Memaparkan catatan dengan label Aliph Search. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aliph Search. Papar semua catatan

Ahad, Mei 07, 2017

Search di Pesta Buku (6 Mei 2017)

Search telah hadir ke gerai DuBook Press di Pesta Buku Kuala Lumpur pada 6 Mei 2017 jam 2.00 petang bagi mempromosikan buku bergambar terbaharu bertajuk "Search: Phenomena of Rock n' Roll". Search dihadiri oleh Amy, Kid, Nordin dan Nasir sempat menjawab beberapa soalan daripada pembeli dan peminat di samping meluangkan masa dengan pemberita akhbar. Gambar ihsan Dubook Press & DuniaSearch FB
"Inilah baru Facebook" kata Nordin

Khamis, Ogos 16, 2007

Rock Kapak...

Rock kapak brader, maseh ingat lagi dengan kehebatan dan kemeriahan Rock 80an dulu tu. Kemunculan kumpulan-kumpulan Rock bagaikan cendawan yang membiak tiada batasan. Pabila sebut nama-nama seperti Search, Gersang, Lefthanded, Crossfire, Wings, Junction, Desire, May, GET, Sofea, U-Topia, Ababil, Black Rose, Bloodshed, BPR, Ekamatra dan lain-lain lagi, pasti anak-anak muda zaman 80an teringat dengan siulan lagu-lagu merdu: Sendiri, Isabella, Bunga Padang Pasir, Realiti & Fantasi, Cinta Sejuta Warna, Tiada Lagi Kidungmu, Sejati, Masih Aku Terasa... haha, mustahil untuk dilupakan. Bayangkan, zaman sekolah rendah antara 1984-1989 tu memang pesat membangun dengan kumpulan2 rock nie.
Muzik-muzik di TV3 dikuasai oleh kumpulan2 nie la.. Kalau nak tengok mcm mana rupanya zaman tu, tengoklah cerita "Rock".
Fesyen seluar ketat belang2, ada lambang sunrise la memang best la. Bersambung seterusnya pada 1990-1992 dengan imej baru. Sedikit turun lepas tahun 1992 di mana muzik Rap melanda tanah air...

Tu lah serba sedikit yang nak dicheritakan dan yang terkenang semasa di zaman 80an yang havoc dengan budak-budak Rocknya... Hidup Rock...

Gambar di atas adalah dipinjam dari "MelayuRock". Kalau nak tengok koleksi Rock 80an, boleh pi kat website nie: http://melayurock.blogspot.com/ dan http://www.lagendarock.com/