Rabu, Ogos 31, 2011

Baraan Raya Kedua...

Ini merupakan satu tradisi orang kampung di Sekinchan untuk mengadakan Program Baraan - iaitu berhari raya beramai-ramai menaiki motor untuk pusing satu kampung. Program ni start jam 10.00 pagi dan abeh dekat kui 4.00 petang, bukan apa, pagi tu hujan lebat. Jadi, hari tu tak la paneh sangat, mendung ja. Gambaq-gambaq ni adalah sekitar rumah aku ja, adik ipaq aku bakaq mercun 18 kaki punya sangkut kat wayar letrik. Baraan hari ni hanya untuk geng-geng laki saja, esoknya baru geng pompuan plak. Balik rumah petang tu boleh tahan letih sebab pi beraya dekat 40 buah rumah.

Selasa, Ogos 30, 2011

Hari Raya

Ini merupakan keluarga mertua aku di Sekinchan pada pagi raya selepas Sembahyang Raya, sebab lepas ni nak pi raya merata, enjin kereta pon tengah perangat tu. Ada seorang member tolong ambek gambaq nie. Selamat Hari Raya.

Takbir oleh Ustaz Dzulkarnain

Isnin, Ogos 29, 2011

Ketupat! Ketupat!

Ini merupakan aktiviti sebelum menjelang raya. Situasi ini melibatkan martua aku dan adik ipar dan seorang anak sedara yang sedang giat menjalankan perniagaan sarung ketupat di Pasar Sekinchan. Semua sekali ada 1000 ketul sarung ketupat yang telah dianyam oleh ahli keluarga. Bayangkan seribu ketul, banyaknya. Tapi akhirnya habis jugak dijual pada hari tersebut. Waktu tengah hari dah buleh balik. Alhamdulillah rezeki Hari Raya.

Khamis, Ogos 25, 2011

Salam Aidil Fitri

Sabtu, Ogos 20, 2011

Honda atau Chopper?

Honda ke Chopper? Teman jumpa gambor ni dalam INternet. Lokasinya sekitar Kampung Jelai, Batu Kurau, Perak.

Sumber: Taiping Bikers Club

Khamis, Ogos 18, 2011

Ustaz Azhar Idrus dan Fotografi

Ahad, Ogos 14, 2011

Takbir Cinta

Malam kelam, tangis hujan
Ratib hiba pengharapan, kurintihkan
Kerinduan, keterangan
Ketenangan yang telah hilang
Sinaran keyakinan

Takbir cinta
Ku beralih memberinya lebih makna
(ku beralih membangkitnya dari lena)
Pada janjiku di dalam doa
Ku memanggil menaruh noktahnya

Tabir masa, tadbir Esa
Qurban cinta kerana-Nya
Pilihan akhirnya

Takbirku pada Mu, yang tahu rahsia
Yang terpendam di dalam nan sedalamnya
Cinta-Mu yang seindah dan sesungguhnya

Malam kelam, tangis hujan
Ratib hiba pengharapan, kurintihkan

Malam ini malam sakti
Ku berjanji sungguh hati
Kalam ini tulus suci
Nyata kini aku pasti

Selasa, Ogos 09, 2011

Fenomena 30 Tahun Search

Fenomena 30 Tahun Search

Menyentuh perkembangan terkini, Amy memberitahu dia kini sedang giat melakukan persiapan menjelang konsert jelajah Fenomena 30 Tahun Search menjelang bulan Oktober nanti. Sebanyak enam lokasi dipilih untuk siri jelajah sempena menghargai sokongan peminat tanpa berbelah-bagi sepanjang 30 tahun Search berkecimpung dalam industri muzik iaitu Terengganu, Johor, Sabah, Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur.

“Konsert jelajah ini akan bermula di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan akan diteruskan ke enam buah negeri sepanjang bulan Oktober nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amy juga berkongsi perkembangan lagu duetnya bersama penyanyi dan komposer terkenal dari Indonesia, Ahmad Dhani. Menerusi single yang diberi judul Jika Syurga Dan Neraka Tak Pernah Ada, lirik dan komposisi lagu sepenuhnya diuruskan oleh Ahmad Dhani.

“Proses rakaman belum lagi dibuat setakat ini tapi lagunya sudah saya dengar, kalau tiada aral melintang lagu ini akan dikeluarkan secepat mungkin menjelang hujung tahun ini,” nyata Amy menerangkan proses asal rakaman lagu berentak sederhana itu sepatutnya berlangsung sebelum bermulanya bulan Ramadan di Indonesia.

Jumaat, Ogos 05, 2011

Ar-Rayyan

Pintu ar-Rayyan khas buat orang berpuasa

DARIPADA Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.

Khamis, Ogos 04, 2011

Apa orang lain kata mengenai Puasa...

Ini diambil dari newspaper:

"Every request needs humility of spirit. Fast then, and you will receive from the Lord what you ask"
- Hermes "The Shepherd" AD 150

"If a man has nothing to eat, fasting is the most intelligent thing he can do"
- Hermann Hesse

"Fasting possesses great power. If practiced with the right intention, it makes man a friend of God. The demons are aware of that"
- Tertullian

"The Prophet said, "There is a gate in Paradise called Ar-Raiyan, and thosewho observe fasts will enter through it on the Day of Resurrection and none except them will enter through it. It will be said, 'Where are those who used to observe fasts? They will get up, and none except them will enther through it. After their entry the gate will be closed and nobody will enter through it"
- Herman Hesse

"I am not naturally that thin, so I had to go through everything from using drugs to diet pills to laxatives to fasting. Those were my main ways of controlling my weight"
- Carre Otis

Isnin, Ogos 01, 2011

Padang Pasir

Source: Internet