Selasa, Disember 31, 2013
Isnin, Disember 30, 2013
Motor Legend ni...
Kuala Lumpur: Boon Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew Honda) mengumumkan jenama motosikal ikoniknya Honda EX5 Original akan dihentikan pasarannya di peringkat tempatan selepas 26 tahun menjadi ‘Raja Kapcai Malaysia’ bagi mematuhi panduan Forum Sedunia untuk Pengharmonian Peraturan Kenderaan (WP.29) yang bersidang di bawah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Eropah (UNECE).
Syarikat itu
berkata, pengeluaran motosikal yang menggunakan kod C100 dan C100MB itu akan
ditamatkan secara rasmi berkuatkuasa 31 Disember 2013 dan ia diganti oleh Honda
EX5 Dream 110 baharu yang dilancarkan pada Julai lalu. “Honda EX5 Original
sudah menyediakan pelbagai peluang perniagaan kepada semua rakan niaga dan pengedar
motosikal Boon Siew Honda sejak lebih dua dekad lalu dan turut menyumbang
daripada aspek mobiliti kepada pelanggan serta komuniti dalam pelbagai lapisan
masyarakat,” katanya pada satu kenyataan, di sini, semalam.
Boon Siew
Honda berkata, Honda EX5 Dream 110 baru mengekalkan penampilan klasik model
sebelumnya secara keseluruhan dan ia dilengkapi dengan ciri dipertingkatkan
seperti enjin 110cc Standard Euro 2 yang menjanjikan peningkatan prestasi
sebanyak satu peratus dengan kecekapan bahan api 53.6 kilometer/liter, tangki
minyak empat liter lebih besar, tayar dan tempat duduk lebih lebar dan suspensi
lebih lasak.
“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
rakan niaga dan pengedar, pihak media dan paling utama, pelanggan yang terus
memberi sokongan dan kami amat menghargai jalinan persahabatan dengan semua
pemegang saham dan amanah harta. Kami berharap agar dapat melangkah ke depan
dengan sokongan semua pihak kepada model baru ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Online
Labels:
Boon Siew Honda,
Honda EX5
Isnin, Disember 23, 2013
Rabu, Disember 18, 2013
Selasa, Disember 17, 2013
Ahad, Disember 15, 2013
Selasa, Disember 10, 2013
Ahad, Disember 08, 2013
Jumaat, Disember 06, 2013
Isnin, Disember 02, 2013
Lorong Belakang kedai Seksyen 2 Shah Alam
SHAH ALAM, 2 DIS : Pihak berkuasa
tempatan di negara ini disarankan mengambil contoh langkah Majlis Bandaraya
Shah Alam (MBSA) yang memberikan ruang dan peluang kepada generasi muda
menunjukkan bakat dan kreativiti dalam lukisan dinding yang secara tidak
langsung menceriakan dan memperindahkan sesuatu kawasan itu.
Pelajar Universiti Teknologi Mara
Malaysia (UITM), Sabrina Suhaimi,19, berkata aktiviti melukis mural atau
graviti ini perlu digalakkan bagi mengubah tanggapan orang ramai bahawa
aktiviti itu sering dikaitkan dengan kegiatan yang tidak berfaedah dan membuang
masa.
Katanya, melalui aktiviti ini maka
individu berbakat dapat menyerlahkan hasil kreativiti mereka dengan melukis
lukisan yang bermotif dan mempunyai mesej bagi memperindah sesuatu kawasan.
“MBSA perlu mempromosikan bahawa
aktiviti lukisan mural ini adalah bagus kerana ia akan menyerlahkan bakat
pelajar, pihak lain juga diharap akan dapat mencontohi usaha MBSA ini yang
memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat inovasi mereka,” kata
beliau ketika ditemui Selangor Kini.
Menurut peniaga, Maz Aiefa Mohd
Mazli , 24, berkata usaha MBSA menukar imej lorong belakang di Seksyen 2 Shah
Alam dengan kawasan kesenian adalah satu idea yang baik kerana mampu menaik
taraf kawasan itu menjadi lokasi tumpuan orang ramai.
Katanya, beliau berharap orang ramai
dapat memberikan sokongan kepada usaha ini dengan mengunjungi kawasan ini
sambil dapat bergambar dengan lukisan mural yang dihasilkan dari kreativiti
para pelajar IPT yang menjayakan usaha itu.
“Ia bagus kerana orang ramai dapat
bersantai di sini dan secara tidak langsung peniaga dapat berniaga dan ia akan
menjadi kawasan ini sebuah kawasan komersil tumpuan ramai,” katanya.
Ahli Majlis MBSA, Hisham Shariman,
berkata idea kreatif ini menarik dan boleh dicontohi di tempat lain apabila
lorong belakang yang selama ini tidak bermaya tiada aktiviti dapat dihidupkan
dengan pelbagai aktiviti berfaedah.
“Sebelum ini masyarakat kurang mengambil
berat terhadap aspek keceriaan dan kebersihan lorong belakang premis, dengan
adanya usaha MBSA maka satu budaya baru dapat dibentuk agar masyarakat menjaga
kebersihan. Malahan dengan adanya aktiviti kesenian ini maka para penggiat seni
dapat menyerlahkan bakat terpendam yang mereka miliki di khalayak ramai,” kata
beliau.
Projek Laman Seni Shah Alam itu di
Seksyen 2 menyediakan peluang kepada komuniti khususnya golongan pelajar
sekolah dan institusi pengajian tinggi awam menyerlahkan bakat dan kreativiti
dalam kesenian dan kebudayaan.
Sumber: Selangorkini
Gambar ihsan dari Selangorkini
Labels:
Lorong Seni,
Seksyen 2 Shah Alam
Langgan:
Catatan (Atom)