Memaparkan catatan dengan label Sepang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sepang. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 03, 2026

F1 Bahrain di Sepang, Malaysia

 

Foto ihsan e-Central 

Pada tahun 2026, Malaysia kembali menjadi tumpuan dunia sukan permotoran apabila Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober 2026. Perlumbaan ini menandakan kembalinya Formula 1 ke Sepang selepas sembilan tahun sejak Grand Prix Malaysia terakhir pada 2017, hasil kerjasama antara Formula 1, FIA serta kerajaan Malaysia dan Bahrain. Acara berprestij ini bukan sahaja menghidupkan semula nostalgia peminat F1 tempatan, malah dijangka menarik puluhan ribu penonton dari dalam dan luar negara, sekali gus merancakkan sektor pelancongan, ekonomi dan imej Malaysia sebagai tuan rumah acara sukan bertaraf dunia.

Isnin, Mac 21, 2005

F1 di Sepang


F1 bar semalam berlangsung kan? so apa crita semalam, aku pon tak tgk sgt la F1 tu semalam, chuma aku bacha ja dalam paper apa yg berlaku, anyway sapa yang menang tu tahniah, dan sapa yang loose tu, try lagi dalam pusingan di litar lain plak, wu yooo gila beb, panas gila la kat Sepang tu.. tak sanggup aku nak pi lepak kat sana nak tgk keta...wow..tak larat la..tapi betul la, semalam kat area shopping complex, tak ramai org la, aku pi Subang smlm, tak berapa ramai la, mungkin geng2 nie pi Sepang kot..tgk tv dah la...semalam lepas aku pekena nasik kat Seksyen 9, kedai Cili Merah, aku pi Subang dengan Macho..saja ja jalan2 boring2 dok umah tak buat apa.

Petang baru aku sampai umah, lepas isyak geng umah aku pi Seksyen 25, pekena ayer buah kat kedai slumbe'rr.. ok la..tapi harga ada lebeh sikit la..tapi ayer buah dia mmg best, gelas besor sederhana pon dah RM 3.00 beb. wow. sekali sekala buleh la...selalu naya beb. 

Anyway, semalam telah dipenuhkan dgn aktiviti yg sehat dan bermakna. nanti nk chari tempat lain plak

Okey..adios.