Jumaat, Mac 30, 2012

Raja Ashman Shah (1958-2012)

Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat pada pukul 1.30 pagi tadi akibat serangan Asma di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Berita ini telah disampaikan kepada saya oleh kenalan di Istana Perak dan saya sendiri telah mengesahkan perkara ini dengan salah seorang Waris Negeri Perak Darul Ridzuan. Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.

Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak.

Khamis, Mac 29, 2012

Umul Kitab untuk semua

Isnin, Mac 26, 2012

Create a Happy Workplace

1. Work-Life Balance

2. Play to Strengths

3. Building Relationships

4. Build Trust

Jumaat, Mac 23, 2012

Real Madrid Resort Island

Real Madrid have revealed plans to build a $1bn holiday resort in the United Arab Emirates that is due to open in January 2015.

Real Madrid Resort Island will be supported by the government of the Emirate of Ras al-Khaimah. A presentation at the Bernabéu, Real's stadium, showed plans for sports facilities, a marina, luxury hotels, villas, an amusement park, a club museum and a futuristic 10,000-seat stadium with one side open to the sea.

"It is a decisive and strategic step that will strengthen our institution in the Middle East and Asia," said Florentino Pérez, the Real president.Real Madrid Resort Island will be a major tourist and sporting centre of great dimensions and the highest level. This extraordinary complex will attract millions of people looking for quality leisure services.The 430,000 square metre facility is expected to attract around one million visitors in 2015. Real said the artificial island's location put it equidistant between Europe and the far east, adding that more than half their estimated 300 million followers were based in Asia."

Source: Dr Internet

Khamis, Mac 22, 2012

Room To Read

www.roomtoread.org

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012

Isnin, Mac 19, 2012

SPM

SPM? Suka-suka pileh menantu? atau Sapa suruh pi mana tau?

SPM adalah Sijil Pelajaran Malaysia. yang mana merupakan satu gateaway untuk pelajar sekolah menengah masuk ke alam pekerjaan atau sambung belajar. SPM merupakan satu titik mula perjalanan hidup bagi seorang budak remaja lelaki mahupun perempuan dalam mengenal erti hidup sebenar. Kenapakah SPM begitu penting? Ianya penting bagi mementukan hala tuju seseorang itu yang telah belajar selama 11 tahun bermula dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Tak ke lama tu sekolah? Kalau tak pandai lagi, tak tau nak kata apa lah.

Maka SPM menjadi kayu pengukur seseorang pekajar sekolah itu dalam menentukan nasib hidupnya, mahu senang atau sebaliknya. Selalunya ada yang akan kerja terus bila dah dapat result SPM, atau yang dapat result bagus, akan mengisi borang masuk universiti atau kolej. Ada juga yang ditawarkan untuk masuk Tingkatan 6 dan akan ambil STPM dalam masa dua tahun.

Oleh itu, SPM adalah satu sijil yang berharga buat semua pelajar yang berada di Tingkatan 5. Nak tak nak, kena lulus SPM.

Aku dulu ambil SPM tahun 1994 di Taiping, Perak. Semua sekali 10 subjek:

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik Pilihan C
Sains
Sejarah
Pendidikan Seni
Geografi
Kesusasteraan Melayu
Perdagangan
Pendidikan Islam

Aku kelas Kemanusiaan dan No angka giliran, aku ingat lagi ---> AG037 A002. Hasil daripada keputusan SPM ni, aku apply ITM dan dapat masuk course DBS Insurance (Intake January 1996).

Keputusan SPM 2011 akan diumumkan pada 21 Mac 2012, good luck kepada semua calon 2011.

Rabu, Mac 14, 2012

MPO and The Beatles

MPO mainkan lagu The Beatles
HM – 14 Mac 2012

Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


KEUNGGULAN Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) sudah lama terbukti. Mereka bukan saja sering memainkan lagu klasikal malah kerap memberikan persembahan ‘tribute’ kepada karyawan muzik handalan. Antara ‘tribute’ yang pernah dilakukan adalah bagi lagu karya John Williams, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan lagu tema filem Hollywood termasuk arahan Alfred Hitchcock. Terbaru, kenyataan media mengesahkan bahawa MPO akan memperdengarkan pula koleksi lagu ‘evergreen’ kumpulan pop legenda The Beatles.

Persembahan julung kali ini berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC pada 23 & 24 Mac ini jam 8.30 malam serta persembahan matinee pada 25 Mac (3 petang). Semua persembahan itu akan dipimpin konduktor muzik handalan, Mark Fitz Gerald.

Antara lagu yang dimainkan MPO adalah Can’t Buy Me Love, Strawberry Fields, And I Love Her, Yesterday, Ob-La-Di, Ob-La-Da, Blackbird, The Long And Winding Road, Help, A Hard Day’s Night, Hey Jude dan All You Need Is Love. Semua lagu itu pernah menjulang nama The Beatles. Walaupun sudah berpecah dan kehilangan John Lennon, aura The Beatles tidak pernah pudar.

Tiket bagi konsert ini berharga RM180, RM130, RM90 dan RM60 dan boleh ditempah di box-office jam 10 pagi hingga 6 petang serta 9 malam (pada hari persembahan). Anda juga boleh hubungi talian 03- 20517007 atau 03- 2051 7077 (faks). Selain itu tempahan melalui e-mel di dfp_boxoffice@petronas.com.my.

Selasa, Mac 13, 2012

Angry Bird

RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”

Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan. Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.

Ada lima kategori marah iaitu cepat marah atau marah tidak bertempat, marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat), marah sederhana, tidak tahu marah dan marah keterlaluan.

Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu rasa bangga diri, takjub kepada peribadi sendiri, berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas, bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah. Lima lagi puncanya ialah gemar berbantah dalam sesuatu perkara, khianat, tamak kepada harta juga pangkat, gagal mengendalikan nafsu dan emosi serta hasad dengki selain iri hati.

Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.

Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.

Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’. Kadangkala orang ramai boleh menilai bahawa individu berkaitan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki, sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah SWT. Inilah marah yang dikeji.

Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.

Contoh marah pertengahan berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.

Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.

Sabtu, Mac 10, 2012

Inspektor Remos ... Hujan

Muda memberontak etika yang kononnya akan dipegang sampai ke hari tuanya
Jari jemari contoh lidah tidak bertulang yang berkuasa
Sains dan agama tidak sehaluan menjadi puak-puak yang lemah
Hanya ditemani komputer untuk menulis blog mencampak batu menyorok tangannya

Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya

Digital kini semuanya digital-digital belaka
Dari syurga ke neraka dimuat turun ke dalam komputer ribanya
Cinta songsang diterbalik dunia mata keranjang laki-laki dan wanita
Pembangkang mahu publisiti murahan memfitnah cuma senjata ringannya

Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya

Selasa, Mac 06, 2012

Kamera DSLR (Digital Single-lens Reflex)

1. Senaraikan apa ciri-ciri yang anda inginkan dalam DSLR yang akan anda beli dan berapakah bajet yang anda ada. Contohnya berapa Mega pixels yang anda inginkan? adakah rakaman video penting untuk anda? adakah anda akan beli aksesori tambahan? Seperti mana teknologi, apabila anda membeli yang terbaru dan tercanggih harganya mestilah tinggi. jadi anda letakkan apakah ciri-ciri yang penting untuk anda dulu.

2. Selalu membaca dan membuat sedikit kerja rumah tentang DSLR, dan cari yang selalu disyorkan oleh majalah atau pun website seperti CNET dimana mereka boleh memberi cadangan tentang DSLR terbaru atau pun yang sedang berada di pasaran.

3. Pergi ke kedai-kedai yang hanya menjual kamera, jangan ke kedai elektronik atau pun gudang-gudang cari kamera yang anda ingin beli dan cuba rasa sendiri macam mana bila kita pegang kamera tu. Sebab DSLR ni boleh jadi besar bagi sesetengah orang. dan cuba tengok melalui viewfinder kamera tu. bukan melalui skrin LCD, selesa atau tidak. Jenama yang berlainan meletakkan butang kawalan di sebelah kiri atau sebelah kanan anda. kalau kita tak pasti anda boleh bertanya dengan jurujual kedai tersebut.

4. Apabila membeli kamera anda perlu tahu tentang harga kamera dan juga lensanya sbb dua barang nie berlainan harga... tetapi selalunya kedai akan jual sebagai kit maksudnya kamera ngan lensa sekali.

5. Apa yang penting ialah survey dan bandingkan harga di kedai-kedai lain... kit lensa apa yang datang dengan kamera tu. Berbaloi ke tak? dan apa lagi free gift yang kedai tu bagi bila kita beli kat dia.

Ahad, Mac 04, 2012

Ayer Kosong

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

* Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
* Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
* Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
* Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
* Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes - 30 hari
4. Sembelit - 10 hari
5. Kanser - 180 hari
6. Tibi - 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. - www.iluvislam.com

Jumaat, Mac 02, 2012

Kuala Lumpur Street Drummers

KL Street Drummers is a music group showcasing hand percussions such as djembe, dunun, timbao, shekere, etc. Based in Kuala Lumpur, this band plays various rhythms from Africa, Brazil and Guinea. KLSD have been performing for events and doing drum circles around Malaysia since April 2011. Take a journey through our blog and have fun watching our videos!

http://klstreetdrummers.blogspot.com

Khamis, Mac 01, 2012

Pelik tapi benar

6 tips kesihatan yang pelik tapi benar

Pasti anda juga mempunyai pelbagai tips atau lebih mesra dipanggil petua mengenai kesihatan yang agak pelik tetapi ia berhasil. Mungkin sesetengah tips atau petua itu sebenarnya adalah lebih baik daripada menggunakan perubatan moden. Antara 8 tips kesihatan yang pelik adalah..

(1) Demam panas- Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti demam panas yang tidak keterlaluan, mungkin dengan hanya meminum banyak air dapat membantu. Tetapi untuk mempercepatkan lagi penurunan suhu badan, tips terbaik adalah dengan meletakkan pek ais dibawah lengan atau berhampiran pangkal peha. Ais dapat membantu untuk menyejukkan teras badan. Sekiranya tidak berhasil, pergi dapatkan rawatan doktor.

(2) Gemuruh- Sekiranya anda mengalami masalah darah gemuruh apabila berada didalam sesuatu situasi, tips terbaik untuk mengurangkan tekanan adalah dengan menghidu bau buah epal hijau. Hasil daripada kajian oleh Dr Alan Hirsh (pakar kesihatan manusia), bau daripada epal hijau dapat membantu untuk memberikan ketenangan kepada seseorang.

(3) Mengelak luka daripada jangkitan kuman- Mungkin didalam rumah anda tidak memiliki cecair pencuci luka yang membantu untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman. Tips terbaik untuk anda mengatasi masalah ini adalah dengan madu. Sapu madu pada bahagian luka kemudian balut. Ini kerana madu mempunyai ciri-ciri antibakteria yang dapat melindungi luka ringan.

(4) Menghentikan pendarahan- Sekiranya jari anda terluka semasa memotong didapur, cara terbaik untuk menghentikan pendarahan adalah dengan menggunakan lada. Basuh terlebih dahulu luka kemudian taburkan lada pada bahagian yang terluka. Dalam masa yang singkat pendarahan anda akan berhenti. Jangan risau kerana ia tidak akan memeritkan.

(5) Masalah sakit belakang- Sekiranya anda mengalami masalah sakit belakang, perkara utama yang perlu anda periksa adalah kaki. Apabila kaki sebelah pendek walaupun sedikit, ia mungkin penyebab utama anda menghadapi sakit belakang. Ini keranan kaki yang sebelah pendek akan memberikan tekanan pada bahagian belakang badan untuk mengimbangi badan.

(6) Ketagihan rokok- Sekiranya anda mengalami masalah ketagihan rokok, tips terbaik untuk mengurangkan ketagihan adalah dengan menggosokkan jari telunjuk dengan ibu jari atau gosokkan kedua-dua belah tangan. Ini akan memberikan ketenangan pada anda dan membuatkan tangan anda akan sentiasa sibuk. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu untuk seseorang berhenti rokok sebanyak 25%.

Source: Top5Reason Blog