Ahad, Mac 27, 2011

Takraw Friendly dan Ustaz Sharhan Shafie

Pagi tadi saya terlibat dengan urusan media dan komunikasi untuk Perlawanan Sepak Takraw Persahabatan antara Seri Nuang dan Masjid Putra Perdana, Puchong. Ini merupakan friendly kedua selepas perlawanan futsal yang pernah diadakan dulu dengan pasukan BBSA U11/5 dahulu. Keputusan telah memihak kepada Putra Perdana dengan markah 3-2. Kira ok lah tu.

Sebelum tu jugak pada 25 Mac 2011 (Jumaat), satu sesi bersama Ustaz Sharhan Shafie telah diadakan di Surau Seri Nuang. Ustaz ni merupakan pengamal perubatan makhluk halus yang selalu bersiaran di TV9. Beliau jugak membuka klinik perubatan Islam di USJ setiap Sabtu.

8 ulasan:

nifalnin... berkata...

hamboi cik nan,

hang pun main sepak raga jugak kah...
hebat2...

nifalnin... berkata...

hamboi cik nan,

hang pun main sepak raga jugak kah...
hebat2...

bank muamalat berkata...

heheheheeheheh, ini satu usaha dalam join sama-sama program yang kawan-kawan kita buat kat sini.

Lagipun, inilah kawan-kawan yang akan tulung kita pada masa susah dan senang.

Oleh itu, marilah kita sama-sama turut serta dalam program seumpama ini.

kamera dan stand berkata...

bukan senang nak panggil depa nie, kebetulan depa pulak setuju untuk main sama.. Aku rasa geng-geng ni adalah dari kawasan rumah Sulie nie..

amien7 berkata...

main sepak raga aku tk pandai, tapi kalo sepak raga baju aku reti la... hahahaahaa...

kazar berkata...

amien,

hang mesti maleh nak basoh baju la nie, asyek sepak raga baju kotor ja...

apa nak jadi hang ni yeob? sian bini hang...

amien7 berkata...

hahaha... aku dulu gila gak main sepak takraw. selalu ptg2 mesti turun court main kadang2 smpai ketagih nak melipat bro.

hang batangkan la, lagi 3 hari nak SPM aku dok gila main lagi. membebel mak aku... hahahhaha...

kazar berkata...

amein,

aku tau hang terer leipat bola kat court tu, nasib baik mak hang tak belah bola atau dia bakaq net takraw tu, kalau tak, naya tu...