Isnin, Jun 30, 2025

Pastikan budaya, seni tradisi orang Perak tidak ditelan zaman

Ahad, Jun 29, 2025

Kota Madani

 

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Sumber: Malay Mail 
Sumber: Bernama

TANGGAPAN VS FAKTA: KOTA MADANI PUTRAJAYA
Esok, insya-Allah, YAB Perdana Menteri akan hadir untuk Majlis Pecah Tanah Kota MADANI Putrajaya.
Sejak pengumuman awal tempoh hari, saya perhatikan banyak persoalan dan salah tanggapan timbul. Jadi, saya nak betulkan sedikit dengan fakta sebenar.
Tanggapan 1: Kota MADANI akan gantikan Putrajaya?
Fakta: Tidak. Kota MADANI hanyalah sebahagian kecil dalam Putrajaya, bukan pengganti. Kawasannya cuma seluas 102 ekar, iaitu 0.8% daripada keseluruhan Putrajaya, dan terletak di Presint 19.
Tanggapan 2: Ini membazir duit rakyat?
Fakta: Tak betul. Ia dibangunkan melalui kerjasama awam-swasta dengan konsep BLMT (Build-Lease-Maintain-Transfer) oleh Putrajaya Holdings. Kos pembangunan RM4 bilion ini ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. Pemaju juga akan menanggung kos penyelenggaraan. Selepas 25 tahun, keseluruhan projek ini akan jadi milik Kerajaan.
Tanggapan 3: Perlu ke bina Kota MADANI ni?
Fakta: Perlu. Kota MADANI akan sediakan 10,000 unit kuarters baharu untuk penjawat awam. Hari ini ada lebih 17,000 permohonan kuarters yang belum dapat dipenuhi kerana kekurangan unit sedia ada. Ini bukan soal kehendak, tapi soal keperluan.
Tanggapan 4: Kenapa guna nama MADANI?
Fakta: MADANI bukan label politik. Ia adalah nilai tentang kemanusiaan, keseimbangan, keadilan dan kelestarian. Kota MADANI ini dibangunkan selari dengan visi Bandar CHASE, iaitu bandar yang bersih, sihat, terkehadapan, selamat dan mesra alam. Ada juga elemen rendah karbon, jaringan hijau, mobiliti pintar dan teknologi terkini.
Bagi saya, penjawat awam layak mendapat kemudahan perumahan yang baik. Dan Putrajaya perlu terus diperkukuh sebagai kota tadbir urus yang inklusif dan berwawasan. Jangan terus kelirukan rakyat dengan naratif yang salah.

Sumber: FB Dr Zaliha Mustafa

Sabtu, Jun 28, 2025

Rock n' Read

 

Rock N' Read: Jiwa Rockers, Minda Berilmu

Siapa kata rockers hanya tahu headbang? Sebenarnya, ramai ikon rock dunia adalah pencinta buku tegar—daripada Bruce Dickinson (Iron Maiden) yang menulis novel, hinggalah Kirk Hammett (Metallica) yang mengumpul karya seram klasik.

Membaca bukan sekadar hobi—ia merupakan bahan bakar kreativiti, lirik lagu dan idea yang menggoncang dunia. Bila pemikiran terbuka, seni jadi lebih mendalam.

Jadi, kalau hang seorang rockers sejati—buktikan dengan buku di tangan! Amalan membaca memperkasa jiwa dan menambah ‘vibe’ intelektual dalam muzik yang kita cipta dan nikmati.

#RockNRead #JiwaRockersMindaBerilmu #BacaItuPower

FB: Mohd Jayzuan | Facebook

Jumaat, Jun 27, 2025

Maal Hijrah: Membangun Ummah Madani

 

Khamis, Jun 26, 2025

Salam Takziah: Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty

 

Snoopy and The Beatles

 

Sumber: Internet 

Rabu, Jun 25, 2025

ChatGPT vs Human Brain

 

Sumber: Internet

Selasa, Jun 24, 2025

Kecerdasan Buatan: Rahmat atau Mudarat?

 

Sumber: Utusan Malaysia

Isnin, Jun 23, 2025

Seniman DiRaja Datuk Lat

 

Tarikh: 23 Jun 2025

Ahad, Jun 22, 2025

Sokongan Ibu Bapa Terhadap Amalan Membaca

 

Source: https://www.projectappleseed.org/ways-parents-help-with-reading

Sabtu, Jun 21, 2025

Super School Rugby Academy 2025: KEVII School vs SMK Shah Alam


Hari ini menyaksikan perlawanan suku akhir ragbi Super Schools Rugby Academy 2025 di antara

KEVII School Taiping dan SMK Shah Alam, Sek U8 yang berlangsung di EV Arena Elmina, Seksyen U15, Shah Alam. Padang ini terletak bersebelahan dengan Elmina Lakeside Mall.
Ramai juga Old Edwardians yang hadir memberi sokongan padu. Terdapat kumpulan Parents Support Group yang turut sama datang memberi sokongan kepada anak-anak.
Keputusan berpihak kepada KEVII School dengan keputusan 31 - 14. Magni Nominis Umbra.
21 Jun 2025

Kata-lata YAB Perdana Menteri Semasa CONSAL XIX

Foto-foto ihsan Perpustakaan UiTM melalui FB Sembang Pustakawan (17 Jun 2025)

Intisari Ucapan YAB Perdana menteri semasa Upacara Perasmian CONSAL XIX pada 17 Jun 2025 di WTC, Kuala Lumpur:

Berucap merasmikan Kongres Pustakawan Asia Tenggara ke-19 (CONSAL XIX) pagi ini, saya tegaskan bahawa kekuatan negara MADANI mesti bertunjangkan ilmu. Perpustakaan, bersama sekolah dan universiti, harus menjadi nadi kepada keagungan tamadun.
Sejarah menunjukkan betapa setiap peradaban agung berdiri atas dasar ilmu. Dari perpustakaan agung Alexandria ke Baitul Hikmah di Baghdad, lahir para filasuf, pujangga dan pemikir yang mewariskan wisdom of the past.
Saya singkap novel The Name of the Rose karya Umberto Eco yang menggambarkan perpustakaan sebagai labirin ilmu. Carl Sagan pula menyifatkan buku sebagai “proof that humans are capable of working magic”, dan jalan meneroka ke dalam fikiran manusia lain — yang mungkin telah meninggal dunia ribuan tahun lalu, tetapi meninggalkan hikmah yang terus hidup.
Namun budaya membaca semakin pudar. Dunia semakin terbenam dalam budaya memburu reaksi pantas, di mana pandangan terbentuk hanya menerusi dua baris ayat. Perkembangan ini membimbangkan tatkala ia melahirkan culture of ignorance dan menjadikan perbahasan awam semakin runcing, dipenuhi kebencian, tipu muslihat dan kekeliruan tanpa asas ilmu.
Justeru budaya membaca dan berfikir mesti dihidupkan semula. Perpustakaan tidak dibina sebagai monumen megah, namun harus menjadi ruang hidup untuk pencarian dan penggalian ilmu. Ia boleh mengekalkan suasana monastic silence, namun turut berkembang dengan zaman, menjadi tempat mencabar idea, membandingkan pengalaman dan memperkuat antara satu sama lain dalam menempuh era yang kompleks dan penuh tribulasi.
Peranan pustakawan begitu besar dalam mencapai matlamat ini. Saya kenang peranan tokoh pustakawan seperti Beda Lim di Universiti Malaya dan Rohani Rustam di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang bukan sekadar penyusun koleksi, tetapi penggerak minat membaca dan pemudah cara ilmu.
Langkah kerajaan memberi insentif tunai kepada pelajar dan guru untuk membeli buku serta memperluas perpustakaan digital hanyalah permulaan. Lebih utama ialah menghidupkan semula perpustakaan sebagai ruang yang berjiwa dan tempat manusia mencari makna.
Anak-anak kita perlu diyakinkan bahawa kita mewarisi tamadun hebat, dari Angkor Wat ke Borobudur hinggalah Kesultanan Melayu Melaka. Perpustakaan harus menjadi jambatan kepada keyakinan ini, dan pustakawan adalah penjaga amanahnya.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Jumaat, Jun 20, 2025

Buku-buku PBAKL 2025


Hasil tangkapan semasa PBAKL dan pasca-PBAKL yang lalu. Masih dalam proses pembachaan. Tajuk-tajuknya:

1. From Network to Net Worth - Haji Syamsul Amri A Razak
2. Atte.. Ape Cheghite? - Imuda
3. Menten Selekes - Mohd Jayzuan (Ikon Indie Ipoh)
4. Grab Blues CEO Japi Pemandu - Mohd Khair Ngadiron
5. 28 Hari: Jurnal Rock n' Roll + Anarki di Kuala Lumpur - Mohd Jayzuan
15 Jun 2025

Khamis, Jun 19, 2025

Galeri Haji Pulau Pinang

Foto ihsan BERNAMA

Galeri Haji Pulau Pinang adalah sebuah muzium yang mengetengahkan haji sebagai tema utama pameran. Keunikan utama muzium ini terletak pada bangunannya iaitu No 87 Lebuh Acheh yang pernah digunakan sebagai pejabat urusan tiket kapal haji pada tahun 1900-an. Selain itu, Galeri Haji Pulau Pinang juga terletak di dalam “core zone” Tapak Warisan Dunia, George Town. 

Galeri Haji Pulau Pinang telah menerima 10,000 orang pelawat dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada kerabat diraja, duta negara asing serta pembesar negara. Galeri Haji Pulau Pinang telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai “The First Hajj Gallery in Malaysia.” Selain itu, YIPP juga menerima Anugerah Cemerlang Warisan 100 tahun Pulau Pinang dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Baca: BERNAMA | Astro Awani | Kosmo | YIPP | Utusan Borneo | 


Rabu, Jun 18, 2025

Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi

Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi

Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan.

Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.

Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.
Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.

Al-Marbawi di Mesir

Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah ‘Aliyah (tertinggi) dari universiti al-Azhar. Sebenarnya al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir.
Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.

Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai ‘Kamus al-Marbawi’ itu, berjaya disiapkan pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada al-Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.

Sumbangan Karya al-Marbawi

Karya-karya al-Marbawi yang dihasilkan adalah melebihi 20 buah buah dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Ini sekaligus membuktikan al-Marbawi dalam pengajian ilmu-ilmu Islam.Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab-Melayu berbanding disiplin ilmu yang lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerah Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang diberikan oleh beliau dalam bidang persuratan Arab-Melayu.

Selain kamus Arab-Melayu, al-Marbawi juga telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang ini ialah Bahr al-Madhi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada sunan al-Tirmidhi. al-Marbawi juga turut menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalany. Dua karya dalam bidang hadith berbahasa Melayu ini ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama’ Nusantara.
Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.

Selain bidang tersebut, al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah, Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi. Sheikh Muhammad Idris al Marbawi telah banyak menghasilkan ulama’ ternama tanahair yang mana antara muridnya yang terkenal kini adalah Prof. Dato’ Dr.Haron Din

Kamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi

Kitab yang paling tersohor yang telah dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan kitab Bahrul Mazi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan kedua-dua hasil karya beliau ini adalah seperti berikut:-

1.Kamus al-Marbawi

Kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab –Bahasa Melayu. Ia disusun dalam 2 jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za’. Manakala jilid yang kedua bermula daripada huruf `ain sehingga ya’. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba`ah Mustafa al-Babiy al-Halbi Wa Awladihi di Mesir. Kamus ini menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah, menengah mahu pun universiti.

2. Kitab Bahrul Mazi
Kitab Bahr al-Mazi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadith di Malaysia. Bahr al-Mazi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan ulasan dan huraian hadith dalam bentuk fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.

Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al-Marbawi mengikut acuan dan suasana masyarakat Malaysia. Karya ini memberikan nafas baru kepada pemahaman hadith-fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang hubungan yang earat antara kedua-duanya.

Anugerah Yang Diterima Oleh al-Marbawi

Atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada tanggal 5 Julai 1980, atas usaha Prof. Dato’ Dr Haron Din, pihak senat universiti telah bersetuju agar Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada enam tahun berikutnya iaitu pada pada 1 Muharram 1408H beliau dinobatkan pula sebagai tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah.

Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan kepada rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan sumbangan al-Marbawi apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Padang Rengas, Perak.

Sumber: Mantap Man | AlMarbawi | Art Melayu 


Selasa, Jun 17, 2025

Amalan Membaca di Kalangan Penjawat Awam

Amalan membaca perlu diterapkan. Ada lima strategi yang dicadangkan:

1. Buat perpustakaan mini di setiap agensi
2. Mengajurkan kelab buku
3. Galakan membaca bahan berkaitan
4. Akses perpustakaan digital
5. Laksanakan program ganjaran kepada yang aktif membaca
BH 6 Jun 2025

Isnin, Jun 16, 2025

Festival Pancaragam Belia Antarabangsa Taiping 2025

 

Taiping Terima Lawatan Dari GESTURZ, UiTM


𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗚𝗘𝗦𝗧𝗨𝗥𝗭 𝗣𝗔𝗬𝗦 𝗖𝗢𝗨𝗥𝗧𝗘𝗦𝗬 𝗖𝗔𝗟𝗟 𝗧𝗢 𝗧𝗔𝗜𝗣𝗜𝗡𝗚 𝗠𝗨𝗡𝗜𝗖𝗜𝗣𝗔𝗟 𝗖𝗢𝗨𝗡𝗖𝗜𝗟 (𝗠𝗣𝗧), 𝗕𝗥𝗜𝗡𝗚𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗥𝗘𝗔𝗧 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗦 𝗨𝗡𝗜𝗧𝗘𝗗 𝗕𝗬 𝗣𝗨𝗥𝗣𝗢𝗦𝗘 𝗔𝗡𝗗 𝗣𝗔𝗦𝗦𝗜𝗢𝗡

TAIPING - A vibrant blend of heritage, technology, and community spirit was set in motion when the Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, paid a meaningful courtesy call to the Taiping Municipal Council (MPT) on 30 May 2025. This inspiring meeting marked the beginning of a meaningful collaboration between academia and local government, united by a shared vision to transform Taiping’s historical charm into an engaging and dynamic public experience.

The UiTM GESTURZ delegation was led by Encik Mel Rasidi, Deputy Registrar who is currently serving as the Acting Director. He was accompanied by twelve members of the curation team, which included curatorial fellows (Puan Noriza Arzain & Puan Jenneta Ibrahim), graphic design and digital media coordinator (Puan Fazlina Jaafar), senior lecturer (Puan Nurzeti Hj Abd Ghafar) , administrative officers (Encik Aedie Azrul Ab Aziz, Puan Siti Soleha Salamun, and Puan Nurul Aida Mohd Sohaime), enthusiastic bachelor’s degree students from the graphic design & digital media programme (Sdr. Muazsyazani Bin Mahzan, Sdr. Ahmad Fauzan Mohammad Fazil, Sdr. Muhammad Saiful Izzat Mohd Nazri, and Sdr. Nur Aiman Fakhriy Mohd Azni Yusri) and freelancer (Sdr. Darwisy Mifzal Faizal).