Pada 6 Disember 2009 bertempat di Bukit Cherakah, aku dan 3 org lagi member telah berbasikal dalam taman tersebut yang berbukit-bukau. Ini sempena Seri Nuang buat program Kem Bestari untuk kanak-kanak sekolah rendah. Kapten Ahmad dan ibunya naik bas sekali dengan peserta program dan lain-lain fasilitator.
So, kami berempat nie naiklah basikal sampai Empangan Sungai Baru, tempat bela ikan. Dah lama tak naik basikal, peh, menchabar jugak nie. Tapi apa yang buleh disimpulkan, memang layan beb... Ramai betui org yang datang semalam nie, parking keta pon penuh.
Kami plan buat family day pulak tahun depan dalam bulan Feb atau Mac. Semalam nie pon merangkap survey program la, kat mana yang sesuai nak buat dan apa aktiviti yang perlu diadakan untuk peringkat orang tua dan kanak-kanak.
Taman Pertanian sekarang ni memang hidup balik, tak macam satu masa tu dia memang mati. Oleh itu, tak rugilah kalau buat program kat sini. Paintball pon ada jugak..