Jumaat, April 05, 2024
Sujud Aidilfitri oleh SEARCH
Ahad, Mac 17, 2024
Album Fenomena kumpulan Search (1989)
Album
Fenomena oleh kumpulan Search ini diterbitkan pada tahun 1989. Sudah semestinya
album ini diterbitkan oleh M. Nasir dan diedarkan oleh syarikat PMC. Album ini
merupakan satu album yang paling berjaya dan dipasarkan ke luar Malaysia.
Antara detik terpenting berkaitan album ini ialah pengunduran pemain gitar
utama, Hillary Ang semasa proses rakaman album. Seterusnya, tempat Hillary
diganti dengan bekas pemain gitar kumpulan Gersang, Kidd (Hamzah Mohd Taib)
yang merupakan adik kepada pemain gitar kedua Search, Nordin.
Dalam
album ini, Hillary bermain gitar untuk lagu-lagu:
Fenomena
Pawana
Gadis
Misteri
Derap
Komando
Bencana
Ku
Taklukkan Dunia
Songsang
Manakala,
Kidd pula bermain bagi lagu-lagu:
Isabella
Purnama
Menara
Kesesatan
Album
Fenomena kekal mantap dan cemerlang sehingga ke hari ini yang mana sudah
mencapai umur 35 tahun.
Khamis, November 11, 2021
Rockology - Kid'Din Collection Series
Isnin, Mei 24, 2021
Cerita Kumpulan Search
Search ditubuhkan oleh Yazit (pemain drum) Zainal Rampa dan John aka Hillary (gitar) pada 1981.
Jumaat, Mei 07, 2021
Jumaat, Mac 05, 2021
Perkembangan Kumpulan Muzik Rock Search 1981-2017
Alhamdullilah Tahniah kepada Muhamad
Alif Karim,
pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurusan Fakulti Sosial Dan Kemanusiaan dari
Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya menyiapkan tesis hasil kajian bertajuk
'Perkembangan Kumpulan Muzik Rock Search 1981-2017’
Tahniah jua
anda berjaya mendapat Gred A atas keberanian membawa isu dan topik yang rare.
Saya turut merasa bangga dan terima kasih kerana sudi mengundang saya
melibatkan diri di dalam kajian ini. Terima Kasih menghadiahkan buku tesis ini
yang amat saya hargai dan akan saya kenang dan pelihara buat selama lamanya.
Semoga Alif terus berjaya di dalam perjalanan
kehidupan, diberkati dan dirahmati oleh Yang Esa
Isnin, November 11, 2019
Khamis, September 26, 2019
Khamis, Ogos 15, 2019
Ahad, Mei 07, 2017
Search di Pesta Buku (6 Mei 2017)
"Inilah baru Facebook" kata Nordin |
Khamis, Mei 04, 2017
Rabu, April 26, 2017
Sabtu, Februari 20, 2016
Ahad, Julai 05, 2015
Khamis, Jun 11, 2015
Selasa, Jun 02, 2015
Jumaat, Ogos 01, 2008
Amy Search -- Jubli Emas
Tiada siapa yang mampu mengambil tempat lelaki dari selatan tanah air ini, yang nyata sudah memahat namanya dengan cukup kukuh dalam persada seni. Dia sudah pun menjual ratusan ribu unit album, sama ada secara solo mahu pun berkumpulan. Search yang dianggotainya sejak lebih suku abad yang lalu bukan hanya menempa nama sebagai kumpulan rock terbesar negara ini, malah nama itu turut melepasi sempadan, masyhur di Indonesia. Bahkan, kejayaan mereka memasuki pasaran negara seberang kira-kira dua dekad yang lalu antara saat manis yang masih dikenang Amy, sehingga ke hari ini.
Jika menguasai pasaran Indonesia sudah dilakukannya, maka apa lagi yang diidamkan rocker ini pada usia jubli emas? Terus terang Amy memberitahu, dia masih berharap dapat meraikan ulang tahun ke-25 kumpulan Search dengan sebuah konsert besar-besaran.
"Saya yakin, peminat Search masih lagi ramai, baru dan lama. Justeru, konsert itu ibarat hadiah buat mereka yang setia memberikan sokongan," katanya sambil memangku anak lelakinya, Alexander Zulkarnain. Menjadi impiannya juga adalah untuk melihat Madrasah Hajah Fatimah Abdul Rahman (nama yang dipilih sempena nama ibu dan bapanya) di Pekan Nanas, Johor, dapat dibangunkan pada tahun depan. Madrasah itu katanya, diharap dapat menampung pengajian 60 anak yatim - 30 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan. Projek itu dikatakan menelan belanja sekitar RM3 juta. Pada hujung tahun ini pula, sebuah yayasan yang diusahakan Amy, Yayasan Isabella akan dilancarkan bagi membantu golongan miskin.
ANTARA hadiah yang diterima Amy ialah sebuah banglo mewah bernilai RM2.5 juta di Shah Alam pemberian teman rapat yang akan membantu mengendalikan Yayasan Isabella.