Memaparkan catatan dengan label 150 tahun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 150 tahun. Papar semua catatan

Selasa, Julai 02, 2024

Bicara Sejarah 150 Tahun Bandar Taiping (1874-2024)

 

Foto ihsan Arkib Negara Malaysia

Arkib Negara Malaysia akan mengadakan Bicara Sejarah 150 Tahun Bandar Taiping (1874-2024) yang menampilkan tokoh-tokoh pembicara seperti YBrs. Encik Ibrahim bin Ahmad dari Universiti Kuala Lumpur - Royal College of Medicine Perak, Topik : Mustapha Hussain: Meniti ‘Bara’ Menggapai Jaya, YBrs. Prof. Madya Dr. Nazirah Lee dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Topik: Perkembangan Taiping 1840 -1940 dan YBrs. Encik Mohd Zamberi bin Abdul Malek, penulis buku ‘150 Tahun Taiping’ dengan Topik: Taiping 150 Tahun. Bicara ini akan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Kamarul Afendey bin Hamimi dari Universiti Kuala Lumpur - Royal College of Medicine Perak.

Bicara Sejarah 150 Tahun Bandar Taiping (1874-2024) ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia pada 4 Julai 2024 (Khamis) jam 9.00 pagi bertempat di Novotel Taiping, Perak.

Saksikan juga di atas talian melalui: 

ARKIBTV YOUTUBE CHANNEL 

FACEBOOK LIVE 

Selasa, Mei 14, 2024

Pameran Seni Lukis - 150 Years of Cool Little Town


Pameran Seni Lukis - 34K Taiping Perak

150 Years of Cool Little Town
1-30 Mei 2024
Taiping Sentral Mall

Ahad, Januari 07, 2024

150 tahun Taiping: Ada sejarah yang perlu diperbetulkan

Foto kredit Internet

TANGGAL 20 Januari ini, Taiping bakal menyambut ulang tahun ke-150. Sebagai salah sebuah daerah yang penuh bersejarah dan mempunyai warisan tersendiri, Taiping turut menjadi tumpuan sebagaimana bandar-bandar lain sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun, tarikh sambutan ulang tahunnya yang ke-150 pada 20 Januari ini hakikatnya bukanlah tarikh sebenar kewujudan bandar Taiping.
Ada sejarah yang perlu diperbetulkan tentang tarikh tersebut bagi memastikan faktanya lebih tepat. Menurut Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee, tarikh sebenar kewujudan bandar Taiping adalah pada 20 Februari 1874 dan bukannya 20 Januari disebabkan fakta yang pernah tercatat.

“Pada 20 Februari 1874, Menteri Ngah Ibrahim bersama Kapten Speedy dan pemimpin dua kumpulan kongsi gelap iaitu Ghee Hin serta Hai San menandatangani satu dokumen menerusi Suruhanjaya Perdamaian Larut bagi menyelesaikan pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap ini.

Selasa, Januari 02, 2024

Kalendar Acara Sambutan Ulangtahun ke-150 Bandar Taiping 2024

 

Sumber: FB Majlis Perbandaran Taiping 

Baca berita lain di sini 

Isnin, Januari 01, 2024

Taiping 150 Tahun (1874-2024)

Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Taiping 

Khamis, Disember 14, 2023

Larian Santai Sempena Ulangtahun ke-150 Bandar Taiping (1874-2024)

 

Bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping (1874-2024), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan menganjurkan Larian Santai sejauh 5KM.
Peserta yang membuat pendaftaran 150 terawal akan menerima cenderahati istimewa. Selain itu para peserta juga berpeluang menerima hadiah cabutan bertuah bernilai RM 3,000.00.
Tunggu apa lagi! Jom daftar dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada poster atau layari

Sumber: FB Majlis Perbandaran Taiping