Memaparkan catatan dengan label Sekinchan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekinchan. Papar semua catatan

Ahad, Mac 29, 2026

Raya Sekinchan dan Tg Karang


Hari ini kami raya Sekinchan dan Tg Karang pulak

3 Syawal / 23 Mac 2026

Sabtu, Mac 28, 2026

Riadah Jalan Kaki 4 Syawal 1447




Pagi ini ambik masa untuk menyambung aktiviti riadah jalan kaki santai sekitar Tali Ayer 6, Sekinchan (Rumah mertua). Tiga hari yang lalu kita sudah menikmati juadah raya yang sedap, maka kita bagi sistem badan reset semula. Salam masih Hari Raya kepada semua rakan dan taulan.

Kemudian pi raya ke Bendang Tanjong Karang.
24 Mac 2026

Jumaat, Disember 26, 2025

Ride the Lightning


"Ride the lightning" - Gambar ini diambil ketika petir sabung-menyabung selepas waktu isyak.

Lokasi: Sekinchan
26 Dis 2025
Nota: Ride the Lightning adalah album kedua Metallica terbitan tahun 1984.

Sabtu, November 15, 2025

Menggagau Ikan di Bendang

Foto Ihsan NMJ (2025)

Menggagau ikan ialah satu kaedah tradisional menangkap ikan menggunakan tangan secara langsung, biasanya dilakukan di kawasan cetek seperti sawah, parit, atau sungai kecil. Ia merupakan sebahagian daripada warisan budaya masyarakat luar bandar di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara.

Ciri-ciri Aktiviti Menggagau Ikan

  • Tanpa alat moden: Hanya menggunakan tangan atau kadangkala bekas seperti tempurung kelapa atau bakul kecil.

  • Dilakukan di kawasan berlumpur: Ikan sering bersembunyi di celah-celah lumpur, akar pokok, atau bawah batu terutamanya di bendang. 

  • Bersifat bermusim: Biasanya dilakukan selepas musim menuai atau ketika air surut.

  • Aktiviti komuniti: Sering dijadikan acara gotong-royong atau aktiviti keluarga.

Jenis Ikan yang Biasa Ditangkap

Ikan keli, Haruan, Sepat, Puyu dan Belut

Nilai Budaya dan Sosial

  • Menggagau ikan bukan sekadar menangkap ikan, tetapi juga mengeratkan hubungan sesama komuniti.

  • Ia mengajar nilai kesabaran, kerjasama, dan menghargai sumber alam.

Ahad, September 14, 2025

Kenduri di Sekinchan

Hari ini kita kat Sekinchan pulak untuk kenduri doa selamat rumah mak mertua malam ni. Mak mertua akan menunaikan Umrah pada awal bulan Oktober 2025. Macham biasalah jadi geng goreng ayam dan kulit lembu. Sapa yang nak mai Sekinchan, silakan, di sini banyak inap desa.

14 Sept 2025

Rabu, Mei 21, 2025

Pengasas Bahulu Masri Sekinchan


Bahulu Masri Sekinchan

"Banyakkan bersedekah" 

Hari ini diizinkan oleh Allah dapat bersua dengan Pengasas Perusahaan Bahulu Masri Sekinchan iaitu Haji Punari@Zainudin Salleh di Wisma Masri, Parit 7, Sekinchan. Beliau berkongsi sedikit pengalaman dalam mengusahakan perniagaan semenjak tahun 1990an dahulu sehingga sekarang. Beliau mengatakan bahawa amalan bersedekah itu dijadikan amalannya selama mana beliau berniaga.
Di situ juga berbual dengan salah seorang pengusaha kerepek dari Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Beliau membekalkan kerepek ke Sekinchan.

Di kedainya tersedia makanan dan minuman untuk dinikmati oleh pengunjung-pengunjung yang datang setiap hari.

Info Lanjut: MHP ENTERPRISE SDN BHD
LOT 14191, PARIT 7 SUNGAI LEMAN, SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03- 3241 3957
Facebook: https://www.facebook.com/mhp.masri
11 Mei 2025

Isnin, Mac 17, 2025

Aku di Tepi Bendang


Hari ni singgah bendang Sekinchan sat lari dari kesibukan kota. Ni kat Parit 7 depan Inap Desa Dangau Padi.
Pagi hari menjala ikan
Bawak sekali bubu dan lukah
Puasa Ramadan kita tunaikan
Ibadah rahmat di bulan barokah
8 Mac 2025

Sabtu, Februari 01, 2025

Khenduri Nasi Ambeng

Hari ini ada khenduri tahlil di rumah mertua di Sekinchan. Macam biasa, menu Nasi Ambeng disediakan. Chuma sekarang ni, nasi ambeng disediakan di dalam bekas supaya dibawa balik. Dahulunya, nasi ambeng ni dihidangkan menggunakan talam untuk 4 orang makan. Begitulah tradisi lama masih dikekalkan tetapi seiring dengan peredaran masa.

1 Feb 2025

Isnin, Jun 17, 2024

Qurban di Sekinchan


Sekitar 10 Zulhijjah di Sekinchan. Lembu ini dikorbankan oleh keluarga mertua. Lembu disembelih dulu di Batu 23, Sg. Nibong dan kemudian dibawa balik ke rumah di Tali Ayer 6 untuk diagihkan. Adik ipar yang usahakan kandang lembu di sana. Tukang sembelih juga adik ipar yang laksanakan.
Semoga segala ibadah diterima oleh Allah swt.
17 Jun 2024

#aidiladha1445 

Sabtu, Jun 15, 2024

Tali Ayer 6 Sekinchan


Pakcik ada di Tali Ayer 6, Sekinchan sempena Aidil Adha 1445H. Jalan tepi kanan tu menuju ke jalan besar dan di seberang jalan akan kelihatan Balai Bomba Sekinchan.

15 Jun 2024

Sabtu, April 13, 2024

Dedaun Pintu

Dedaun Pintu di kala petang

13 April 2024 | Tali Ayer 6, Sekinchan

Ahad, Disember 10, 2023

Seni Foto Jalanan: Sekinchan

 

Lokasi: Sekinchan 

Ahad, Ogos 06, 2023

Bik Timah Meninggal Dunia


Selepas balik dari Batang Kali, dapat berita yang mak sedara belah isteri meninggal dunia iaitu Bik Fatimah bt Abdullah. Kami balik dulu ke Shah Alam dan lepas semayang Asar dalam jam 6.00 petang, maka bergerak pula ke Sekinchan. Arwah disembahyangkan di Masjid Nurul Alaniah, Sekinchan selepas Isyak dan dikebumikan selepas itu di Tanah Perkuburan Sungai Leman, Sekinchan.

Bik Fatimah ni adik arwah bapak mertua. Semoga Allah merahmati arwah

Ahad, Jun 04, 2023

Kapal Terbang Sekinchan & Bandar Bukit Mahkota

 

Pagi kita pi tengok kapal terbang di parit 4, Sekinchan dan petang kita pi kenduri di Bandar Bukit Mahkota rumah Fathrulrizam (PNM). 

Sabtu, Disember 31, 2022

Bahulu Masri Sekinchan

Dari Taiping kita singgah Masri Sekinchan sat minum ayor.

31 Dis 2022

Isnin, Mac 07, 2022

Masakan Kaki Lembu - Tradisi Orang Jawa

 

Inilah masak lemak daging kaki lembu yang telah siap. Rasanya lebih kurang seperti kulit lembu tetapi ianya lebih tebal. Sebelum itu, ianya perlu direbus supaya isinya mudah ditanggal. 

Kaki lembu perlu menjalani proses pembakaran terlebih dahulu untuk membunuh kuman dan meleraikan bulunya. Ianya juga bagi memudahkan proses mengikir kulit. 

Pembakaran ini mengambil masa satu jam. 

Inilah rupanya kaki lembu yang telah dikikir bulunya serta lapisan kukunya. 
Lokasi: Tali Ayer 6, Sekinchan 

Jumaat, Jun 07, 2019

Baraan Raya Sekinchan (6 Jun 2019)

Lokasi: Kg Tali Ayer 6, Sg. Leman, Sekinchan

Selasa, Ogos 08, 2017

Perasmian Perpustakaan Awam Selangor - Sekinchan (8 Ogos 2017)

Bangunan perpustakaan Sekinchan dirasmikan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, EXCO Pendidikan Selangor

Sabtu, Mac 19, 2016

Sekinchan: 3D Art Gallery

Ahad, Januari 24, 2016

Mencari Rezki di Jalanan

 

Lokasi: Sekinchan