Khamis, November 06, 2025

Majlis Gerbang Inspirasi SMK SSAAS - SPM 2025


Hari ini meluangkan masa hadir ke Majlis Gerbang Inspirasi Calon SPM 2025 SMK SSAAS yang berlangsung di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam. Acara bermula sekitar jam 3.00 petang. Majlis ini dirasmikan oleh En Ahmad Azri Zainal Nor dari Yayasan Menteri Besar Selangor (MBI Inc.). Ada juga persembahan oleh band SSAAS yang mainkan tiga lagu antaranya lagu kumpulan Hujan.

Doakan semua calon SPM 2025 sekolah ini agar beroleh keputusan yang cemerlang. Usaha Jaya Mara.
31 Okt 2025

Tiada ulasan: