Ahad, November 02, 2008

En Haris, Pn Rosiah ke Makkah

P/s: 3/11/2008 merupakan ulangtahun ke 70 tahun En Haris, dan 3/12/2008 merupakan ulangtahun ke 67 Pn Rosiah. SELAMAT ULANG TAHUN... SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR.. Hari Sabtu lepas (1 November 2008), aku dan keluarga pergi ke Tabung Haji Kelana Jaya untuk menyaksikan pemergian Bapak + Mak aku ke Tanah Suci Makkah. Aku sampai kat sana dalam kul 7.15pm. Susana pada masa tu memang dah sesak dengan kenderaan yang banyak. Company yang mengusahakan parking memang buleh buat untung malam tu. Ada jugak yang cari parking free, parking kat depan rumah orang la jawabnya. Pada malam tu, penerbangan KT09 yang mana memerlukan setiap jamaah melaporkan diri pada jam 9.30 malam. Susana dalam kompleks Tabung Haji memang havoc lah, dengan orang yag ramai seta saudara-mara yang turut serta ingin berjumpa dengan bakal haji. aku buleh respek kepada petugas-petugas Tabung Haji yang sporting apabila kita berurusan dengan depa la. Apabila sampai masa untuk melapor diri, semua orang menuju ke arah bangunan utama untuk "check-in". Masa nielah keadaan bersesak-sesak berlaku. Aku pon ambik kesempatan untuk capture sikit keadaan masa tu. Memang ramai, orang tidak hiraukan keadaan sekeliling. Masing-masing memerhatikan ibu-bapa masing2 beratur menunggu giliran. Itulah keadaan kecil jika dibandingkan bila berada di Makkah nanti. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Bapak dan Mak menaiki pesawat KT09 menuju ke Madinah terlebih dahulu dan dijangka akan pulang ke Malaysia pada 16 Disember 2008 jam 10.40 malam di KLIA, Sepang. Semoga selamat pergi dan selamat Kembali. Amin.

21 ulasan:

SSulieana berkata...

semoga sume para jemaah haji selamat pergi dan pulang....

Su Hana berkata...

insya-Allah .. moga bapak + mak en nandre slmat sampai n kembali ke sini :)

Seri Nuang Shah Alam berkata...

ya, begitulah hendaknya...
la nie kita tunggu ja la pada 16 disember nanti.

mar!ahaf!z berkata...

selamat mengerjakan ibadah haji macik+pacik.. moga dapat ibadah diterima Allah n mendapat haji yg mabrur :) aminnn

Raptor 7 berkata...

salam..

selamat menunaikan fardhu haji kepada cik riz** senior bersama isteri yang tersayang..
mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur...

encik tiger bila lagi?? takan asyik naik dam aji je...hahaaa

nifalnin... berkata...

alhamdulillah.. semoga selamat pergi dan kembali kepada makcik n pakcik berdua... semoga seluruh keluarga mendapat keberkatan dengan pemergian ke Tanah Suci... insyaALLAH...

Seri Nuang Shah Alam berkata...

terima kaseh kapda semua kengkawan the tiger, karna sudah biasa memberikan ucapan selamat pergi dan kembali.

semoga kalian semua beroleh manfaat daripada apa yang terjadi.

Seri Nuang Shah Alam berkata...

encik amien, bapak tiger nama dia haris la... pandai2 hang na..

SSulieana berkata...

nak kumpul duit nk g haji plak!Insyaallah....

Su Hana berkata...

jom pegi sama2 nak.. mari kite buka ak tabung haji..yeahhhhhhhh

Nandre The Legend berkata...

ya, aku dah bukak akaun tabung haji sejak aku darjah dua lagi (tahun 1985), masa tu aku gunakan IC bapak aku sebagai IC rujukan.. maklumlah masa tu kan belom ada kad pengenalan.

So, akaun terus aktif macam biasa sampai sekarang.. amin

SSulieana berkata...

ha'ah la...rsnye dulu sy pun ade bukak la masa sek.rendah...aktif lg ke ye....

Nandre The Legend berkata...

akaun tu memang ada lagi, cuma skrg nie kita kena update nombor IC semua tu... dan kena tambah sikit duit bagi dia berjalan seperti biasa...

hahahahaha, ooh ya, jangan lupa buat buku akaun sekali...

pi la kat Anjung, ada tabung haji kat situ...

Raptor 7 berkata...

wah, cik tiger boleh menjadi jurucakap untuk Tabung haji la nampak gayanye kalo camni...hahahaha

Nandre The Legend berkata...

aku nak try mintak kerja kat tabung haji la plak, mana la tau, ada rezki bule pi Makkah..

orang tabung haji mesti gilir-gilir bertugas kat sana setiap tahun, aku tengok anak sedara aku tu, dia tabung haji sitiawan.. umor dia 28 tahun, tahun nie bertugas kat sana sambil buat haji.. kan rezki namanya tu...

Tanpa Nama berkata...

jom kita p haji masa muda-muda ni.

Tanpa Nama berkata...

jom p masa muda-muda ni. nan jumpa 12.11 ni

ya-ummi berkata...

Semoga mak & ayah hang selamat kembali dan sihat sentiasa masa kat sana, semoga mendapat haji mabrur.

Tanpa Nama berkata...

salam.. gembira mendengar khabar tentang pemergian orang tua che nan ke tanah suci.. semoga beroleh haji yang mabrur.. insyaAllah.. AMIN.

terpandang dalam web perdana.org ada kekosongan di Library, betui ka? menarik tu. sambil kerja sambil baca buku, bertambah pandai la jadinya.

Cik SaLL berkata...

semoge pakcik dan makcik selamat pergi dan selamat pulang serta dapat menjalankan ibadah dengan sempurna..

Lebai Cute berkata...

selamat pergi dan balik. sampaikan salamku pada rasulullah.