Rabu, Februari 16, 2011

Khasiat daun bambu

Pokok mambu atau Azadirachta indica daripada keluarga Meliaceae. Tumbuhan ini, walaupun biasanya tumbuh liar kadangkala ditanam sebagai pokok teduhan kerana ia senang berkembang.Tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya lebih jelas dan berwarna sedikit kekuningan.

Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM, daun pokok mambu mempunyai beberapa kegunaan dalam perubatan tradisional. Menurutnya daun mambu boleh digunakan untuk merawat bisa pokok jelatang gajah, demam campak dan meredakan demam panas.

Daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman. Kaedah penggunan daun mambu untuk menghilangkan rasa gatal kerana demam campak ialah dengan mengambil beberapa helai daun mambu kemudian ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu sapulah daun tersebut ke badan pesakit.

Bagi mengurangkan demam panas, rebus akar pokok mambu sehingga mendidih, kemudian ditapis bagi mendapatkan air rebusannya. Air tersebut diminum apabila suam. Bagi merawat bisa terkena pokok jelatang gajah, ambil beberapa helai daun pokok mambu yang segar, dibersihkan terlebih dahulu kemudian dikunyah mentah. Rasanya yang berangin seperti pudina bukan sahaja boleh mengurangkan bisa malah boleh menyegarkan mulut.

Sumber: http://noorma54gmailcom.blogspot.com/2010/07/khasiat-daun-mambu.html

3 ulasan:

amien7 berkata...

entry utk harini:

suhana - daun selasih
nandre - daun bambu

dah kena daaahhhh....

honda freed berkata...

sekali sekala kena la kita boh info pasai ubat tradisional nie.. lepas nie kita boh benda lain plak...

Tanpa Nama berkata...

2sWfn ghd
jDfl michael kors sale
qKpv ghd hair straighteners
2wRgn cheap ugg boots uk
1aTtn ghd cheap