Rabu, Februari 23, 2022

Amalkan ayat Surah Al-Kahfi

Marilah amalkan ayat-ayat dari Surah Al-Kahfi ini bagi mengelakkan dari fitnah dajjal. Amalkan ayat 1-10 dan juga ayat 100-110. 

Jumaat, Februari 18, 2022

Petition Writer

 

Jumaat, Februari 11, 2022

Fitnah Akhir Zaman

 

Fitnah Akhir Zaman.
Kita sekarang berada dalam fasa zaman yang disebutkan. Saya sedang bacha buku ni dan ianya memudahkan untuk kita faham apa yang telah diperkatakan oleh Nabi saw. Moga kita ambik ikhtibar daripada semua ini.
Antara tanda-tandanya:
-Nabi Muhammad saw diutus
-Banyak berlaku gempa bumi
-Waktu berjalan dengan pantas
-Banyak berlaku pembunuhan
-Fitnah tersebar
-Kematian mengejut dalam jumlah yang ramai
-Harta melimpah-ruah
-Orang miskin jadi kaya
-Ilmu diangkat
-Perubahan bentuk bumi terjadi
-Tanah Arab kembali menghijau

Selasa, Februari 08, 2022

Pesara Posmen Buka Galeri Khidmat Pos


Ini satu contoh yang baik untuk diamalkan. Bila dah bersara, dia abadikan dan kumpul maklumat mengenai pekerjaannya untuk memberi peluang generasi sekarang melihat sejarah sesuatu pekerjaan. Profesion lain pun buleh gunakan cara ni. Sumber: UM 7 Feb 2022

Ahad, Februari 06, 2022

Kedai Buku Terpakai Kamunting, Perak

 

Foto kredit: Tiger Roslan Hussin (OE90)
Foto kredit: Faizul Nordin 

Ini kedai buku terpakai (second hand books) yang baru dibuka di Kamunting, Perak. Lokasi kedai ini terletak di sebelah Restoran Heritage Nasi Ayam (Dulu dikenali Selera Malam) dan Stesen Petron Kamunting. Peminat buku dan majalah lama bolehlah serbu kedai ini. Manalah tahu, ada buku yang berkenan. 

Khamis, Februari 03, 2022

Melawat Rumah Kapten Speedy

 



Pada musim cuti tahun baru cina tahun 2022, kami ambil peluang untuk balik ke Taiping. Pada 31 Jan 2022, kami ke Pasar Matang kononnya hendak membeli ikan, namun pasar tutup selama seminggu. Kami dimaklumkan oleh beberapa penjual ikan dan buah-buahan di tepi jalan berhadapan dengan pasar. Balik dari pasar, singgah sebentar di sebuah rumah agam tersergam indah di selekoh jalan dari Simpang ke Matang. Ianya adalah bekas rumah Kapten TCS Speedy yang pernah menjadi pembantu kepada Menteri Ngah Ibrahim yang mana rumahnya terletak bersebelahan dengan rumah agam ini.