Doa kali ini ialah dibaca bila kita mendapat pujian daripada seseorang. Tiada siapa yang tidak suka dipuji. Pujian sebenarnya sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan seseorang itu menjadi ujub ( bangga diri) dan sombong. Hanya Allah sahaja yang layak dipuji secara mutlak. Rasulullah SAW juga tidak suka bila melihat orang lain memuji-muji. Sabdanya:
"Bila kamu melihat orang-orang yang sedang memuji-muji dan menyanjung-nyanjung maka taburkanlah pasir ke wajah-wajah mereka." ( Imam Ahmad)
Oleh yang demikian rasulullah saw mengajar kita agar membaca doa ini agar kita terselamat daripada sifat-sifat keji yang boleh membinasakan diri kita. Doanya ialah :
اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْنَ، وَاغْفِرْلِيْ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ
Maksud : Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku karena apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. [Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka sangkakan.(Imam al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad,disahihkan oleh al-Albaniy)
Semoga Allah merahmati kita semua dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.
Sumber: B'jue Corner
Isnin, April 04, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
kalo terlebih puji pon bleh jadik masalah. jadik bangga diri, takbur..
baik pi layan lagu puji-pujian - raihan.. huhu
Catat Ulasan