Kuala Lumpur: Boon Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew Honda) mengumumkan jenama motosikal ikoniknya Honda EX5 Original akan dihentikan pasarannya di peringkat tempatan selepas 26 tahun menjadi ‘Raja Kapcai Malaysia’ bagi mematuhi panduan Forum Sedunia untuk Pengharmonian Peraturan Kenderaan (WP.29) yang bersidang di bawah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Eropah (UNECE).
Syarikat itu
berkata, pengeluaran motosikal yang menggunakan kod C100 dan C100MB itu akan
ditamatkan secara rasmi berkuatkuasa 31 Disember 2013 dan ia diganti oleh Honda
EX5 Dream 110 baharu yang dilancarkan pada Julai lalu. “Honda EX5 Original
sudah menyediakan pelbagai peluang perniagaan kepada semua rakan niaga dan pengedar
motosikal Boon Siew Honda sejak lebih dua dekad lalu dan turut menyumbang
daripada aspek mobiliti kepada pelanggan serta komuniti dalam pelbagai lapisan
masyarakat,” katanya pada satu kenyataan, di sini, semalam.
Boon Siew
Honda berkata, Honda EX5 Dream 110 baru mengekalkan penampilan klasik model
sebelumnya secara keseluruhan dan ia dilengkapi dengan ciri dipertingkatkan
seperti enjin 110cc Standard Euro 2 yang menjanjikan peningkatan prestasi
sebanyak satu peratus dengan kecekapan bahan api 53.6 kilometer/liter, tangki
minyak empat liter lebih besar, tayar dan tempat duduk lebih lebar dan suspensi
lebih lasak.
“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
rakan niaga dan pengedar, pihak media dan paling utama, pelanggan yang terus
memberi sokongan dan kami amat menghargai jalinan persahabatan dengan semua
pemegang saham dan amanah harta. Kami berharap agar dapat melangkah ke depan
dengan sokongan semua pihak kepada model baru ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Online
1 ulasan:
Simpan BHG ko nandre, lagi 20 tahun boleh jadik motor klasik. value tinggi macam RXZ skrg bro. haha
Catat Ulasan