Rabu, Mac 23, 2005
Isnin, Mac 21, 2005
F1 di Sepang
F1 bar semalam berlangsung kan? so apa crita semalam, aku pon tak tgk sgt la F1 tu semalam, chuma aku bacha ja dalam paper apa yg berlaku, anyway sapa yang menang tu tahniah, dan sapa yang loose tu, try lagi dalam pusingan di litar lain plak, wu yooo gila beb, panas gila la kat Sepang tu.. tak sanggup aku nak pi lepak kat sana nak tgk keta...wow..tak larat la..tapi betul la, semalam kat area shopping complex, tak ramai org la, aku pi Subang smlm, tak berapa ramai la, mungkin geng2 nie pi Sepang kot..tgk tv dah la...semalam lepas aku pekena nasik kat Seksyen 9, kedai Cili Merah, aku pi Subang dengan Macho..saja ja jalan2 boring2 dok umah tak buat apa.
Petang baru aku sampai umah, lepas isyak geng umah aku pi Seksyen 25, pekena ayer buah kat kedai slumbe'rr.. ok la..tapi harga ada lebeh sikit la..tapi ayer buah dia mmg best, gelas besor sederhana pon dah RM 3.00 beb. wow. sekali sekala buleh la...selalu naya beb.
Anyway, semalam telah dipenuhkan dgn aktiviti yg sehat dan bermakna. nanti nk chari tempat lain plak
Okey..adios.
Okey..adios.
Khamis, Mac 10, 2005
Rabu, Mac 09, 2005
ITM - royal university?
NAIB Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berharap universiti berkenaan diiktiraf sebagai Universiti Diraja sekaligus meletakkannya antara universiti-universiti berprestij di dunia. Ini sejajar dengan kedudukannya sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor. Pengiktirafan itu juga sejajar dengan peranan UiTM yang memperjuang dan memartabatkan kaum Melayu serta pengimbang kedudukan kaum Melayu di negara ini.
``Mungkin kepada orang lain, UiTM ini sama sahaja seperti universiti-universiti lain tetapi bagi kita UiTM adalah penyelamat maruah bangsa,'' katanya. Katanya, Melayu di negara ini merupakan `kaum minoriti dalam majoriti' kerana masih jauh ketinggalan dalam bidang-bidang profesional.
``Namun kita masih boleh berbangga dengan kewujudan UiTM untuk membantu memulihkan keadaan ini,'' katanya. Justeru beliau menjelaskan, tanpa UiTM dasar kerajaan untuk memperbaiki bangsa Melayu dari segi profesional dan ekuiti sosial tidak akan terhasil dengan baik. Jika UiTM tidak ditubuhkan, Melayu akan tertekan dan terpinggir akibat ketidakstabilan penyertaan kaum dalam bidang-bidang kritikal. ``Justeru itulah kita melihat UiTM sebagai penebus maruah dan martabat bangsa Melayu,'' katanya.
Maka itu UiTM juga boleh berbangga apabila ia dipilih menjadi `feeder' atau pembekal pelajar Undang-Undang kepada dua universiti terkemuka di negara ini iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada masa ini sebanyak 200 pelajar mengikuti program Pra Undang-Undang UiTM sebelum meneruskan pengajian dalam pengajian tersebut di kedua-dua universiti berkenaan. Situasi itu juga sekali gus menafikan tanggapan masyarakat bahawa graduan UiTM sebagai kelas kedua.
``Sejarah telah membuktikan UiTM menghasilkan pelajar yang cemerlang terutama dalam bidang kritikal malah kita ada `track' rekod yang menunjukkan permintaan tinggi terhadap graduan UiTM dalam pasaran kerja,'' katanya. Mengenai pengambilan pelajar, beliau tidak menafikan mereka yang terpilih ke universiti itu merupakan yang terbaik dalam kalangan terbaik.
``Kita bukan bercakap mereka yang memperoleh 5A atau 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi mereka yang memperoleh 13A,'' katanya.
Dalam mengejar kecemerlangan itu, UiTM katanya, tidak pernah melupakan tanggungjawab sosial kepada pelajar yang gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. ``Kita tidak menerima mereka sebagai pelajar kelas kedua sebab mereka bukan pelajar bodoh atau tidak cemerlang dalam akademik cuma mereka tidak bernasib baik,'' katanya.
Isnin, Mac 07, 2005
Save My Soul
Save My Soul from Padi.....lama dah tak citer2 nie, waduhs, kok bikin report nya sama teman2. aku di sini kumbali dengan crita tadak crita jugak la..sebok cikit la kat PLF nie, keja bnyk la plak... idup keja.. nanti kalau ada berita terbharu, aku crita...
Ini berita yang bharu aku trima: Perkahwinan Kamsiah Musa @ Umi. kenduri dia nie akan di adakan pada 12 mac 2005 di bandar Jengka, Pahang. cik abg dia pon org Jengka jugak...
so, dia dh wakilkan kat meor, pastu aku plak tolong menyampaikan kpd kengkawan yang lain...selamat berkenduri..selamat pengantin bharu umi... :)
Labels:
Padi
Langgan:
Catatan (Atom)