Foto ihsan Arkib Negara Malaysia
Arkib Negara Malaysia akan mengadakan Bicara Sejarah 150 Tahun
Bandar Taiping (1874-2024) yang menampilkan tokoh-tokoh pembicara seperti YBrs.
Encik Ibrahim bin Ahmad dari Universiti Kuala Lumpur - Royal College of
Medicine Perak, Topik : Mustapha Hussain: Meniti ‘Bara’ Menggapai Jaya, YBrs.
Prof. Madya Dr. Nazirah Lee dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Topik:
Perkembangan Taiping 1840 -1940 dan YBrs. Encik Mohd Zamberi bin Abdul Malek,
penulis buku ‘150 Tahun Taiping’ dengan Topik: Taiping 150 Tahun. Bicara ini
akan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Kamarul Afendey bin Hamimi dari Universiti
Kuala Lumpur - Royal College of Medicine Perak.
Bicara Sejarah 150 Tahun Bandar Taiping (1874-2024) ini akan
dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia pada 4 Julai 2024 (Khamis) jam 9.00 pagi bertempat di
Novotel Taiping, Perak.
Saksikan juga di atas talian melalui:
FACEBOOK LIVE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan