Ahad, November 16, 2025

Mengapa Masih di Pejabat? Balik...

Foto ihsan iStock 

“Kenapa masih di ‘office’? Balik…”

Jam menunjukkan hampir pukul 6.17 petang. Beberapa staf masih berada di meja masing-masing melakukan kerja walaupun waktu kerja tamat pukul 5.30 petang. Saya menghampiri mereka,

“Kenapa masih di ‘office’?”

Semua memandang saya dan salah seorang membalas,

“Nak siapkan kerja, brother.”

Saya tak puashati dengan jawapan itu dan bertanya lagi,

“Kerja tu ‘urgent’ ke?”

Individu yang sama membalas, “Takde la urgent, brother. Deadline lagi 2 minggu.”

Setelah mendapat kepastian ianya bukan kerja ‘urgent’ saya berkata,

“Takpe. Korang tutup laptop, kemas beg dan balik je. Saya ‘appreciate’ usaha korang tetapi saya tak perlukan korang ‘stayback’ atau ‘overtime’ kalau takde benda ‘urgent’. Ada sebabnya kita tukar jadual kerja kita dari 9pagi-6petang kepada 8.30pagi-5.30petang adalah agar korang semua boleh balik ‘dinner’ & solat berjemaah dengan keluarga.

Waktu kerja, kita kerja sungguh-sungguh. Tak perlu ‘stayback’ melainkan ada kerja ‘urgent’ yang mana hanya berlaku kadang-kala. Nampak sibuk tak bermakna kita produktif apatahlagi sambung kerja selepas habis waktu kerja mungkin tanda kita kurang produktif kerana benda yang sepatutnya disiapkan waktu kerja tetapi kita tak siapkan dan ambil masa lain untuk siapkan.”

Mereka berfikir sejenak dan menjawab, “Baik brother.”

Lalu mereka semua mengemas beg dan balik ke rumah masing-masing.

Saya mahu mereka juga keseimbangan dalam hidup. Waktu pejabat, buat kerja. Waktu solat jangan ingan kerja. Waktu rehat, berehat. Mereka hamba Allah bukan hamba organisasi.

Tetapi saya juga maklumkan kepada mereka saya ‘expect’ mereka untuk ‘stayback’ atau kerja lebih masa andai ada perkara ‘urgent’ atau kecemasan yang jarang sekali berlaku.

Mungkin dalam setahun ada kebarangkalian perkara ‘urgent’ berlaku dalam 2-3 kali sahaja.

Andai ada perkara ‘urgent’ yang memerlukan saya berjumpa dengan prospek pada waktu malam, maka saya sebagai pemimpin yang perlu melaksanakan dan staf diberikan pilihan untuk menyertai untuk belajar atau tidak.

Sebab itu selepas 5.35 petang, majoriti staf telah pun pulang.

Perkara sama saya terapkan dalam latihan korporat saya di mana saya akan berbincang dengan organisasi yang mahu mendapatkan khidmat saya.

Jikalau organisasi itu mahu saya melatih kakitangan syarikatnya seolah-olah menjadi hamba syarikat tanpa terlalu berkira, saya akan cuba dapatkan penjelasan adakah kerja lebih masa itu kebiasaan atau jarang berlaku?

Adakah kerja lebih masa itu kerana sesuatu di luar jangkaan yang saya boleh faham perkara itu boleh berlaku atau kerana kegagalan kita sebagai pemimpin dalam memimpin dan memberikan arahan yang jelas?

Jikalau apa yang dikehendaki syarikat tidak bercanggah dengan prinsip yang saya perjuangkan, kami akan meneruskan kerjasama. Jikalau saya merasakan itu bukan prinsip yang saya percaya & perjuangkan dalam kehidupan, sebanyak mana pun tawaran kewangan untuk mendapatkan khidmat latihan korporat tetap saya akan tolak dengan baik.

 

Hantaran asal: FB Firdaus Wong Wai Hung (11 Nov 2025)

Tiada ulasan: