
Semalam, 27 Disember 2008, Kapten Ahmad telah pergi ke Malacca. Trip nie mengambil masa sehari. Kapten telah pergi bersama ibu-bapanya dari Shah Alam ke Banda Hilir. Setibanya di sana kira-kira jam 9.40am, terus parking kereta kat sebelah Stadhuys, dan bermulalah aktiviti berjalan kaki sekitar Bukit St Paul. Antara tempat2 yang Kapten pergi adalah Stadhuys, Tinggalan Gereja St Paul, A Famosa, Memorial Pengisytiharan Merdeka, Dataran Pahlawan dan Muzium Maritim (Kapal Flor De Lama)
Kat sana, sempatlah jugak pi melawat rumah sahabat lama kat Duyung (area Bukit Katil) dan kat situ ada Perigi Hang Tuah dan Rumah Melayu Tradisi.
Oleh karna Kapten Ahmad terlalu letih, maka dalam perjalanan balek ke Shah Alam, dia telah tidor start dari tol Ayer Keroh sampailah ke Shah Alam.