Ahad, Ogos 31, 2008

Merdeka, Merdeka, Merdeka


Jumaat, Ogos 29, 2008

Mati hidup semula

Kisah benar bukti kekuasaan Allah s.w.t tentang peristiwa luarbiasa iaitu kematian seorang wanita Indonesia yang berumur 25 tahun bernama Aslina. Beliau yang mengalami sakit tenat dan telah mendapatkan rawatan di Melaka telah meninggal dunia selama 2 jam, koma selama 2 hari dan hidup kembali selepas itu. Dalam masa beliau telah diisytihar mati oleh doktor, beliau telah mengalami beberapa kejadian luar biasa semasa beliau dalam keadaan mati.

Klik kat tajuk di atas untuk tengok video.

Source: http://www.aisallah.com

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-35700.html

Sabtu, Ogos 23, 2008

Union Jack

Inilah bendera Union Jack yang telah lama berkibar di Tanah Melayu sejak 1786 di Penang. Oleh itu, bendera ini tidak asing bagi orang-orang di Malaya kerna Malaya tidak ada bendera pada masa itu dan orang Inggeris memerintah Malaya sehingga 1957. Tetapi bendera ini tidak digunakan lagi selepas Malaya merdeka. Ianya hanya menjadi kenangan bagi warga Malaya yang lama yang mana hidup di zaman British.

Khamis, Ogos 21, 2008

How do you know you're a Blogoholic?

1. The first thing you do when you get home is to open your blog and put in a new entry
2. You cannot live without internet
3. You tend to ask people "have you read my latest posting?"
4. You're starting to earn more by blogging then your day job
5. Many things you do are governed by your blog
6. You carry 555 notebook with the title "Blog Topics" everywhere you go
7. Your girlfriend is breaking up with you because you're more obsessed with Kenny Sia then what she has to say

Source: MyC!

Reasons NOT to buy a car

1. Petrol hike .... It's now expensive to go anywhere

2. It's a hassle to clean it-most just choose to nest in their cars...

3. You're not adding to the thinning ozone layer

4. Other costs like tax, tolls and insurance can practically kill ya!

5. No more worries about scratching your car or whether it's parked legally

6. No more summons Yay!!!!

Jumaat, Ogos 01, 2008

Amy Search -- Jubli Emas

Legenda bintang rock, Amy Search masih hebat walaupun usia sudah separuh abad. Diam tak diam, rocker yang dilahirkan dengan nama Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Amy sudah pun mencecah usia 50 tahun pada 28 Julai 2008 lalu. Masih hebat walaupun usia separuh abad, maka tidak hairanlah dia digelar ikon rock Malaysia.

Tiada siapa yang mampu mengambil tempat lelaki dari selatan tanah air ini, yang nyata sudah memahat namanya dengan cukup kukuh dalam persada seni. Dia sudah pun menjual ratusan ribu unit album, sama ada secara solo mahu pun berkumpulan. Search yang dianggotainya sejak lebih suku abad yang lalu bukan hanya menempa nama sebagai kumpulan rock terbesar negara ini, malah nama itu turut melepasi sempadan, masyhur di Indonesia. Bahkan, kejayaan mereka memasuki pasaran negara seberang kira-kira dua dekad yang lalu antara saat manis yang masih dikenang Amy, sehingga ke hari ini.

Jika menguasai pasaran Indonesia sudah dilakukannya, maka apa lagi yang diidamkan rocker ini pada usia jubli emas? Terus terang Amy memberitahu, dia masih berharap dapat meraikan ulang tahun ke-25 kumpulan Search dengan sebuah konsert besar-besaran.

"Saya yakin, peminat Search masih lagi ramai, baru dan lama. Justeru, konsert itu ibarat hadiah buat mereka yang setia memberikan sokongan," katanya sambil memangku anak lelakinya, Alexander Zulkarnain. Menjadi impiannya juga adalah untuk melihat Madrasah Hajah Fatimah Abdul Rahman (nama yang dipilih sempena nama ibu dan bapanya) di Pekan Nanas, Johor, dapat dibangunkan pada tahun depan. Madrasah itu katanya, diharap dapat menampung pengajian 60 anak yatim - 30 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan. Projek itu dikatakan menelan belanja sekitar RM3 juta. Pada hujung tahun ini pula, sebuah yayasan yang diusahakan Amy, Yayasan Isabella akan dilancarkan bagi membantu golongan miskin.

ANTARA hadiah yang diterima Amy ialah sebuah banglo mewah bernilai RM2.5 juta di Shah Alam pemberian teman rapat yang akan membantu mengendalikan Yayasan Isabella.