Selasa, Mac 06, 2012

Kamera DSLR (Digital Single-lens Reflex)

1. Senaraikan apa ciri-ciri yang anda inginkan dalam DSLR yang akan anda beli dan berapakah bajet yang anda ada. Contohnya berapa Mega pixels yang anda inginkan? adakah rakaman video penting untuk anda? adakah anda akan beli aksesori tambahan? Seperti mana teknologi, apabila anda membeli yang terbaru dan tercanggih harganya mestilah tinggi. jadi anda letakkan apakah ciri-ciri yang penting untuk anda dulu.

2. Selalu membaca dan membuat sedikit kerja rumah tentang DSLR, dan cari yang selalu disyorkan oleh majalah atau pun website seperti CNET dimana mereka boleh memberi cadangan tentang DSLR terbaru atau pun yang sedang berada di pasaran.

3. Pergi ke kedai-kedai yang hanya menjual kamera, jangan ke kedai elektronik atau pun gudang-gudang cari kamera yang anda ingin beli dan cuba rasa sendiri macam mana bila kita pegang kamera tu. Sebab DSLR ni boleh jadi besar bagi sesetengah orang. dan cuba tengok melalui viewfinder kamera tu. bukan melalui skrin LCD, selesa atau tidak. Jenama yang berlainan meletakkan butang kawalan di sebelah kiri atau sebelah kanan anda. kalau kita tak pasti anda boleh bertanya dengan jurujual kedai tersebut.

4. Apabila membeli kamera anda perlu tahu tentang harga kamera dan juga lensanya sbb dua barang nie berlainan harga... tetapi selalunya kedai akan jual sebagai kit maksudnya kamera ngan lensa sekali.

5. Apa yang penting ialah survey dan bandingkan harga di kedai-kedai lain... kit lensa apa yang datang dengan kamera tu. Berbaloi ke tak? dan apa lagi free gift yang kedai tu bagi bila kita beli kat dia.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adakah tuan punya blog mahu memiliki DSLR....weeehuuuu

alhambra berkata...

hehehehehehe, itu adalah cita-cita dan hobi yang sebenor-benornya.

dengan adanya gadget seumpama itu, maka peratusan pulus untuk masuk mengalir akan semakin cerah.

Pulus pulus...

DAMieN berkata...

Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang peminat tegar DSLR. layannnn beb.

Adek ipar aku ada gak sebijik nikon D90, sempat gak la aku godek2 n kekadang pinjam kalo ada event2 cam member2 kawen ke. tp tak larat beb nak hangkut, berat. tp kalo layan DSLR wajib belajo photoshop, baru ngam. macam2 idea gambo buleh terjemahkan kat kanvas photoshop tu. huhu...

D'nae berkata...

aku nak pi kursus bulan april nanti nie...cari ilmu siket...