ke dapoq ikut isteri dia. Dalam loghat orang Kedah nu, menyorok maksud dia ialah sarapan pagi atau makan sikit untuk alas perut. Begitulah kisahnya.