Memaparkan catatan dengan label shah alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shah alam. Papar semua catatan

Rabu, Julai 22, 2026

Maahad Tahfiz Al Imam Al Adni

 

Maahad Tahfiz Al Imam Al Adni menawarkan pengajian hafazan al-Quran sepenuh masa selama 3 tahun, merangkumi asas Fardhu Ain, Bahasa Arab, Tajwid, dan Akhlak. Fokus utama adalah melahirkan huffaz berkualiti yang kemas hafazannya dan berakhlak mulia.

Bagi menjaga mutu hafazan, Maahad melaksanakan Program Ithbat (tasmik bacaan) secara berkala bagi pelajar 10–30 juzuk. Penilaian dijalankan 3 kali setahun bersama panel Persatuan Institusi Tahfiz alQuran Negeri Selangor (PITAS) sebagai langkah kawalan kualiti.

Matlamatnya ialah melahirkan huffaz yang mahir, berdisiplin, dan mampu berperanan aktif dalam masyarakat.

Maahad Al Imam Al Adni merupakan pusat pengajian & tarbiah yang diasaskan oleh Guru Mulia Al Habib Dr. Abu Bakar Al Adni bin Ali Al Mashur رحمه الله تعالى , seorang ulama’ dan pemikir Islam berpengaruh dari bumi Hadhramaut, Yaman. Sehubungan dengan itu, Maahad Al Imam Al Adni mempelawa dan menawarkan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program pra Tahfiz Al-Qur’an, program Tahfiz Al-Qur’an dan program talaqqi kitab Tafaqquh Fiddin (persediaan ke Yaman) .

Syarat-Syarat Kemasukan Pelajar:

  • Beragama Islam
  • Berumur 9-13 tahun bagi pra Tahfiz Al Qur’an, 9-17 tahun bagi program Tahfiz Al Qur’an dan 13-7 tahun bagi Tafaqquh Fiddin.
  • Pelajar hendaklah sihat tubuh badan, mental dan fizikal serta mampu mengikuti aktiviti program harian Maahad yang telah ditetapkan seperti mengikuti pengajian, solat berjemaah dan sebagainya.
  • Berkeinginan kuat untuk menghafaz Al Qur’an, teks ilmu dan mengaji secara mendalam disiplin ilmu ugama Islam.
  • Mempunyai tingkah laku dan akhlak yang baik dan terpuji.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah / juvana /salahlaku akhlak.
  • Calon pelajar & ibubapa bersedia mengikuti
  • Lulus temuduga.

Ahad, Julai 12, 2026

Buku Perpustakaan MBSA

 

Jumpa Zakwan dan Rafidah

Pagi ini singgah ke Perpustakaan Bergerak MBSA untuk pulangkan buku dan dapat jumpa dengan rakan Pustakawan, Rafidah dan Zakwan. Hari ini juga adalah Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam yang diadakan setiap hari ahad minggu kedua.
12 Julai 2026


Jumaat, Jun 19, 2026

Program Hati ke Hati SMK Seksyen 7 tahun 2026

 

Rabu, Mei 27, 2026

Program Qurban Ukhwah Surau At-Taqwa, BBSA 1447H

 

Foto kredit: Instagram: kiddcreation (@kidd8778)
Foto kredit: Instagram: kiddcreation (@kidd8778)
Foto kredit: FB Hasnor Mohd Jan Hasnor

Selesai kerja Qurban Ukhwah Surau At-Taqwa, Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam. Sebelum Zohor semua dah siap 15 lembu dan 18 kambing.
27 Mei 2026

Ahad, Mei 03, 2026

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Night Tour


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Night Tour

A New Experience...
Now Available...!!!
Free Guided Night Tours.
This guided night tour
offers a unique journey that blends Islamic architecture, spirituality, and
cultural appreciation.
By Booking Only,
Click here for Booking.

Ahad, April 12, 2026

Litar Batu Tiga Shah Alam

Foto ihsan Domain Awam

Foto ihsan Domain Awam

Litar Batu Tiga di Shah Alam ialah litar perlumbaan pertama Malaysia yang dibuka pada tahun 1968 sepanjang 3.69 km dan pernah menjadi kebanggaan negara sebelum dirobohkan pada 2003 untuk pembangunan perumahan. Ia menjadi tuan rumah Grand Prix Malaysia (1968–1982) serta perlumbaan motosikal antarabangsa sehingga akhir 1990-an.

Sejarah Ringkas Litar Batu Tiga

Asal-usul dan Pembukaan

  • Lokasi: Shah Alam, Selangor, berhampiran Stadium Shah Alam dan Lebuhraya Persekutuan.

  • Dibuka: Tahun 1968 dengan perlumbaan pertama Siri Tasman.

  • Pelumba pertama menang: Hengkie Iriawan dari Indonesia dengan kereta Ford.

Era Kejayaan

  • Grand Prix Malaysia: Dianjurkan di sini dari 1968 hingga 1982.

  • Acara lain: Formula Atlantik, Formula Pasifik, Formula 2, dan perlumbaan motosikal antarabangsa.

  • Motosikal GP: Menjadi hos Grand Prix Motosikal Malaysia 1991–1997, termasuk kemenangan legenda Mick Doohan.

Kenangan & Tragedi

  • Litar ini dikenali dengan bunyi deruman enjin 500cc yang menggegarkan Shah Alam.

  • Tragedi hitam 1977: insiden kemalangan yang meninggalkan kesan mendalam dalam sejarah sukan permotoran Malaysia.

Penutupan

  • Ditutup & dirobohkan: Tahun 2003, bagi memberi laluan kepada pembangunan perumahan D’Kayangan.

  • Kehilangan litar ini dianggap sebagai hilangnya simbol kebanggaan sukan permotoran Malaysia.

Rabu, Mac 11, 2026

Tiang Bendera Tertinggi Shah Alam

 

Tiang bendera ini berukuran 120 meter terletak di Kelab Shah Alam yang dirasmikan oleh Sultan Selangor pada 8 Mac 2026. Ianya adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. 

Sabtu, Februari 28, 2026

Mesyuarat PIBG SMK Seksyen 7, Shah Alam


Pagi ini hadir ke Mesyuarat PIBG SMK Seksyen 7. Sebelum tu pergi hantar anak latihan motor di Seksyen 17. Sebelum mesyuarat bermula, sempat menjengah pusat sumber sekolah, Pusat Sumber Baitul Hikmah dan diberi penerangan oleh Guru Pusat Sumber. InsyaAllah banyak program dan aktiviti yang boleh diadakan bagi memperkasa peranan pusat sumber untuk pelajar.
28 Feb 2026

Rabu, Februari 18, 2026

Jalan-jalan Petang Ramadan


Petang ni kita jalan jalan dulu. Kawasan perumahan ni kalau lepas hujan, boleh nampak kabus lagi di hujung jalan tu. Malam karang kita mula Taraweh, InsyaAllah.

Ramadan Mubarak
18 Feb 2026

Selasa, Februari 17, 2026

Majlis Sumbangan Ihya Ramadan DUN Kota Anggerik


Selepas Zohor tadi saya mewakili Surau Al-Ikhwan hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadan untuk masjid dan surau dalam DUN Kota Anggerik, Shah Alam di Petals Event Space, Seksyen 7. Sumbangan disampaikan oleh YB Najwan Halimi, EXCO Negeri Selangor/ADUN Kota Anggerik. Terdapat juga pengisian tazkirah Ambang Ramadan oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor. Beliau ada menyentuh mengenai keperluan manusia untuk tidak bercakap perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

17 Feb 2026

Ahad, Disember 28, 2025

Kerusi Ini Masih Kosong


Kerusi ini maseh kosong

Siapa yang sudi duduk
Berapa lama sudah tidak diduduki?
Kerusi ini maseh menanti
Suatu hari
Pasti ada
Pasti tiba
Insan yang singgah
Duduk dan berfikir
Atas kerusi
Lokasi: Seksyen 2, Shah Alam

Rabu, Disember 24, 2025

Tasik Raja Lumu, Shah Alam

Ada urusan rasmi kat SA, tapi sebelum tu dah lama tak berjalan kaki di Tasik Raja Lumu SA ni. Dapatlah tiga kali pusing. Ada lagi bahagian tasik yang berhampiran dengan Kompleks PKNS. Baca Kosmo hari ini kata harga deghoyan udah merudum, bior benor ni.

24 Dis 2025

Sabtu, Disember 06, 2025

Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025

 


Ahad, November 30, 2025

Majlis Apresiasi Tahun 6 SRAI DMYS

Foto ihsan Mohd Tamizi bin Mohd Rusdin (2019)

Majlis Apresiasi Tahun 6 SRAI DMYS, Seksyen 7 diadakan di Dewan Orkid, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam bersebelahan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 30 Nov 2025 bermula jam 7.30 pagi. 

Ahad, November 23, 2025

Karnival KPDN 2025 - Shah Alam

Hari ini meluangkan masa berkunjung ke Karnival KPDN Peringkat Zon Tengah yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Ada pameran oleh KPDN dan agensi-agensi yang lain. Terdapat juga jualan daripada usahawan dan juga Jualan Rahmah.

23 Nov 2025

Sabtu, November 22, 2025

Karnival Mega Kitar Semula Shah Alam 2025

 

Sabtu, Oktober 25, 2025

5KM Fun Walk For Peace 2025


Pagi ini turut serta dalam acara 5KM Fun Walk For Peace 2025 yang diadakan di SRAI DMYS, Seksyen 7, Shah Alam. Anak pakcik darjah 6 pun turut serta dalam acara ini. Acara bermula dari SRAI menuju ke Tasik Seksyen 7 dan kembali ke SRAI.

25 Okt 2025
"Keamanan menjadi asas kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia"

Jumaat, Oktober 24, 2025

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat SPM 2025

Saudara Aiman

Petang ini hadir ke Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Pelajar SPM 2025 anjuran SMK SSAAS yang diadakan di Surau Al-Ansor, Seksyen 2, Shah Alam. Acara bermula jam 6.15 petang sehingga selepas Isyak. Ada juga pengisian motivasi antara waktu senggang maghrib dan isyak oleh Saudara Aiman.

24 Okt 2025

Jumaat, Ogos 15, 2025

Kiosk Buku SRAI Seksyen 7


Pagi ini hadher ke Sesi Bicara Akademik di SRAI Seksyen 7, Shah Alam untuk anak yang darjah enam ini. Sebelum sesi bermula, saya sempat meninjau dua buah kiosk buku yang terdapat di dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah juga mengadakan sesi jualan buku sebagai aktiviti sampingan dalam galakan membaca.

Usaha mewujudkan kiosk buku ini merupakan usaha yang berterusan yang dilaksanakan secara strategik termasuk pihak sekolah bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar serta memperkukuh amalan membaca sejak usia muda.
Ikhtiar ini selaras dengan matlamat negara untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan, berdaya saing dan berbudaya ilmu dalam era digital dan globalisasi.
15 Ogos 2025

Sabtu, Ogos 02, 2025

Tapak Yusof Ghani

 

Tapak di Seksyen 8, Shah Alam
Pak Yusof Ghani 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat Tapak Yusof Ghani pada 28 Jun 2025
Foto ihsan The Star

Tapak Yusof Ghani ialah galeri seni dan studio peribadi milik pelukis tersohor Malaysia, Yusof Ghani, yang terletak di Seksyen 8, Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 2009, Tapak berfungsi sebagai ruang pameran, tempat berkarya, dan pusat pertemuan seni yang menampilkan karya-karya ikonik beliau seperti Segerak, Biring, Wajah, dan Ombak. Galeri ini turut menempatkan siri terbaharu beliau bertajuk Cenderawasih: Energy and Emotion, yang diinspirasikan daripada burung Cenderawasih dan dilancarkan secara rasmi oleh Sultan Selangor pada Jun 2025. Selain menjadi rumah kepada koleksi seni tempatan dan antarabangsa, Tapak juga direka dengan studio terbuka yang unik, dibina daripada kayu cengal dan dikelilingi elemen semula jadi, menjadikannya tempat yang ideal untuk inspirasi dan ekspresi kreatif.