Memaparkan catatan dengan label Matang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Matang. Papar semua catatan

Rabu, November 19, 2025

Buku Kota Ngah Ibrahim: Dalam Lipatan Sejarah


Kota Ngah Ibrahim sudah di dalam genggaman. Hari ini baru sempat nak menelaah buku hebat yang baru tiba di Rak Buku Nandre. Sebagai salah seorang yang banyak kali sudah berkunjung ke Kota Ngah Ibrahim, seharusnya perlu ada buku ini dalam koleksi buku:

Kota Ngah Ibrahim: Dalam Lipatan Sejarah
Nor Aini bt Hassan
9789670372518
Jabatan Muzium Malaysia (2024)
Pertama kali berkunjung ke Kota Ngah Ibrahim ialah pada tahun 1992 semasa di tingkatan 3. Kami perlu memilih satu bangunan sejarah sebagai tugasan kajian sejarah tempatan. Kami berbasikal ke lokasi tersebut yang terletak di Matang, Perak.
Kota Ngah Ibrahim juga pernah dijadikan sebagai Maktab Perguruan Matang dari 1913 sehingga 1922 sebelum berpindah ke Tanjong Malim (SITC-UPSI). Kota Ngah Ibrahim mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan awal prasejarah di Tanah Melayu sehingga merdeka. Ianya merupakan suatu tapak warisan yang penting dari aspek kajian persejarahan negara secara menyeluruh.
Jika kalian berkunjung ke Taiping, masukkan juga sesi lawatan ke Kota Ngah Ibrahim sebagai salah satu lokasi wajib yang patut dikunjungi.

Khamis, Februari 03, 2022

Melawat Rumah Kapten Speedy

 



Pada musim cuti tahun baru cina tahun 2022, kami ambil peluang untuk balik ke Taiping. Pada 31 Jan 2022, kami ke Pasar Matang kononnya hendak membeli ikan, namun pasar tutup selama seminggu. Kami dimaklumkan oleh beberapa penjual ikan dan buah-buahan di tepi jalan berhadapan dengan pasar. Balik dari pasar, singgah sebentar di sebuah rumah agam tersergam indah di selekoh jalan dari Simpang ke Matang. Ianya adalah bekas rumah Kapten TCS Speedy yang pernah menjadi pembantu kepada Menteri Ngah Ibrahim yang mana rumahnya terletak bersebelahan dengan rumah agam ini. 

Isnin, Februari 08, 2016

Jejak Warisan: Kota Ngah Ibrahim, Matang, Perak

Makam Ngah Ibrahim yang dibawa dari Singapura ke Matang
Muzium Matang ini juga dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim merupakan sebuah muzium di bawah kelolaan Jabatan Muzium Negara. masuk percuma. Terletak lebih kurang 12km dari bandar Taiping dan 5km dari pekan Kuala Sepetang.