Pada 16hb Disember 2008, satu misi baru telah diterima yang mana kali nie adalah misi membawa balik jemaah haji dari KLIA ke Shah Alam. Tepat jam 2.00 pagi 17 Disember 2008, aku bertolak ke KLIA untuk membawa balek mak+bapak dari Mekah. Crew-crew yang turut serta dalam misi kali nie adalah Kapten Ahmad Irfan, Leftenan Norlita MJ, Leftenan Royy, Leftenan Tajul dan saya sendiri, Leftenan Legend.
Sampainya di balai ketibaan di tingkat 3, orang ramai sudah menunggu keluarga masing-masing. Seumpama pesta la plak dengan riuh rendah sanak-saudara memanggil jemaah haji yang tiba tu. Ini satu pengalaman yang menarik. Lebih kurang jam 3.15 pagi, mula nampak kumpulan jemaah yang keluar membawa bagasi masing-masing selepas pemeriksaan di airport. Akhirnya tibalah giliran En Haris dan Pn Rosiah menampakkan dirinya. Seterusnya, misi membawa balek ke Shah Alam. Lebih kurang jam 5.00 pagi, sampailah kat rumah. Misi berjaya...
6 ulasan:
kapten mcm ngantuk jeeee.....hehehe
selamat pulang kpd mak pak en.nandre....
ya, kapten terlalu letih sebab berjaga sehingga pagi... kiranya malam tu dia tido dari kul 11.00 pm sampai 1.30am ja... pastu 2.00 pagi dah jalan.. dia memerluka tenaga untuk mengetuai misi tu... penting misi nie sebab kena berjalan waktu pagi yang gelap...
begitulah cheritanya...
yang penting misi dah berjaya...
beliau merupakan kapten paling chumel di dunia....:)
kapten, roger n out!!!
makaseh crew2 Gadis melayu...
chumel-chumel semuanya...
Catat Ulasan