Memaparkan catatan dengan label PMX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PMX. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 11, 2025

Rumah Kelahiran PMX

Foto ihsan Internet 

Rumah Kelahiran PMX di Jalan Alma, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Rumah yang asalnya sudah tiada. Namun, rumah ini dibangunkan semula dengan rekabentuk yang baharu. 

Ahad, Ogos 10, 2025

Umur 78 Tahun: Tapi Nampak Muda Dari Usia?


Hari ini PMX genap 78 tahun. Kalau tengok cara berjalan, bercakap, dan tahap energinya… memang ramai akan kata

“tak nampak pun macam dah 78.”
Ini bukan post politik ini sekadar pemerhatian tentang gaya hidup sihat yang mungkin jadi rahsia beliau.
Apa yang kita perhatikan, dan kenapa ia beri kesan:
1. Berat badan terkawal.
Kalau tengok berat badan PMX terkawal. jantung akan lebih ringan bekerja, sendi kurang terbeban dan kulit cenderung nampak segar. Tak perlu kurus melidi, cukup berada di julat sihat dan konsisten.
2. Tidak merokok
Jika diperhatian beliau tidak merokok. Bibirnya pink dan tidak kelihatan sepeti pengguna nikotin. Rokok percepatkan penuaan kulit kerana rosakkan kolagen dan aliran darah ke muka. Bila tak merokok, nafas lebih panjang, degupan lebih stabil, dan wajah kurang kusam.
3. Aktif bersenam, kerap jogging
Selalu tengok PMX bersenam. Pergi luar negara pun rajin brisk walk. Senaman ringan atau brisk walk sudah cukup untuk tingkatkan tenaga harian. Ringkasnya, bila badan bergerak, muka pun ikut berseri.
4. Ketahanan mental yang kuat
Sudah tentu, berada di posisi beliau, ketahanan mental sgt tinggi. Mampu mengurus tekanan dan cabaran politik bertahun-tahun bukan satu perkara mudah.
5. Pemeriksaan kesihatan berkala
Dalam program2 kesihatan, PMX selalu buat pemeriksaan kesihatan. Saringan tekanan darah, gula, kolesterol, tangkap awal masalah “senyap” sebelum jadi besar.
6. Tidur cukup dan rutin konsisten
Ini paling penting. Tidur yang cukup bantu tubuh baiki tisu, mantapkan memori dan stabilkan hormon lapar.
7. Pemakanan seimbang dan cukup air
Kalau tengok diet beliau. Lebihkan sayur, buah, protein berkualiti dan lemak sihat, kurangkan gula tambahan dan makanan ultra-proses.
Akhirnya, satu kunci besar: konsisten. Bukan sekali dua, tetapi tabiat kecil yang diulang hari-hari.

Sumber: FB Public Health Malaysia

Salam Ulangtahun ke-78 kepada PMX

 


🎉 Selamat Hari Jadi YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim! Semoga YAB sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan jiwa dan kebijaksanaan dalam memimpin negara ke arah masa depan yang lebih adil, makmur dan bersatu. Moga segala usaha dan perjuangan YAB terus diberkati dan menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih atas dedikasi dan kepimpinan yang berterusan demi Malaysia. 

Rabu, Ogos 06, 2025

Master Your English - PMX

Source: NST (15 July 2025)

Isnin, Julai 28, 2025

Perhimpunan 26 Julai 2025: PMX Berjiwa Besar


Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.

Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi.
Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.
Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku Perdana Menteri secara terus. Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.
Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM

Sumber: FB Anwar Ibrahim | 26 Julai 2025

Nota: Foto menunjukkan jumlah 'like' setakat 28 Julai 2025.

Khamis, Julai 10, 2025

Berjiwa Besar

 


Sabtu, Jun 21, 2025

Kata-lata YAB Perdana Menteri Semasa CONSAL XIX

Foto-foto ihsan Perpustakaan UiTM melalui FB Sembang Pustakawan (17 Jun 2025)

Intisari Ucapan YAB Perdana menteri semasa Upacara Perasmian CONSAL XIX pada 17 Jun 2025 di WTC, Kuala Lumpur:

Berucap merasmikan Kongres Pustakawan Asia Tenggara ke-19 (CONSAL XIX) pagi ini, saya tegaskan bahawa kekuatan negara MADANI mesti bertunjangkan ilmu. Perpustakaan, bersama sekolah dan universiti, harus menjadi nadi kepada keagungan tamadun.
Sejarah menunjukkan betapa setiap peradaban agung berdiri atas dasar ilmu. Dari perpustakaan agung Alexandria ke Baitul Hikmah di Baghdad, lahir para filasuf, pujangga dan pemikir yang mewariskan wisdom of the past.
Saya singkap novel The Name of the Rose karya Umberto Eco yang menggambarkan perpustakaan sebagai labirin ilmu. Carl Sagan pula menyifatkan buku sebagai “proof that humans are capable of working magic”, dan jalan meneroka ke dalam fikiran manusia lain — yang mungkin telah meninggal dunia ribuan tahun lalu, tetapi meninggalkan hikmah yang terus hidup.
Namun budaya membaca semakin pudar. Dunia semakin terbenam dalam budaya memburu reaksi pantas, di mana pandangan terbentuk hanya menerusi dua baris ayat. Perkembangan ini membimbangkan tatkala ia melahirkan culture of ignorance dan menjadikan perbahasan awam semakin runcing, dipenuhi kebencian, tipu muslihat dan kekeliruan tanpa asas ilmu.
Justeru budaya membaca dan berfikir mesti dihidupkan semula. Perpustakaan tidak dibina sebagai monumen megah, namun harus menjadi ruang hidup untuk pencarian dan penggalian ilmu. Ia boleh mengekalkan suasana monastic silence, namun turut berkembang dengan zaman, menjadi tempat mencabar idea, membandingkan pengalaman dan memperkuat antara satu sama lain dalam menempuh era yang kompleks dan penuh tribulasi.
Peranan pustakawan begitu besar dalam mencapai matlamat ini. Saya kenang peranan tokoh pustakawan seperti Beda Lim di Universiti Malaya dan Rohani Rustam di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang bukan sekadar penyusun koleksi, tetapi penggerak minat membaca dan pemudah cara ilmu.
Langkah kerajaan memberi insentif tunai kepada pelajar dan guru untuk membeli buku serta memperluas perpustakaan digital hanyalah permulaan. Lebih utama ialah menghidupkan semula perpustakaan sebagai ruang yang berjiwa dan tempat manusia mencari makna.
Anak-anak kita perlu diyakinkan bahawa kita mewarisi tamadun hebat, dari Angkor Wat ke Borobudur hinggalah Kesultanan Melayu Melaka. Perpustakaan harus menjadi jambatan kepada keyakinan ini, dan pustakawan adalah penjaga amanahnya.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Selasa, Jun 17, 2025

Perasmian CONSAL XIX oleh PMX

 

Foto ihsan Sekretariat CONSAL XIX

Ahad, April 27, 2025

Anwar Ibrahim - A Retrospective Journey


ANWAR IBRAHIM - A RETROSPECTIVE JOURNEY

Dato' Sri Anwar Ibrahim. Ada yang memanggilnya sesumpah politik, satu kewujudan yang sukar difahami. Tokoh lantang politik, pendebat hebat, kolumnis New York Times, pemimpin ABIM, dan suatu ketika dahulu graduan Universiti Malaya dan MCKK, yang membawa cita-cita tinggi ke dalam landskap politik yang belum bersedia menerimanya. Dalam banyak cara, beliau telah mengubah sebahagian besar politik negara kita dan cara ramai di antara kita melihat Malaysia, sama ada menjadi lebih baik ataupun sebaliknya.

24 tahun ialah tempoh yang lama.

Ia bukanlah 99 tahun, tetapi itulah tempoh masa yang Dato' Sri Anwar Ibrahim tunggu sejak beliau dipenjarakan kali pertama pada tahun 1998 selepas Reformasi, sehinggalah beliau naik ke jawatan tertinggi negara — menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Dalam perjalanan retrospektif ini, anda akan melihat perjalanan hidup Anwar sejak zaman kanak-kanaknya hingga ke detik-detik penting dalam kerjaya dan kehidupannya, sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri, dan juga saat-saat penting dalam fasa baharunya sekarang. Ia merupakan sumber pendidikan yang baik bagi mereka yang ingin mengenali kisah hidup Perdana Menteri kita dan peristiwa-peristiwa penting sepanjang perjalanannya. Sudah tentu, Anwar ialah tokoh yang tidak lari daripada kontroversi.

Daripada skandal dan tuduhan liwat daripada individu seperti Ummi Hafilda hinggalah sekumpulan musuh yang terlalu banyak untuk disenaraikan, beliau tetap bertahan dalam pelbagai cara, sebagai ketua pembangkang, wira antarabangsa, dan tokoh penuh kontroversi yang sering menjadi sasaran laman-laman pembenci yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan — satu demi satu — dalam semesta pelik yang dipenuhi dengan perikatan aneh antara sahabat dan musuh, berserta dengan elemen legenda yang saling bertindih dalam sejarah politik dan dinasti.

Sama ada anda menyukai atau membencinya, beliau tetap Perdana Menteri negara kita, dan tugas beliau, sama ada kita suka atau tidak, adalah untuk memimpin kita ke era seterusnya.
Setiap imej yang wujud dalam koleksi ini mempunyai kaitan dengan ciri-ciri Dato’ Seri Anwar ataupun peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan beliau - sila nikmati dan membaca.
Legasi Dato’ Seri Anwar bukanlah sesuatu yang kita patut idealisasikan ataupun jatuhkan semata-mata kerana beliau merupakan seseorang yang rumit - tetapi ia merupakan legasi yang harus diperlihatkan dalam konteks sejarah; beliau bukannya seseorang yang sempurna, dan legasinya penuh dengan kemuliaan berserta dengan kepahitan juga.

Namun begitu, tak kira kamu cintakan ataupun bencikannya, Dato’ Seri Anwar tetap tokoh negarawan Malaysia - marilah kita bersama memahami dan berfikir tentang legasinya terhadap negara Malaysia!

Jikalau anda terasa bahawa post ini bernilai ataupun bermanfaat, mohon klik ‘like’ dan juga tolong sharekan melalui FB ataupun kepada group Whatsapp dan kepada kawan-kawan anda sekalian, khususnya anak muda yang mungkin tak faham apa yang Dato’ Seri Anwar telah capaikan dan juga kawan lama yang ingin ambil tahu tentang aspek-aspek legasi beliau yang mungkin tidak diketahui.

Terima kasih!
Victor Tan.
Instagram: www.instagram.com/victortanws
YouTube: www.youtube.com/@VictorTan
Email (biz): victortanws@gmail.com

Sekiranya anda sudi sumbang kepada usaha saya, dipersilakan menyumbang dengan belikan saya secawan kopi! buymeacoffee.com/victortanws

Terima kasih sekiranya anda sudi berbuat begitu!

Untuk pertanyaan bisnes berkaitan pembuatan retrospektif, umpamanya, sila bermesej dengan saya melalui Facebook, ataupun hantarkan emel kepada victortanws@gmail.com.

Sumber: Victor Tan @FB Prompters Malaya 

Isnin, April 21, 2025

PMX dan Pak Lah

 

Sumber: FB Anwar Ibrahim 

Rabu, April 09, 2025

Masjid Madani

Foto ihsan MalaysiaGazette

Foto ihsan Utusan Malaysia

Upacara Peletakan Batu Asas pembinaan Masjid Madani telah dibuat oleh PMX pada 27 Mac 2025 di Kuala Lumpur. 

Isnin, April 07, 2025

Saranan PMX

 

Sumber: FB Jabatan Penerangan Malaysia

Isnin, Mac 10, 2025

Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri

 

Foto ihsan Sinar Harian 

Isnin, Mac 03, 2025

Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri di Malaysia

Foto ihsan FB Anwar Ibrahim (24 Feb 2025)

"Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri meminta agar kita turut membantu kemajuan di Baitulmaqdis, termasuk membaiki suasana di masjid atau madrasah-madrasah di sekitarnya"

Baca berita Sinar Harian 


Isnin, Februari 17, 2025

Anwar does Fatherly Duty

Foto ihsan FB Harith Faruqi Sidek

Hari pertama sesi Persekolahan 38 tahun dahulu...

PMX yang pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan menghantar anakanda sulung beliau, Nurul Izzah memasuki darjah satu pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan 1987.
Sumber: New Straits Times, 6 January 1987 dan FB Harith Faruqi Sidek

Jumaat, Januari 17, 2025

Sebuah Pesan Kehidupan oleh PMX

Sebuah Pesan Kehidupan melalui puisi yang dibaca oleh PMX:

“CELUPKAN JARIMU KE AIR LAUTAN”
Puisi oleh: Taufiq Ismail

Pautan video

Bertanya seseorang kepada junjungan kita
“Wahai Rasulullah tercinta, bandingkan dunia ini dengan akhirat nanti.”

Menjawab Rasulullah SAW,
“Celupkan jarimu ke air lautan.

Air yang menetes dari ujung jarimu itulah dunia seisinya.
Air yang selebihnya di lautan,
air yang ada di seluruh samudera,
itulah akhirat nanti.”

Wahai alangkah kecil arti dunia

Wahai alangkah kerdil arti dunia
Wahai alangkah remeh arti dunia
Wahai alangkah debunya nilai dunia
Yang mengejar akhirat akan mendapat akhirat dan dunia

Yang mengejar dunia cuma mendapat dunia

Khamis, Januari 16, 2025

Puisi 'Kepada Cinta'

KEPADA CINTA

Teguh Esha

Kepada Cinta aku bertanya: "Mengapa benci marak di sini?"
Kepada Doa aku bertanya: "Mengapa dusta laris di sini?"
Kepada Berita aku berkata: "Mengapa fakta dikhianati?"
Kepada Sastra aku bercerita tentang kata-kata yang berubah arti..
Banyak orang bicara cinta sambil menyebar bara benci
Banyak nian para pendusta berlagak kawan sejati
Banyak orang menghafal doa tapi mereka tidak mengerti
Banyak orang berbuat dosa tapi berlagak suci..
Kepada kalian aku bertanya: "Apakah waktu bisa dibeli?"
Kepada mereka aku berkata: "Semua fitnah aku perangi!"
Ketika Kebenaran dicampur-adukkan dengan Kepalsuan
Keadilan hanya jadi pidato dan slogan-slogan Kemunafikan..
Ketika itulah ironi-ironi nyata!
Ketika Allah dikhianati, BukuNya diserikatkan dan Tanda-tandaNya didustakan
ketika itulah tragedi-tragedi datang bergelombang-gelombang pagi, siang, sore dan malam,
susul-menyusul, silih berganti tak kunjung henti; menimpa dan menghajar mereka yang tak percaya dan lupa asal diri!
Kepada Cinta aku berkata: "Padamkan benci di banyak diri..:"
Kepada Doa aku bisikkan: "Tetaplah murni jangan tercemari!"
Kepada Rindu aku kisahkan: "Doa dan Cinta kekal abadi..
Kepada Allah aku memohon: "Teguhkan aku di semua sepi.."
Cinta berbisik kepada Sunyi: "Seorang penyair telah bangkit di sini!
Dia membawa misi indah 'tuk semua orang di bumi!"
Doa berbisik kepada Sepi: "Temani Sang Penyair berbudi
menulis prosa dan puisi dan lagu-lagu terang nurani.. 

Puisi ini dideklamasikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sewaktu Belanjawan 2025 di Parlimen.

Teguh Esha merupakan tokoh Wartawan dan Sasterawan Indonesia, yang meninggal dunia sewaktu berusia 74 tahun pada tahun 2021.

Ahad, Oktober 13, 2024

The Muslim 500: PMX di Tangga ke-15

 


Sumber: The Muslim 500 

Jumaat, Mei 31, 2024

Ucapan PMX di Majlis Perasmian PBAKL 2024

Antara intipati ucapan PMX semasa Majlis Perasmian PBAKL 2024 pada 30 Mei 2024 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur: 

·         Dalam negara Madani, pembelian buku semakin bertambah

·         Masa hebatnya tamadun itu, adalah semasa terjadinya majlis-majlis ilmu dan perbincangan mengenai buku

·         Generasi Muda, tambahlah minat membaca

·         Kita boleh teruskan baucar buku bermula dari darjah 4, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi mulai 2.00 petang 31 Mei 2024

·         Ilmu itu lazat kata Saidina Ali Abi Talib

·         Bukan semua maklumat itu ilmu

·         Kuasai ilmu digital dan AI

·         Latih anak-anak kita bezakan maklumat, ilmu dan kebijaksanaan

·         Latih anak-anak supaya ada keupayaan menyaring dan menilai ilmu

·         Maklumat yang bercambah

·         Anak-anak mesti membaca, hidupkan budaya iqra’ dan cintai ilmu

·         Saya mahukan Malaysia Madani yang menguasai ilmu

·         Jangan tinggalkan buku sastera

·         Cari bahan bacaan yang bermutu

·         Kuasai juga bahasa dengan baik

·         Pesta Buku ini adalah khalayaknya yang kita pentingkan.

Berita Lain: Malaysian Gazette | DSAI Instagram | Sinar Harian 

Selasa, Mei 21, 2024

Perutusan Negara oleh PMX - 21 Mei 2024