Isnin, Februari 14, 2011

14 Feb: Gugurnya Left. Adnan


TANGGAL 14 Februari. Terserahlah, sama ada untuk bergembira dengan Saint Valentine (Valentine's Day) yang tiada dalam sejarah tempatan, atau terharu dengan The Last Man Standing dalam sejarah keberanian dan kepahlawanan Melayu, sehinggakan ke tahap pertempuran menggunakan benet dan akhirnya gugur sebagai bunga bangsa.

Mari baca riwayatnya melalui Wikipedia: Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baharu - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Leftenan (Lt.) Adnan Saidi, menjadikan jumlah keseluruhannya 42 orang. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan memerintahkan orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari 1942, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen tentera Sikh daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara.

Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Rejimen Askar Melayu bertempur dengan gagah berani sehingga gugur. Walaupun Lt. Adnan terkorban, lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Lt. Adnan dan regimennya. (Wikipedia)

Maka, apabila tiba 14 Februari, ingatlah Lt. Adnan dan Kompeni C nya yang pernah memalukan tentera Jepun yang kononnya hebat dengan kamikazinya. Yang kononnya hebat dengan Shogun dan Ninjanya.

Sumber: Utusan Online

1 ulasan:

amien7 berkata...

"Yang kononnya hebat dengan Shogun dan Ninjanya."

shogun = suzuki shogun 125
ninja = kawasaki ninja 250r