Khamis, April 29, 2010

Kolej Perindu, ITM

Kolej Perindu!?? Alamak ini satu nama yang sinonim dengan ITM dari awal penubuhan hinggalah sekarang. Kalau dikenang kembali, memang macam-macam ada la kat Perindu ni. Aku masuk ITM tahun 1996 dulu, ditempatkan di Koleh Perindu 2, bilik 414, tingkat 4 la tu. Aku dok kat situ start Part 01 sampai grad. Aku sorang ja budak Bisnes yang lepak kat bilik tu, yang lain banyak budak Engine, Landscape, Library Science, Building, Interior Design, Quantity Survey, Applied Science etc. Aku dok situ dari mula sampai abeh memang free dan makan pon free. kat tingkat 5, ada bilik Ratu Kayangan. Kat Perindu 3, ada bilik Pangkah (hahaha).

Kolej Perindu 2 ni mengadap Kolej Delima dan jalan utama budak-budak dari bawah nak ke kelas. Aku plak masa tu, kelas kat school bisnes, kena la melepasi kolej Cempaka dan Kenanga yang mana dua-dua ni adalah hostel pompuan. Kalau ada Ko-Kurikulum, aku selalu lepak kat HEP ja, sebab bilik Brass Band ada kat HEP. Kalau jamming pon buat kat situ ja atau kat area parking kereta HEP.

Dok hostel, aku mana ada pakai motor, jalan kaki ja, nak pi KL ke, Seksyen 2 ke, PKNS ke, semua kena naik bas atau jalan kaki.. Memang kurus gila masa tu. Bayangkan bentuk muka bumi ITM Shah Alam yang banyak tanah tinggi. Tapi best.

13 ulasan:

Su Hana berkata...

tp nape sampai skrg en legend kurus gak??? huhuhu

sy pun dl asyik menapak je sana-sini...pasni ingat nak park keta kt aparment luar je la..paatu p blk keja jln kaki..dah 4km dah...

Melissa Mjb berkata...

fuyoo en.nan... teringat zaman blaja ke? hehehe. eh, lupe plak. bekas penghuni PERINDU. kuat rindu la nih. hehehe

Raptor 7 berkata...

aku suka bila nandre dh start bukak cerita2 klasik dia. dia mmg pakar bab2 penulisan klasik ni. yg buat bertambah best, dia masih ingat benda2 kecik macam no bilek dia ngan penuh detail skali. cayalah brader an9949.

p/s; nandre kurus pasai dia rindu sama kang halim.. hahaha.

kolej perindu 2 berkata...

hahahaha,

masa tu aku bukan kenai kang halim pon, disebabkan aku menapak pi kelas, bayangkan lepas makan tgh hari kat Perindu, pastu ada kelas plak kul 2pm, fehhhhhhhhhhhhhhhhhh berpeluh-peluh sampai kelas... kelas tadak air-cond palk tu.. kipas ja,

pastu kelas petang plak, mata macam ada gam ja.

org kuat perindu berkata...

kak suhana,

aku dulu lagi kuruih...
time aku kat ITM la zaman kegemilangan kurus aku nie..

masa degree pon sama, panjat tangga UMNO sek 11 dari bawah sampai tingkat 9... sampai kelas, termengah-mengah..

alumni perindu berkata...

Kak mellie,

dulu Perindu ni adalah hostel pompuan... tapi disebabkan ada satu peristiwa misteri telah berlaku yang melibatklan salah sebuah bilik di tingkat bawah di Perindu 3... yang mana dikenali sebagai bilik pangkah, Harun Din pon pernah pi untuk kasi 'bersih' itu bilek.

hahahahaahahaha,

sampai sekarang bilek tu tak digunakan lagi..

Kolej seroja la dulu geng-geng laki yang dok..

lepas peristiwa hitam tu, maka hostel seroja untuk pompuan, dan perindu untuk laki... sudah tukar la.. hehehehe

perindu 2 berkata...

cik mellie,

bukan rindu.. tapi ingat saja .. tu semua kenangan manis masa dok hostel.

kenangan pahet pon ada, aku ditangkap warden sehari sebelum bulan posa.. fuh gila gila

Nandre The Legend berkata...

ada nampakkan bus stop kat bawah tu?

itulah tempat aku tunggu bas nak keluaq dari ITM.. masa tu bas ITM dah mula beroperasi bawak budak. tapi masa tu kan ITM lagi, maka bas pon maseh guna bas tadak air-cond yang kaler hijau dan kuning tu la... la nie depa antaq pi cawangan kot la.. hehehe..

bas tu layan beb..

Raptor 7 berkata...

bang nandre, kasi la peluang kat org lain komen. ni hang tulih entry, pastu hang sendiri komen... hahahahhaaa.. lawak2...

Tanpa Nama berkata...

rindunye....uitm di hatiku

Seri Nuang Shah Alam berkata...

aku baru komen satu ja...
yang lain tu org lain la. hahahahahaha

Raptor 7 berkata...

sudah la bro..
macam la aku tk tau taktik menyamaq hang tu.. kantoi la lu brader.. hehe

Shima berkata...

rindunya uitm..

aku dulu matriks..hostel kat seroja, class kat PPP seksyen 2 bwh tu. Tiap2 hari menapak p sana. Tp best..kitaorg jln rmai2.