Rabu, Februari 24, 2010

1 Rumah 1 Perpustakaan


Konsep ‘satu rumah satu perpustakaan’ perlu diwujudkan semula bagi memupuk minat dan budaya membaca di kalangan rakyat negara ini.

Pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Megat al-Imran Yassin berkata, rumah merupakan institusi terawal dan terpenting bagi seseorang individu mengenali buku sebelum melangkah ke sekolah, perpustakaan atau tempat lain selepas itu. Sehubungan itu katanya, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan konsep ‘satu rumah satu perpustakaan’ benar-benar berkesan.

“Kalau ibu bapa boleh membelikan barangan yang mahal setiap tahun pada majlis hari lahir anak mereka, mengapa tidak mampu untuk membeli buku sebagai hadiah. Buku boleh dijadikan koleksi dan seterusnya mewujudkan perpustakaan mini di rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia dalam laporan khasnya hari ini menyiarkan mengenai sikap rakyat Malaysia yang tidak suka membaca buku. Pemantauan di beberapa lokasi tumpuan umum di Lembah Klang baru-baru ini mendapati, membaca tidak menjadi satu budaya di kalangan masyarakat negara ini. Malah paling menyedihkan, Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan negeri, daerah dan desa juga lengang. Hanya 10 hingga 30 orang mengunjungi gedung-gedung ilmu itu dalam sehari.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya profil kajian membaca di Malaysia tidak bergerak, cuma purata dua naskhah buku dibaca setiap rakyat pada setiap tahun. Sementara itu, Ketua Program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mawar Shafei berkata, kecenderungan untuk membaca di kalangan rakyat negara ini sebenarnya masih ada.

Bagaimanapun katanya, ia wujud melalui medium yang berbeza.

“Melayari Internet juga boleh dikategorikan sebagai membaca sekiranya orang ramai memanfaatkan sepenuhnya penggunaan Internet,” jelasnya. Tambah Mawar, pihak pengurusan perpustakaan perlu mengambil inisiatif dengan mempelbagaikan aktiviti mereka seperti mengadakan jualan buku terpakai dan mengadakan aktiviti berkala seperti sesi bersama penulis yang berbeza setiap bulan.

“Mewujudkan kafeteria dalam perpustakaan juga satu langkah yang baik untuk menarik minat orang mengunjungi perpustakaan,” katanya. Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu berkata, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar, amalan membaca dapat menajam dan membentuk ‘kuasa pemikiran’ di kalangan para pembacanya.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menanam minat membaca dan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya,” katanya.

Sumber: Utusan Online

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ok jugak tu...nk buat ar satu bilik penuh ngan buku...buku kanak2 la tapi...hehehehe...best2

Raptor 7 berkata...

amboi, topik yg dipileh oleh saudara tok kenali ini amatlah bersesueian dgn profesen beliau sebagei pustakawan merangkap mat rempitan.. sungguh menarek maklumat ini. dirumah sy pon boleh dianggap sebagei perpustakaan kerena dipenuhi majalah motosikal setat dari tahun 1986 lagi. tahniah!!!

Seri Nuang Shah Alam berkata...

buat library majalah komik dewata raya pon menarik jugak nie,

tapi aku memang dah ada library satu rak 4 tingkat nie, kena tambah lagi nie.. buku semaken banyak

Unknown berkata...

kami ada banyak buku tapi kebanyakan dalam kotak...

Raptor 7 berkata...

80% judul koleksi perpustakaan dirumah aku ialah:

majalah roda-roda, kereta, ujang, gempak, apo, blues untuk aku, wira tunggal. hehe

Raptor 7 berkata...

80% judul koleksi perpustakaan dirumah aku ialah:

majalah roda-roda, kereta, ujang, gempak, apo, blues untuk aku, wira tunggal. hehe

Seri Nuang Shah Alam berkata...

pak raja,

aku rasa hang elok boh kat satu rak spesel untuk bahan bacaan ja.. itu menunjukkan kita mementingkan dan menerapkan tradisi ilmu dalam diri kita dan anak-anak.

Seri Nuang Shah Alam berkata...

ini budaya yang harus kita terapkan sejak azali.
jangan hanya penoh dengan rak-rak yang berisi pinggan mangkuk ka untuk buat hiasan atau nak tayang kat org.

tu dia.............

Shima berkata...

setuju..rak buku untuk susun buku. bukan pameran pinggan mangkuk. Saya x menjual pingan mangkuk, justeru itu saya x da rak untuk mempamerkn pinggan magkuk.

org buku berkata...

buku adalah cikgu yang tak jemu-jemu mengajar org yang membacanya, setiap kali kita membaca, maka adalah baris-baris ayat yang mencheritakan sesuatu.

oleh itu, mai la singgah ke KL BOok Fair pada 19-28 mac 2010 di PWTC.