Khamis, April 29, 2010

Kolej Perindu, ITM

Kolej Perindu!?? Alamak ini satu nama yang sinonim dengan ITM dari awal penubuhan hinggalah sekarang. Kalau dikenang kembali, memang macam-macam ada la kat Perindu ni. Aku masuk ITM tahun 1996 dulu, ditempatkan di Koleh Perindu 2, bilik 414, tingkat 4 la tu. Aku dok kat situ start Part 01 sampai grad. Aku sorang ja budak Bisnes yang lepak kat bilik tu, yang lain banyak budak Engine, Landscape, Library Science, Building, Interior Design, Quantity Survey, Applied Science etc. Aku dok situ dari mula sampai abeh memang free dan makan pon free. kat tingkat 5, ada bilik Ratu Kayangan. Kat Perindu 3, ada bilik Pangkah (hahaha).

Kolej Perindu 2 ni mengadap Kolej Delima dan jalan utama budak-budak dari bawah nak ke kelas. Aku plak masa tu, kelas kat school bisnes, kena la melepasi kolej Cempaka dan Kenanga yang mana dua-dua ni adalah hostel pompuan. Kalau ada Ko-Kurikulum, aku selalu lepak kat HEP ja, sebab bilik Brass Band ada kat HEP. Kalau jamming pon buat kat situ ja atau kat area parking kereta HEP.

Dok hostel, aku mana ada pakai motor, jalan kaki ja, nak pi KL ke, Seksyen 2 ke, PKNS ke, semua kena naik bas atau jalan kaki.. Memang kurus gila masa tu. Bayangkan bentuk muka bumi ITM Shah Alam yang banyak tanah tinggi. Tapi best.

Rabu, April 21, 2010

Yang benar tetap benar

berkata benarlah, walaupun sukar
kerna
pada yang benar, adanya sinar
yang benar tidak boleh diganti tukar
sekalipun cuba disangkar oleh yang makar
kerna yang benar itu benar, sekalipun ada yang bersikap hambar

hantarlah bicara yang benar
agar mengalir ke setiap alur dan datar
ke hutan belukar dan paya terbiar
ke desa yang pudar dan bandar yang besar

nyatakan yang benar
di daerah yang ham,bar dan kota mekar
di akhbar tersiar, juga TV dan radio terpancar
untuk si miskin yang terlantar dan si kaya yang tersandar

cakaplah yang benar, walaupun tidak dibenar
sekalipun disanggah tegah disambar kasar
kerna Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Benar
Rasulmu ialah obor sabar cahaya sinar buat yang benar
maka yang benar itu tetap benar

Dr Maza, 2008

Ahad, April 18, 2010

Kerja-kerja Recycled


Anda ada botoi, paper lama, plastik, casing CD, kotak dan lain-lain?

Kalau ada, jangan buang dulu, kumpulkan kat satu tempat, kita bagi recycle la sama dia.
berikutan dengan itu, kami kat Seri Nuang telah anjurkan sekali lagi program Recycled yang mana kami kumpuikan segala jenis barang yang boleh dikitar semula. Pagi tadi punya barang termasuklah baby walker, plate dryer, monitor PC, sterika, botoi2 kosong, paper lama, kertas a4, buku latihan, periuk lama, tin kosong etc. So, kami geng2 AJK kumpul dan kasi organise sikit, terus bawak ke Sek Keb Seksyen 9, Shah Alam di mana salah sorang AJK adalah tenaga pengajar di sekolah tu, dan dia juga person yang in-charge untuk program kitar semula. Alhamdulillah, semua barang-barang tu dibawa ke sekolah tu.

Duit hasil program ni akan dimasukkan ke dalam tabung penduduk.

So, next program adalah Family Day Seri Nuang pada 9 Mei 2010 di Taman Pertanian Shah Alam. Yeha.

Sabtu, April 10, 2010

Sehari di Masjid Negeri

Siang tadi, bermakna pada 10 April 2010, aku dan 8 org kawan-kawan Seri Nuang telah pergi ke Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh pihak Masjid Negeri Shah Alam. Kursus ni buat kat Dewan Seminar, Masjid Negeri. Semua sekali ada 130 orang peserta termasuk laki dan perempuan. Geng-geng dari dari Seri Nuang adalah Ust. Fadzli, Abg. Fauzi, Bro Samad, Taib, Bro Zaini, Mat Harzazi, Fairus dan Kak Jue.

Pagi start dalam kul 8.30 pagi dan abeh pada 4.30 pm. Last sekali ada penyampaian sijil kepada semua 130 peserta. Imam masjid Negeri kena bagi kat semua orang. Majoriti peserta kursus adalah yang berumur dalam linkungan 40an dan 50an. Selebihnya ada yang 30an.

Petang ada praktikal, macam mana nak mandi jenazah, kapan jenazah dan apa bahan-bahan yang diperlukan semasa menguruskan jenazah. Yang syoknya tu, kami dibahagikan dalam kumpulan, modelnya adalah brother Bangla yang kerja kat Masjid negeri tu. Dia kool ja, memang sporting abeh la, kena bungkus semua..

Ahad, April 04, 2010

Sehari di Taman Pertanian




Family day office wife aku ni buat kat Taman Pertanian Shah Alam. Ada la lebih kurang 40++ orang termasuk anak-anak yang join program ni siang tadi. Tempat BBQ ni diimport dari Seri Nuang Sek U11. Memang flat la hari nie, macam rumah flat. Pagi ada acara flat land dan tengah hari acara water world. Makan memang meriah dan boleh bawak balik lagi.