Pagi ini hadher ke Sesi Bicara Akademik di SRAI Seksyen 7, Shah Alam untuk anak yang darjah enam ini. Sebelum sesi bermula, saya sempat meninjau dua buah kiosk buku yang terdapat di dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah juga mengadakan sesi jualan buku sebagai aktiviti sampingan dalam galakan membaca.
Jumaat, Ogos 15, 2025
Kiosk Buku SRAI Seksyen 7
Pagi ini hadher ke Sesi Bicara Akademik di SRAI Seksyen 7, Shah Alam untuk anak yang darjah enam ini. Sebelum sesi bermula, saya sempat meninjau dua buah kiosk buku yang terdapat di dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah juga mengadakan sesi jualan buku sebagai aktiviti sampingan dalam galakan membaca.
Selasa, Jun 17, 2025
Amalan Membaca di Kalangan Penjawat Awam
Ahad, Jun 08, 2025
Jumaat, Jun 06, 2025
Ahad, Mei 11, 2025
Jumaat, Mei 09, 2025
Silent Book Club JB
Silent Book Club, JB
Jumaat, April 25, 2025
Dunia Digital Beri Maklumat Tetapi Buku Semai Nilai
Dunia digital beri maklumat tetapi BUKU semai nilai
Ahad, April 20, 2025
Memperkukuh Perbukuan Negara
Memperkukuh perbukuan negara
Jumaat, April 11, 2025
Bawa Anak ke Pesta Buku Semai Budaya Membaca
Jom bawa anak ke Pesta Buku
Selasa, Mac 04, 2025
Perlunya Membaca
Pabila pembacaan tidak meluas, tidak suka membaca, tiada masa membaca, atau membaca hanya khusus kepada tajuk yang diminati tapi tidak tajuk yang serius, maka ia berpotensi mewujudkan ‘siege mentality’.
Ahad, Mac 02, 2025
Perpustakaan Masih Relevan
Selasa, Februari 18, 2025
Apabila Golongan Membaca Adalah Minoriti
Utusan Malaysia – 9 Feb 2025
Manusia terbahagi kepada
dua golongan, iaitu yang suka membaca dan yang tidak. Mereka yang membaca
rencana dan akhbar ini pastinya datang daripada golongan yang pertama itu.
Namun begitu, golongan suka membaca tidaklah lebih mulia daripada yang lain.
Kemuliaan terletak pada penguasaan ilmu dan pengamalannya dalam kehidupan
seseorang.
Golongan yang suka
membaca itu membaca bukan saja buku, majalah dan akhbar tetapi juga e-book,
blog, artikel-artikel dalam Internet. Melalui media sosial, mereka tidak ada
masalah untuk membaca tulisan-tulisan panjang dalam Facebook atau rencana yang
dipautkan melalui X (Twitter). Membaca adalah satu cara untuk mendapatkan ilmu,
pengetahuan dan hiburan. Ia didorong oleh rasa ingin tahu dan minda yang mahu
dicabar oleh fikiran baharu. Namun begitu, ia hanya salah satu kaedah daripada
banyak cara.
Kaedah lain adalah seperti mendengar syarahan dan menonton. Maka sebahagian golongan yang suka membaca turut gemar mendengar syarahan dan menonton televisyen. Melalui platform media sosial iaitu YouTube dan Tiktok, mereka juga mendengar dan menonton. Orang yang suka menulis selalunya gemar membaca. Daripada bacaannya, mereka memperoleh buah fikiran dan bahan untuk tulisannya. Namun begitu saya pernah jumpa seorang wartawan yang menulis rencana dan buku sehingga akhir hayatnya tetapi beliau tidak suka membaca. Beliau lebih suka berjumpa orang. Daripada situlah beliau memperoleh maklumat untuk dijadikan bahan tulisannya.
Rabu, Februari 05, 2025
Isnin, Disember 16, 2024
Jumaat, November 08, 2024
Buku Boleh Hidup 1,000 Tahun Lagi
Rabu, Oktober 30, 2024
Isnin, Oktober 21, 2024
Jumaat, Oktober 04, 2024
22 juta rakyat Malaysia suka membaca
Utusan Malaysia – 4 Okt 2024
ShaeKUALA LUMPUR: Sebanyak 69.9 peratus atau
21.27 juta rakyat Malaysia meminati membaca pelbagai bahan bacaan untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan. Merujuk kepada Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia
2022/2023 didapati rakyat Malaysia membaca sekurang-kurangnya dua naskhah pada
tahun 2005, 15 naskhah pada tahun 2014 dan terkini adalah 24 naskhah pada tahun
2023.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Dagang berkata, penemuan ini merupakan indikator positif ke arah pembentukan masyarakat berpengetahuan tinggi, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Menurut beliau, Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2023 mendapati dapati bahawa 69.9 peratus rakyat Malaysia membaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
“Selain itu, kajian menunjukkan bahawa sejumlah besar rakyat Malaysia gemar membaca di kedai buku dengan 57.7peratus dan di restoran atau kafe siber sebanyak 24.5 peratus. Sehubungan dengan itu, saya menggesa agar lebih banyak pusat membeli-belah menyediakan ruang membaca serta memperbanyakkan kedai buku di dalam pusat membeli-belah bagi memenuhi minat dan keperluan pembaca.
“Sebagai contoh,
BookXcess di Pusat Beli-Belah MyTown ini telah menjadi tarikan utama golongan
muda,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibaca oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad ketika merasmikan Karnival Baca Perdana 2024 di Pusat Beli Belah MyTown, Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Saraswathy A/P Kandasami dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Puan Salasiah Abdul Wahab.
Karnival Baca Perdana kali ini bertemakan Tema “Perpaduan dalam Pembacaan” kerana buku dan bahan bacaan menjadi jambatan yang menghubungkan individu, memupuk perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Tambah Aaron, sebanyak 33,366 judul atau 140,448 naskhah buku fizikal telah diterima oleh Perpustakaan Negara Malaysia melalui serahan di bawah Akta 331 pada tahun 2022 hingga 2023.
“Sebanyak 27,972 International Standard Book Number (ISBN) bagi penerbitan buku fizikal di mana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 50.06 peratus atau 9,332 permohonan berbanding tahun 2022. Oleh itu, dapatan data ini menunjukkan bahawa industri penerbitan negara khususnya penerbitan buku fizikal masih relevan dan mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pembaca serta dilihat terus kekal relevan walaupun persekitaran media elektronik sedang menguasai kehidupan pada masa kini,” katanya.
Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2024/10/22-juta-rakyat-malaysia-suka-membaca/
Rabu, Ogos 21, 2024
Membaca Bawa Saya 'Keluar' - Nadhir Nasar
Ahad, Julai 28, 2024
Ruang Bacaan SACC Mall, Shah Alam
Ruang bacaan di SACC Mall, Shah Alam. Buku-buku di sini adalah sumbangan daripada pelbagai individu.