Memaparkan catatan dengan label Haris Abdul Munai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haris Abdul Munai. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 14, 2010

Haji Haris@Harib bin Abdul Munai (1938-2010)

Ini merupakan satu berita yang sangat jarang disiarkan dalam blog ini. Pada 12 Oktober 2010 jam 3.28 am di Hospital Taiping, Perak, Haji Haris Abdul Munai - bapa kepada The Legend telah kembali ke Rahmatullah akibat jangkitan kuman dalam usus. Beliau meninggalkan seorang balu, Hajah Rosiah Hamzah serta empat anak lelakinya yang masing-masing sudah berkeluarga. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan 2, bersebelahan dengan Masjid Al-Ikhwaniah, Simpang, Taiping, Perak.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat yang Esa.

Rabu, Disember 17, 2008

Misi KLIA-Shah Alam - Kepulangan Haji Haris dan Hajah Rosiah dari Mekah

Ketua misi, Kapten Ahmad Irfan

Ketibaan Haji Haris dan Hajah Rosiah di KLIA

Pada 16hb Disember 2008, satu misi baru telah diterima yang mana kali nie adalah misi membawa balik jemaah haji dari KLIA ke Shah Alam. Tepat jam 2.00 pagi 17 Disember 2008, aku bertolak ke KLIA untuk membawa balek mak+bapak dari Mekah. Crew-crew yang turut serta dalam misi kali nie adalah Kapten Ahmad Irfan, Leftenan Norlita MJ, Leftenan Royy, Leftenan Tajul dan saya sendiri, Leftenan Legend.

Sampainya di balai ketibaan di tingkat 3, orang ramai sudah menunggu keluarga masing-masing. Seumpama pesta la plak dengan riuh rendah sanak-saudara memanggil jemaah haji yang tiba tu. Ini satu pengalaman yang menarik. Lebih kurang jam 3.15 pagi, mula nampak kumpulan jemaah yang keluar membawa bagasi masing-masing selepas pemeriksaan di airport. Akhirnya tibalah giliran En Haris dan Pn Rosiah menampakkan dirinya. Seterusnya, misi membawa balek ke Shah Alam. Lebih kurang jam 5.00 pagi, sampailah kat rumah. Misi berjaya...